Berserah kepada Allah atas segala usaha yang telah dilakukan. Saat ini adalah masa penyerahan. Kita tidak mampu untuk melawan apa yang telah Allah tetapkan. Fitrah manusia, suka untuk mengadu sesuatu perkara kepada orang lain. Lantas, Allah adalah sebaik-baik tempat kembali. Hirosah( mengawal keselamatan) pada waktu malam masih lagi dijalankan seperti hari-hari lain. Ia adalah salah satu aktiviti rutin setiap kali PRK untuk mengelakkan kehilangan harta benda dan juga keselamatan mahasiswi.
Perang poster dan banner bertambah hangat. Terdapat beberapa calon yang melakukan roadshow sambil menaiki kereta dan memberi manifesto kepada pejalan kaki. Pelbagai cara untuk mempromosikan diri supaya dapat menjadi MPMUM. Namun, itulah sekadar usaha manusia, Allah jualah yang berhak menentukan kemenangan akan menyebelahi pihak mana.
Saya tidak mampu menganalisa apakah perkara yang akan berlaku pada esok hari. Semoga esok bakal membawa satu nafas baru kepada MPMUM.
Ya Allah Ya ‘Alim, hanya engkau mengetahui apa yang terbaik untuk kami, sekalian warga UM. Jika kemenangan Pro-M baik untuk kami laksanakan hukum Islam, maka tolonglah Ya Allah, menangkanlah Pro-M dalam PRK kali ini. Jika sebaliknya Ya Allah, bantulah kami, kurniakan kami kesabaran, ketabahan dan kekuatan untuk kami terus berjuang menegakkan Islam dengan pelbagai cara lain…ameen…
0 Comments:
Post a Comment