Bertaqlid biar berhujjah


Suka saya menyiarkan beberapa email yang dimasukkan ke dalam yahoogroups saya yang lebih terjurus kepada perbincangan ilmiah. Saya tidak mengubah isinya, Cuma edit cara penulisan sedikit agar mudah di fahami oleh semua. Hopefully semua paham la yer..


Saya berani bawak keluar perbincangan ini untuk didiskusikan bersama coz saya thiqah/percaya kat sahabat2 saya yang post email ni ke dalam group..ada rujukan yang mereka lakukan.


Selamat menikmati..maaflah..entry kali ini agak panjang sedikit. Sesape nak tambah ilmu, boleh la baca sampai habis…hehe..Test your passion!

Friday, 24 April, 2009

Nk Kongsi Task tuk kitorang by Bro Shah...alhamdulillah.mekasey tuk mereka yang membantu ..soklan nyer..

1. Apekah pandngan Imam Syafie sal wirid, zikir dan doa samada perlu jahar atau perlu disiirkan... ?

2. Apekah pandgan Imam Syafie berkenaan azan solat Jumaat...afdhal sekali atau 2x?

heheh...dah dapat jawapan tapi perlukan rujukan lanjut dari kitabnye...

Jawapannye.. .

1. Saya (Imam Syafie) memandang baik bagi iman & makmum bahawa berzikir kepada Allah, sesudah selesai solat kedua2nya menyembunyikan zikir kecuali jika dia (Imam) mahu mengajar orang lain. Maka Imam mengeraskan suaranya, sehingga dia melihat orang itu telah mempelajari daripadanya. Kemudian dia merendah (memperlahankan) suaranya- Rujukan Kitab Al-Umm Jilid 1

2. Imam Syafie menegaskan perlu meninggalkan azan 2x . Hujahnye….
i. Lakukan sekali sahaja (azan hendaklah sekali) dan katanya : Setelah Imam bangun dan terus berkhutbah, xda tambahan pada perkara tersebut (tiada solat Qabliyah Jumaat). Anie nak explain sikit…ekceli ayat yang terakhir tu merujuk kepada Solat Sunat Rawatib yang dilakukan oleh sesetengah orang sedangkan pada zaman Nabi tidak pernah dibuat.. Tambahan tuk dalil nie…(kuar dari soklan di atas sat)

Setelah matahari tergelincir, imam telah duduk di atas mimbar, serta tukang azan (muazzin) mengumandangkan azan, maka tiada lagi ruku’ (solat). Maka janganlah seseorang ruku’ (solat) melainkan seseorang yang datang (ke masjid) dalam keadaan belum (ruku’) maka hendaklah dia ruku’ (solat tahiyatul masjid) – Al-Umm Jilid (xingat). Imam Syafie memilih agar tidak didirikan solat Qabliyah Jumaat setelah azan Jumaat setelah Imam berada di atas mimbar tetapi yang ada hanyalah solat Tahiyatul Masjid.


sambung balik tuk soklan kedua…. Tegas Imam Syafie :

‘Maka tinggalkanlah (azan 2x) kerana tidak menjadi salah ape2 (xsalah jika ditinggalkan)’ ‘ Dan yang manapun antara 2 pendapat (pendapat Uthman azan 2x dan Muawiyah 1x)maka azan yang dilakukan Rasullullah s.a.w (azan sekali) lebih aku sukai. Rujukan Al-Umm Jilid 2

Wallahua a’lam..
…… bace sal nie dulu la yer…ada sambungan nape kami diberi tugasan nie… emel kemudian….fiey ngan yan….nak tambah silakan…
~ Imam Syafie bukan Ulama tapi Imam Syafie seorang ‘Alim… Alim = Single, Ulama = Plural…hee…

by anie_skut87


Saturday, April 25

Jadi, cik anieskut, dalam kita belajar nih,hamba ingin bertanya secara jelas dan direct:

1. Apakah hukum bagi mereka yang:
i) berzikir secara jahar?
ii) berzikir secara berjama'ah?


2. Apakah hukum bagi mereka yang melaksanakan 2x azan?

Persoalan tambahan:

3. Adakah pendapat imam as-syafi'e, sama apabila dikatakan dengan pendapat mazhab syafi'e atau ulama syafi'iyyah?

Allahu'alam

By Abang Syed



Saturday, April 25
(menjawab persoalan abang Syed)


erm..abang syed..izinkan saya untuk cuba menjawabnya. ..
hopefully ini boleh jadi perkongsian ilmiah...

1. i) berwirid selepas solat, kalau kita fikir2kan kembali..ia adalah perkara furu'..tapi penting utk dibincangkan krn berkaitan dengan amalan sunnah Rasulullah..bagi saya, jika mereka ingin berzikir secara jahar boleh, tapi, kena pastikan bhw suara mereka tidak mengganggu orang lain yang sedang solat.

2) sama juga seperti di atas, berzikir secara berjemaah, sudah tentu akan keluar suara yang kuat.

di zaman Rasulullah, jika semua makmum telah mengetahui zikir selpas solat, Rasulullah lebih prefer di siir kan bacaan tersebut. dan Imam Syafie lebih prefer ikut cara Rasulullah.

2. saya tak pasti apa hukum mereka yang melaksanakan 2x azan, tetapi, selagi ia tidak mendatangkan kemudharatan, boleh dilaksanakan. .cumanya, kena di terangkan dengan betul kepada masyarakat bahawa, amalan Rasulullah hanya 1x azan sahaja.

3. pendapat imam syafie tidak sama dengan mazhab syafie atau ulama' syafieyyah. Ini kerana mazhab syafie adalah pendapat2 ulama yang mendokong fahaman imam syafie. Tidak semestinya sama sebijik apa yang dikatakan oleh imam syafie.. erm..mereka mngkin lebih mengikut keadaan / waqi' semasa..

ini lah sekadar pengetahuan saya..hopefully dpat menjwab persoalan abang syed..kalau ada salah..mohon diperbetulkan. .diri ni masih lemah dalam ilmu2 sebegini..huhu. .

by Fiey_oasis99


Saturday, April 25
(menjawab persoalan abang Syed)


Salam buat semuanyer...


insya allah...Saya yang juga jahil ini akan cube menerangkan berkenaan dengan persoalan di bawah... Menjawab untuk menerangkan sambil kite belajar dan bukannya untuk membidas memane...okai? ?? hee.. Dan bukan perkara furu' atau bida'ah yang akan saya sentuh kerana saye pun bukan ahlinye... cumenye walaupun ramai yang xamik kisah sal nie tapi xpe...kite berdiskusi.. ..


Sebelum itu, persoalan dan jwapan y diberikan b4 this lebih menjurus kepada pandangan Imam Syafie...bukan ulama syafii'ah dan saye mengambil rujukan untuk setiap jawapan dari Kitab Ul-Umm karangan Imam Syafie yang pestime saye tgk ktabnye... dan emel saye y kedua merupakan dalil2 dari Kalam Rabbani dan pandangan imam2 yang lain...

Ekceli, saye tidak akan sentuh bab hukum kerana setakat pembacaan dan pengetahuan saye y still cetek..hee.. .cume akan cube terangkan memane yang mampu...insya allah


1.i/ ii berzikir secara jahar & berjamaah
- merujuk kepada Kitab Al-Umm Jilid 1
Saya (Imam Syafie) memandang baik bagi iman & makmum bahawa berzikir kepada Allah, sesudah selesai solat kedua2nya menyembunyikan zikir kecuali jika dia (Imam) mahu mengajar orang lain. Maka Imam mengeraskan suaranya, sehingga dia melihat orang itu telah mempelajari daripadanya. Kemudian dia merendah (memperlahankan) suaranya

adalah sama dengan ape yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w sepertimana dalam syarah Sahih Bukhari :
Nabi s.a.w mengeraskan suaranya untuk mengajar para sahabat semasa permulaan Islam, bila dah hafaz, amalan wirid secara beramai2 dengan suara keras dihentikan disebabkan larangan dari surah Al-Isra' : 110.

" Katakanlah (Muhammad) ' serulah kepada Allah atau serulah Arrahman. Dengan nama yang mana sahaja kamu dapat menyeru, kerana Dia memiliki nama2 yang terbaik dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat dan janganlah pula merendahkan dan usahakan jalan tengah di antara keduanya' ~ al- isra' 110


imam2 lain seperti Imam Nawawi juga mengambil pendekatan yang sama... iaitu bacaan dengan suara sederhana, lembut dan xkaco orang laen...memadai didengar diri sendiri dan minima orang sebelah je..


dan jika dirujuk dari pandangan Imam Syafie tu sendiri, jahar (Imam) itu boleh untuk tujuan mengajar tetapi after makmun dah boleh ikut...perlu direndahkan semula suara... bacaan senyap..dan imam syafie lebih galakkan bace sendri2 bukan berjemaah... wallahu a'lam..


2. Azan 2X
-Selain dalil yang pernah diberi b4 this, tuk persoalan ni, kite perlu tau kenapa semasa zaman Khalifah Uthman, azan solat Jumaat dilakukan sebanyak 2x :

1. Umat Islam ketika itu semakin bertambah ramai dan rumah jauh2
2. Untuk memberi peringatan supaya menghentikan dahulu urusan jual beli

jadi, ape bezenyer dengan Malaysia??
- kite tengok plak di mana 2 azan ini dilakukan semasa zaman Khalifah Uthman...
1. Azan pertama dilakukan di luar kawasan masjid iaitu di PASAR
2. Azan kedua barulah di masjid


- zaman sekarang nie, kite ada pembesar suara, speaker dan sebagainya untuk 'memanggil orang solat'.. dan umah2 dekat2 belaka ngan masjid.. kalo kite buat 2 azan pun tidak menepati kaedah Uthman koz kedua2nya dilakukan di dalam Masjid.

Ada yang mengatakan kedua2nya adalah sunnah..koz Ada satu hadis di mana Nabi berpesan..
" Berpeganglah kepada sunahku dan sunah Khulafa' Arrasyidin selepasku , berpeganglah dengan gigi gerahammu'
--- tapi persoalannye adkah kite mengikut ape yang dilakukan oleh Khulafa Arrasyidin..

Dan di antara 4 Khulafa' tadi nie, hanya di zaman Uthman sahaja azan 2x dan zaman Saidina Ali, azan adakah sekali sahaja, dan Imam Syafie lebih cenderung supaya meninggalkan azan 2x dan beliau lebih menyukai apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.... - Al- Umm Jilid 2

Wallu a'lam..

3. Pendek je... xsame... pengikut mazhab syafie ada juga yang mentafsirkan pandangan Imam Syafie dengan tafsiran yang lain.. kate ustaz saye r... hee...


~ dan akhir kalam.... persoalan yang ditimbulkan sepanjang task ini adalah
1. Ape yang kite ikut dari kecik belum tentu betul
2. Amalkan Islam dengan ilmu bukan ikut2, kena banyak buat kajian
3. Kite nie belum tentu paham semuanya. Mungkin kite pun banyak kurang faham sal Islam..jadi, buangla ego, sombong, rendah diri...koz masih banyak perlu dipelajari..
4. Kite kate kite mazhab syafie, tapi kite xikut mazhabnye
5. Kite nak ikut cara Rasulullah tapi yang Rasulullah ajar xnak ikut...sebab ape?? sebab kite dah lame 'mengikut' apa yang dilakukan sejak turun temurun..


wallahu a'alm....
anie_skut87


Ahad, 26 April , 2009
Reply by Abang Syed

Apa yang saya nak kata kat sini dengan persoalan itu sebenanya, isu-isu yang dibangkitkan itu adalah perkara furu'iyyah dan merupakan juga perkara yang telah lama dibincangkan oleh beratus ribu ulama untuk beratus tahun lamanya.


Tujuan saya bertanyakan hukum, ialah supaya yang berhujjah tahu apakah hukum jika dikatakan seperti tadi..kalau berzikir secara jahar, secara beramai-ramai, apakah ia haram? harus? sunat? wajib? atau makruh? Dan begitu juga dengan azan 2x ketika solat jumaat. Apakah hukmnya? jika dikatakan 'bid'ah' sekalipun, apakah hukumnya?

Dan apabila telah dikeluarkan hukum, kenalah terangkan pula apakah kaedah instinbat yang digunakan. Kalau mazhab syafi'i,ada kaedah instinbatnya. Begitu juga mazhab-mazhab yang lain. Dan perlu diambil kira juga, apakah asbab wurud nas-nas tersebut? Dan jika kita tidak ingin bertklid (bukan taklid buta), maka belajarlah sampai kita boleh mencapai status mujtahid mutlak.

Saya suka dengan cara yang dibentangkan oleh fiey dalam menjawab persoalan-persoalan ini, tiada penghukuman yang keterlaluan berlaku dalam hal perbezaan pendapat ini.

Masalah yang dapat saya lihat sekarang ialah ada pihak (bukan dalam grup ini) yang menuduh berzikir secara berkelompok dan bersuara agak keras merupakan bidaah yang tercela dan haram qat'ie kerana pada masa Rasulullah s.a.w. perbuatan demikian tidak pernah dilakukan, dan pelakunya itu akan dihumban ke dalam neraka.


Seperti mana dikata oleh ramai di dalam topik ini:

Imam Syafi'i dalam kitabnya Al-Umm menyatakan:

“Aku memilih untuk imam dan makmum agar kedua-duanya berzikir kepada Allah sesudah salam dari solat dan kedua-duanya melakukan zikir secara sir kecuali imam yang menginginkan para makmum mengetahui kalimat-kalimat zikirnya, maka dia boleh melakukan jahar sampai dia yakin bahawa para makmum itu sudah mengetahuinya kemudian dia pun berzikir secara sir lagi.”

Ini untuk mengajar orang lain. Akan tetapi, ada ulama yang turut berpandangan zikir jahar juga digalakkan secara beramai-ramai untuk merangsang dan membangkitkan semangat jihad, di samping menolak perasaan malas serta mengantuk, juga mengelak ganngguan lain. Ia juga sebagai satu bentuk syiar dalam agama Islam.

Saya masih ingat lagi suatu masa dulu, ustaz abu hisham dan ustaz rosli pernah memimpin kami berzikir secara jemaah di KMNS setiap malam selepas solat tarawikh dengan akhiran malam ramadhan zikir itu dilakukan sebanyak 1000x. Bergema surau dengan alunan yang amat indah; bukanlah kekuatan suara seperti di pasar-pasar. Sehingga ada non mulsim bumiputra yang berkata di kemudian hari "wah, beginlah dia hebat orang islam, patutlah kamu semua tak ragu-ragu dengan islam'..in pengalaman saya sendiri. Jadi masalah kami masa tu dan kami akan dihukum tidak sunnah??

Yang dilarang dalam beberapa nas mengenai jangan dikeraskan suara ialah jika apabila berzikir itu, zikir dilakukan seperti mana sembahan orang2 kafir yang meraung2 dan menjerit2 ketika sedang 'berzikir' (pinjam ayat) dalam agama mereka.

Dari penjelasan Imam Syafi'i itu diketahui bahawa imam tidaklah berzikir dengan sekalian makmum secara terus-menerus dengan suara jahar, melainkan jaharnya itu sekadar untuk memberitahu makmum kalimat-kalimat yang akan dipakai zikir secara bersama-sama, suapaya ia konsisten.

Juga, tidak ada ditemukan di kalangan ulama Syafi'iyah – mana-mana kenyataan yang melarang atau mengharamkan zikir secara jahar. Ini perlu ditekankan kerana mereka yang tidak setuju zikir jahar kadang-kadang menjual ulama-ulama Syafiiyah dengan mengatakan mereka sendiri melarang zikir secara jahar. Sebb itu saya bertanyakan soalan yang jelas dan nyata; apakah hukum zikir secara jahar dan beramai-ramai?

Jangan salah faham! saya tidak mengatakan zikir secara jahar lebih utama atau sebaliknya! Namun pada situasi tertentu dan untuk orang-orang tertentu, zikir jahar itu sangat diperlukan kerana dia dapat membangkitkan semangat dan mengghairahkan kalbu seseorang. Lebih besar lagi ialah untuk mengajak mereka yang jahil dekat dengan rumah Allah.

Ada juga yang menghukumkan 'jahar' ini ialah apabila berzikir secraa beramai-ramai, maka suara itu secara jemaahnya akan menjadi kuat dan sedikit keras (jahar).

Berkata Abu hurairah r.a.:

Rasullulah pernah bersabda di dalam hadis qudsi: Allah berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku pada-Ku. Aku akan selalu bersamanya jika dia terus berzikir pada-Ku. Apabila dia berzikir pada-Ku dalam hatinya, maka Aku pun akan berzikir untuknya dalam hati-Ku. Namun jika dia berzikir pada-Ku di hadapan orangorang, maka Aku pun akan berzikir untuknya di hadapan orang-orang yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatkan dirinya pada-Ku satu jengkal, maka Aku akan mendekatkan diri-Ku padanya satu hasta. Apabila dia mendekatkan dirinya pada-Ku satu hasta, maka Aku akan mendekatkan diri-Ku padanya satu depa. Dan apabila dia mendatangi diri-Ku sambil berjalan, maka Aku akan mendatangi dirinya sambil berlari.

(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Nasai, Ibnu Majah dan Baihaqi)

Dalam satu hadis lagi, sabda Rasulullah sa.w.:


"Sesungguhnya, bagi malaikat itu, sekumpulan malaikat yang berlegar-legar dalam mencari ahli zikir. Maka, apabila mereka (malaikat) mendapati satu kaum berzikir kepada Allah s.w.t., mereka (malaikat) akan berkata (kepada sesama para malaikat yang lain): "marilah segera kepada hajat kamu (apa yang kamu hajati)" Maka, mereka menaungi golongan yang berzikir (secara berjemaah tersebut) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia...(ila akhir naas)". (riwayat Al-Bukhari).

Mengenai azan 2x, sama seperti yang ditulis fiey, dilakukan untuk memanggil orang kembali. Akan tetapi, apa yang saya pelajari, tidaklah salah jika tidak diaazankan di pasar dan sebagainya sebb kalau anda turun ke masjid tengok orng sembahyang jumaat (walaupun muslimat), sebelum khutbah bermula, masih ramai pakcik, adik, abang yang duk sibuk berniaga di luar masjid; masih ramai yang masih menghisap rokok; masih ramai yang duk bersembang kosong. Bila azan kedua barulah bergegas-gegas masuk dan bersedia. Benda ini tak boleh dibandingkan kepada masjidil haram; di mana sepanjang waktu di sana dilakukan ibadah, tak kira bila waktunya. Di mana dikatakan di masjidil haram tidak ada zazn 2x sebelum solat jumaat. Mereka ada hujjah dan nas rujukan juga, tapi kalau dibicarakan secara penuh lagi maka akan jadi lebih panjang.

Dan mengenai sama ada sama atau tidak pendapat imam syafi;e dengan mazhab/ulama syafi'iyyah, boleh jadi assignment la pada yang tak tahu lagi apakah perbezaan; atau memang sama? dan jika berbeza, apakah yang berbeza itu dan apakah yang sama? dan walaupun berbeza, kenapa masih dikata mazhab syafi'ie?

Jadi dalam hal ini, saya mengambil pandangan, bagi yang tidak ingin berzikir secara jahar dan secara jemaah, maka tak perlulah buat. Tetapi tidaklah boleh menghukum yang berbuat sedemikian tidak mengikut sunnah dan terkeluar dari landasan agama. Begitu juga dengan apa yang dilakukan di zaman khalifah Uthman r.a. mengenai azan 2x sebelum solat jumaat.

Ini semua supaya kita tidak mudah menghukum. Kadangkala kita belajar sesuatu yang baru, dan apa yang lama itu kita kata ikutan tanpa asas. tapi, apa akan kita kata jika yang mengikut itu juga mempunyai hujjah dan asas mereka juga, yang mana juga menjadi sepakatan?Apatah lagi jik ia juga merupakan ijtihad ulama secara jumhur? (ini contoh, bukan untuk dalam hal ini ya)


Saya tak kata sape salah dan tak kata sape betul ya!


Maka, bagi saya, kedua pihak mempunyai hujjah dan nas mereka sendiri dan tidaklah satu pihak itu boleh mengatakan yang stau lagi tiada hujjah dan TIDAK SUNNAH.

p/s: kalau begitu, kita baca qur'an ini juga tidak sunnah, disebabkan pada zaman Nabi, ada ke nabi minta sahabat bukukan Al Quran sebelum wafat? Ada ke nabi baca qur'an sambil tengok mushaf qur'an? eh, baca qur'an juga ibadat bukan?

Saiyidina Umar mencadangkan supaya al quran dibukukan, pada mula Saiyidina Abu Bakar tak terima kerana katanya Nabi SAW tak buat, tapi akhirnya dibuat juga, kerana jika tidak dilakukan, timbul maslahat lain yang lagi besar yang boleh menjejaskan perkara asas dalam Islam.

p/s2: Bagi yang pening dan ragu-ragu dalam perbincangan ini, diujurkan better pergi mengaji di alam realiti dengan ustaz-ustaz yang dan tempat yang sepatutnya. Sebb dalam benda hukum, yang bertaklid akan ajar apa yang ditaklidkannya sahaja. Jadi platform internet adalah hanya sebagai tempat diskusi umum sahaja.


Allahu'alam. Sekadar perkongsian.

I don't intend ti reply anymore in this topic, just giving my 2 cents in a different view. If nanti yang saya tulis dibalas dan dibalas sampai bila tak habis, sedangkan semua setuju benda ni perkara furu' yang ada khilaf.


By Abang Syed







Thursday, April 30, 2009

Gelagat peperiksaan


Alhamdulillah..selesai satu paper..perjuangan untuk Biochemistry sudah berakhir..


1st paper for this sem..hehe..legalah juga, coz bagi saya itu adalah killer paper. Tapi, lepas jawab tadi..rasa tak lah se killer mana pun..huhu..


Saat masa semakin suntuk untuk menjawab tadi, sempat juga saya memerhatikan beberapa gelagat rakan-rakan yang mengambil subjek lain. Hehe..nak tergelak pun ada. Masing-masing bermuka serius dan juga berusaha sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik.



Ada seorang rakan ni, duduk di hadapan saya. Apa yang buat saya geli hati, apabila pengawas peperiksaan sudah mengumumkan masa menjawab telah tamat, dia masih lagi kalut untuk menjawab soalan. Memerhatikan ke kiri dan ke kanan sama ada pembantu peperiksaan sudah sampai untuk mengutip kertasnya. Hehe..


Tidak kurang juga yang bosan menunggu masa habis, ada juga yang masih bermain-main dengan kalkulator saintifik, terdapat juga yang masih menyelak-nyelak skrip jawapan dengan tenang dan penuh yakin dan macam-macam lagilah gelagat ketika di dewan peperiksaan.


Itulah sedikit sebanyak aktiviti yang dapat saya rakamkan apabila berada di dalam dewan peperiksaan yang sering di anggap ‘peti ais besar’ oleh sebahagian rakan-rakan saya.Sebab suhunya yang agak rendah.


Saya terfikir…adakah saya akan dapat melalui saat-saat ini lagi selepas tamat belajar nanti..perasaan yang masih belum diketahui..


Hmm..esok ramai yang ada paper..ada juga rakan saya yang berturut-turut, esok, rabu dan khamis. Semoga mereka sentiasa dipermudahkan Allah. Teringat sewaktu semester 4 dulu..saya pernah ambil exam, 1 hari ada 3 paper..kena jawab dalam bahasa inggeris, bahasa arab dan bahasa melayu. Alhamdulillah dipermudahkan Allah waktu tu.


Yang penting niat dan doa kita pada Allah. Cara study juga penting.
Semoga berjaya untuk semua.


Monday, April 27, 2009

Tarbiyah dari Allah


“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un”

"Sesungguhnya semua perkara adalah dari Allah dan kepadaNya jualah dikembalikan"


Ayat yang paling sesuai dan dituntut dalam Islam apabila kita mendapat berita musibah. Dan sesungguhnya, bersabar itu adalah lebih baik untuk mereka yang mengimani Allah.



Patutlah saya tak sedap hati je bila roommate saya tak balik-balik lagi dari discussion di rumah kawannya. Semua orang tertanya-tanya, kemanakah dia menghilang. Saya cuba bertanya dengan rakan yang study dengan roommate saya, katanya dah balik awal lagi, sebelum maghrib coz kami memang rancang nak iftar bersama. Takdir Allah, dia pula tertinggal phone di bilik sebelum keluar pada pagi tu.



Akhirnya, tanda tanya kami terjawab apabila phone saya berbunyi sekitar jam 10.30 malam dan suara roommate saya disebelah sana. Rupa-rupanya barulah saya tahu, yang dia mengalami kemalangan dalam perjalanan pulang ke kolej sebelum maghrib.



Saya pun, cuba sedaya mungkin untuk sampai ke PPUM untuk melihat keadaannya. Sesampainya kami (saya dan seorang kawan lagi dari kolej) di sana, kelihatannya masih mampu tersenyum walhal penderitaannya amat pedih. Alhamdulillah, legalah juga rasanya sebab tidak ada kecederaan yang serius. Hanya luka sedikit di kaki kanan dan pergelangan tangan kanannya berbalut disebabkan cedera sedikit di bahagian tulang.



Alhamdulillah ada seorang rakan yang kebetulan jogging di tempat kejadian melihat dan membantu roommate saya ni. Dia menemani sehingga selesai rawatan di PPUM. Selepas hantar rakan yang membantu tadi ke kolej, kami bertiga pulang ke kolej kami. Sebelum itu, sempat kami singgah untuk melihat kenderaan roommate saya yang ditinggalkan berhampiran tempat kejadian. Minggu depan baru boleh repair.



Memang tidak dapat dinafikan, kun fa yakun. Kuasa Allah yang telah mentakdirkan segalanya. Roommate saya yang lain turut simpati, namun, setiap kejadian ada hikmahnya yang cukup indah yang hanya dapat dilihat dengan basiiroh (mata hati). Disebabkan kecederaan di atas, dia diletakkan di bilik kuarantin ketika menjawab peperiksaan semalam. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah.




Kemalangan yang agak serius yang memerlukan kerehatan yang panjang bukanlah sesuatu yang menjadi idaman dan kenangan indah apabila musim peperiksaan bagi seorang mahasiswa. Namun, apabila semuanya diterima dengan hati yang redha dan optimis dengan takdir Allah, semua diharungi dengan penuh kemanisan dan kesenangan.



Sesungguhnya beruntunglah orang yang diuji, kerana ia menghapuskan dosa dan juga meningkatkan keimanan kita kepada Sang Pencipta sekaligus mendekatkan kita denganNya. Terdapat banyak lagi hikmah yang tersembunyi. Suka saya menghubungkan kalian dengan entry salah seorang sahabat saya…'Hijrah|Huzaifah'



Itulah tarbiyyah direct dari Allah.



Semoga kita semua sentiasa tabah dan sabar dalam menerima semua ujian dari Allah. Ujian boleh datang dalam pelbagai bentuk, oleh itu, persiapkanlah dan lengkapkanlah diri kita dalam semua aspek.



Sama-sama doakan semoga roommate saya cepat sembuh, kuat semangat dan juga berjaya dalam peperiksaan yang dihadapinya.



InsyaALLAH..kemanisan untukmu diakhirnya sahabatku…

Sunday, April 26, 2009

kenapa ya??


Suka saya mengambil sekejap masa rehat saya untuk menukilkan sesuatu, selepas melihat blog saya yang kian lama menyepi..puas mata menghadap buku, dialihkan sebentar ke skrin laptop. Laptop yang menjadi peneman setia ketika mengulangkaji…



Peluh sejuk mula membasahi badan.



‘Seram sejuk la’..



’erm..nervousnya..’



‘alamak, cane nak jawab ni..banyak lagi x ingat nih.huhu..’



‘takutnyo, mintak-mintaklah masuk po yang den baco nih’



..itulah ungkapan yang sering didengari ketika saat-saat peperiksaan hendak dimulakan. Bak kata orang..bunyi rungutan yang belajar last minute…Macam-macam perasaan akan timbul. Erm..tapi, bagi saya, perasaan itu masih lagi belum hangat, sebabnya tarikh exam saya belum sampai lagi..hehe..tapi, lambat mula, lambatlah habisnya.




Namun, tekanannya sudah mula dirasai. Disebabkan saya tak ambil banyak subjek sem ini, semestinya saya perlu score untuk subjek tersebut. Melihatkan rakan-rakan saya membuat persediaan ke dewan peperiksaan, memerhatikan reaksi mereka sebelum dan sesudah menjawab satu-satu subjek, merupakan salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika masih undergraduate. Rakan-rakan merupakan salah satu faktor penting dalam membantu kita untuk berjaya di dalam peperiksaan.



Baru-baru ini sempat saya menghabiskan sedikit masa bersama adik tersayang. Baru habis pengajian di matrikulasi. Katanya, ketika minggu ulangkaji dan minggu peperiksaan lah dia menjadi sangat rapat dengan rakan sebiliknya. Sebelum ini hanya sibuk menguruskan kerja-kerjanya sebagai wakil pelajar, menguruskan pelbagai program, menyiapkan tutorial, study group dan sebagainya. Bila sampai waktu ulangkaji dan peperiksaan, lebih banyak masa dihabiskan di bilik dan bersama rakan-rakan sebilik. Di situlah mula kehidupan mereka yang sangat rapat.



Ini pengalaman adik saya. Tapi, memang tidak dinafikan. Rakan-rakan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan peribadi dan kejayaan seseorang dalam kehidupan. Oleh itu, hargailah rakan-rakan anda. Pengalaman belajar di institut pengajian tinggi bersama rakan-rakan, bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan.



Allah menciptakan sesuatu itu bukanlah untuk sia-sia. Apabila bersama rakan-rakan, kita akan mengalami pelbagai perasaan. Gembira, ceria, suka, duka, sedih, lapang,tenang dan sebagainya. Dan, semuanya yang Allah jadikan, tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk menunjukkan kekuasaanNya. Jika kita mahukan rakan-rakan yang baik, buatlah baik kepada rakan-rakan kita. Bukan itu yang dianjurkan Islam?..



Allah akan membalas amalan kita, biarpun sebesar biji sawi. Bukanlah balasan Allah yang kita harapkan, Cuma REDHA ALLAH yang kita dambakan.



Buat rakan-rakan saya yang akan meninggalkan alam kampu, selamat berjuang di medan yang lebih mencabar..gunakanlah sepenuhnya pengalaman dan ilmu yang kalian gali di kampus untuk kebaikan masyarakat dan ISLAM. Buat rakan-rakan saya yang masih menagih ilmu di kampus, TERUS..TERUS..TERUSKAN tanpa henti. Cekuplah sebanyak mungkin galian yang melimpah ruah di alam kampus ini sementara hayat kalian masih panjang di sini.



Memang tak dinafikan, bagaikan baru semalam kita bersama menghadapi minggu orientasi, baru semalam masih terkial-kial nak cari di mana dewan kuliah dan bilik tutorial, baru semalam nak biasakan diri dengan sistem pengajian di kampus…namun kelak, kita sudah berpisah, membawa haluan masing-masing, mengejar cita-cita untuk terus mencari REDHA ALLAH dan hidup dalam jiwa hamba.


Khas buat rakan-rakan saya yang bakal tamat pengajiannya pada semester ini...tahniah saya ucapkan. Terima kasih banyak-banyak atas segala yang dikongsi..terima kasih juga kerana menjadi sebagian daripada hidup saya..terima kasih kerana segalanya. Semoga Allah menjaga kalian dengan baik.


Semoga kita semua terus istiqamah dalam mencari REDHA ALLAH..





Thursday, April 23, 2009

Dimanakah Rasulullah dalam kehidupan kita??



Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat...tiba-tiba bergenang air mata Baginda S.A.W...

Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak
mereka senangi di wajah Rasulullah bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda menyatakan bahawa terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya.

Para sahabat merasa iri hati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanyakan Rasulullah ' bukankah kami ini ikhwanmu?'...Rasulullah menjawab 'tidak, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku...aku sangat rindu untuk bertemu mereka...'


KITAKAH IKHWAN ITU??? Muhasabahlah andai kita tidak pernah menitis walau setitik airmata kerinduan dan kecintaan pada baginda....


jom muhasabah....

Saturday, April 18, 2009

Doa Kita


assalamualaikum wbt
aku lupa doa...aku malas doa..aku tak suka doa...aku benci dia lantas aku tak mau doakannya... ntah!!!aku xkenal dia, so knpa plu aku doakannya??? ......walau apapun dialog ataupun monolog kita, sedar atau tidak rupa-rupanya kita lupa.

Lupa???? ya...lupa... kita sebenarnya lupa melaksanakan tanggungjawab kita..kita sebenarnya lupa siapa sebenarnya diri kita..kita sebenarnya lupa kelemahan kita..kita sebenarnya banyak lupa..ya..kita sebenarnya lupa kerana kita adalah insan..kerana bermula insan itu adalah pelupa...
Dipendekkan cerita...

Pilihan-pilihan doa:
1. jangan doakan diri sendiri tetapi doalah untuk orang lain.
2. doa untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain
3. doa hanya untuk diri sendiri.
Pilihan yang pertama adalah yang terbaik kerana ia adalah pilihan para nabi dan pewarisnya(bc: ulama). kenapa?? kerana malaikat akan mendoakan untuknya apa yg dia doakan untuk org lain..apakah nilaian doa kita lebih baik daripada doa malaikat?? sesungguhnya doa malaikat itu adalah lebih baik kerana malaikat itu penolong kanan Allah. Kita?? siapalah kita...


Jangan ambik pilihan yang ketiga kerana ulama mentakrifkan mereka ini sebagai golongan yang kedekut sepertimana org yang tidak menjawab s.a.w ketika mendengar nama Nabi Muhammad atau Rasulullah disebut.(mafhum hadis: org yg tak menjawab selawat ke atasku adalah org yg kedekut).


Jangan ambik pilihan yg selain daripada 3 pilihan di atas kerana Allah mencop mereka ini sebagai orang yang ego..nauzubillah. .

Kesimpulannya. ..klo nak alim anda doalah supaya orang lain alim, klo anda nk kaya anda doalah supaya org lain kaya, klo anda nk lapang dada anda doalah supaya org lain lapang dada, klo anda nk istiqomah anda doalah supaya org lain istiqomah..klo anda nk 4flat anda doalah org lain supaya dapat 4flat...sebaik- baik doa adalah doa kita kepada org yang memusuhi, benci, xsuka, meluat dsbnya kepada kita daripada saudara kita..mudah- mudahan Dia menganugerahkan yang lebih baik kepada kita. ammiiiin..

al-faqir wal haqir

Credit to my friend...From Yaman...

Exam Mood...


Exam mood…perkataan ini yang kebanyakannya terpampang di status rakan-rakan saya akhir-akhir ini. Yup, study week untuk UM telah bermula. Dan saya dimaklumkan juga terdapat beberapa IPTA tempatan yang telah mula peperiksaan akhir, contohnya UPM dan USIM dan UIAM. Tahniah buat rakan-rakan saya yang telah berjaya melaluinya. Doakan kami yang masih belum habis.


Kini, tiba masanya kami yang masih belum memulakan peperiksaan akhir, berperang dengan jutaan bahan ilmiah yang perlu di refresh kembali setelah selama 4 bulan belajar. Study week di UM memberikan ruang masa secukupnya untuk para pelajar mengulangkaji pelajaran. Semoga semua rakan-rakan seperjuangan saya dapat menggunakan masa ini dengan sebaik mungkin sebagai persediaan untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.


Tidak lupa juga saya mengucapkan selamat menjawab peperiksaan kepada adik saya yang kini berada di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), begitu juga dengan semua junior saya yang berada di kolej matrikulasi.
Kepada Rakan-rakan dan sepupu saya yang berada di semua IPTA, UM, USM, UPM, UTM, UKM, UITM, UTHM, UMT, UMK, UMP, dan tidak lupa juga untuk rakan-rakan di Maktab perguruan. Untuk rakan-rakan saya yang berada di kolej-kolej swasta seperti Kolej Lagenda,N9., kolej kejururawatan N9., politeknik dan sebagainya, tidak tersebut rasanya, doakan kami yang bakal berjuang menjawab peperiksaan.


Pelbagai tips-tips sudah diketahui oleh kalian, jadi tidak perlulah saya menulisnya dengan panjang lebar kali ini. Cuma sedikit perkongsian untuk kita yang bergelar mahasisiwa. Perbetulkan niat. Dalam hadith 40 oleh Imam Nawawi, hadith pertama yang ditekankan ialah berkaitan niat. Niat sangat penting dalam merubah sesuatu perkara, daripada perkara kecil, menjadi besar dan begitu juga sebaliknya.
Oleh itu, kepada semua rakan-rakan saya, sentiasalah perbetulkan niat kita. Niat yang sentiasa bersandarkan kepada PenciptaNya adalah lahir daripada hati yang bersih. Hati yang bersih adalah tempat di mana punca segalanya bermula. Oleh itu, sentiasalah muhasabah diri kita setiap hari. Sesungguhnya manusia ini lemah, hanya Allah yang menentukan segalanya. Fahamilah konsep tawakkal.


Manusia tidak mampu melakukan yang terbaik semuanya tanpa kawalan dan pantauan daripada Allah. Selamat berjaya kepada rakan-rakan semua.

Wednesday, April 15, 2009



Mencari masa yang sesuai untuk menghadap komputer riba ini bukanlah satu perkara yang sukar bagi saya, sebab peratusan masa saya setiap hari banyak saya habiskan dihadapan alat elektronik ini. Namun, untuk menaip sesuatu yang menjadi tatapan umum memerlukan fokus yang lebih. Saya cuba gagahkan juga untuk memberi sesuatu kepada semua.

Suka saya untuk menyambung isi perbincangan yang diperolehi ketika forum yang dianjurkan oleh persatuan mahasiswa sains gunaan dengan pengajian Islam yang bertajuk ’hikmah yang hilang’. Semoga ia bermanfaat untuk semua.



Ini adalah cabaran untuk generasi sekarang, bagaimana mahu menaikkan kembali zaman kegemilangan Islam yang dahulunya sangat gah dengan penguasaan pelbagai ilmu. Generasi hari ini perlu lebih berdikari dengan apa yang ada. Jika nak dibandingkan dengan generasi yang lepas, mereka lagi sukar untuk mendapatkan maklumat, mereka tidak dibekalkan dengan kemudahan-kemudahan seperti yang kita kecapi hari ini. Namun, pencapaian mereka sangat membanggakan sehingga digunakan sebagai rujukan pada hari ini.

Saya kira jika mereka tidak berusaha untuk mendalami ilmu pada masa dahulu, kita yang ada pada hari ini pasti tidak akan mampu mengecapi ledakan ilmu teknologi. Seharusnya mahasiswa pada hari ini, perlu meningkatkan lagi prestasi pencapaian dalam semua bidang yang diceburi. Ini kerana sistem pembelajaran pada zaman ini telah dipermudahkan. Semakin lama semakin mudah, serta dilengkapi dengan pelbagai bahan-bahan untuk menghasilkan keluaran yang lebih baik.

Menjadi seorang yang hebat dan cemerlang dalam bidang yang diceburi bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Pelbagai pengorbanan diperlukan, masa, tenaga, kewangan dan sebagainya. Namun, itulah yang disarankan oleh ISLAM. Semuanya dilakukan demi kesejahteraan umat sejagat. Muslim yang cemerlang, tidak akan hanya berada di satu tahap sahaja. Mereka perlu sentiasa upgrade tahap pencapaian. Seperti mana yang dinyatakan oleh panel, muslim perlu tingkatkan kepada mukmin, seterusnya muhsinin, kemudian muttaqin dan akhirnya barulah mereka dapat mengecapi kecemerlangan sebenar.

Kombinasi antara hati yang bersih dan juga semangat yang besar untuk mendalami ilmu Allah, adalah antara faktor-faktor kejayaan yang berterusan. Allah sangat sayang kepada hambaNya yang sentiasa berusaha untuk membersihkan hati, hati adalah tempat pandangan Allah. Hati jugalah yang akan menentukan kedudukan seseorang disisi Allah. Jika hati bersih, semua perkara dilihat dengan mata hati dan ini membolehkan seorang individu muslim itu sentiasa berada di landasan yang sebenar.

Di akhir forum tersebut, para panelis melontarkan cabaran kepada semua hadirin, terutamanya pelajar-pelajar sains gunaan untuk mencipta kecemerlangan seperti mana pada zaman kegemilangan ISLAM satu masa dahulu malah lebih baik. Allah memandang usaha yang kita lakukan untuk mencari keredhaanNya, bukanlah hasil akhir yang diutamakan Allah. Sebagai orang ISLAM, kita semua perlu menyahut cabaran itu secara positif dan menjadikannya sebagai satu bahan motivasi untuk menegakkan kalimah toyyibah di muka bumi ini. InsyaAllah.


Monday, April 13, 2009

Menerima Jemputan dengan Hati yang Terbuka

Sekitar selepas asar tadi saya menerima jemputan daripada tuan punya blog, Nuur Afifah. Katanya minta diisikan apa – apa post yang bersifat ilmiah. Kebetulan, saya baru sahaja memulakan semula penulisan blog saya Muhammad Qayyum sejak agak lama saya menutup akaun blog saya di friendster lama dahulu. Nuur Afifah termasuk dalam beberapa orang yang sempat baca beberapa post terakhir saya ketika itu.

Walaubagaimanapun, saya menyambut pelawaannya dengan hati yang terbuka. Tidak lain dan tidak bukan kerana saya mampu untuk menjawab kenapa menulis? Satu persoalan yang rungkaian jawapannya banyak sekali tapi belum pasti tepat pada jiwa seseorang penulis. Tetapi jawapan yang tepat bagi soalan ini telah melahirkan banyak penulis – penulis yang berkarisma tinggi. Hal ini kerana jawapan yang tepat bagi soalan ini memberi matlamat yang jelas dan kukuh kepada penulis. Memberi panduan dan skop apa yang nak ditulis. It give purposes. Maka lahirlah saifulislam.com, AKU HANYA PENULIS dan lain – lain. Itupun kalau saya sempitkan skop pada laman blog sahaja.
Membezakan matlamat bagi setiap perkara yang ingin dilakukan adalah satu aspek penting bagi memastikan apakah kita faham apa yang hendak kita lakukan. Apakah matlamat saya menulis di sini? Itu persoalan yang saya perlu jawab dahulu bagi memastikan kelangsungan saya di sini. Jikalau gagal menemukan jawapan, bermakna jelas saya tidak perlu berada di sini. Cukup saja dengan blog saya yang baru merangkak itu.
Di sinilah saya perlu mengintai, check and balance, kelebihan, kekurangan, halangan dan peluang yang ditawarkan oleh Falsafah Kombat (FK) kepada saya. Menjemput saya memikirkan realiti dan feasibility. Cuma, saya tersenyum sendiri apabila memikirkan pembukaan lapangan dakwah dan ukhuwwah melalui wadah FK ini. Perkongsian idea dan pandangan pastinya lebih bercambah apabila saya yang berada di selatan Tanah Air bertembung lontaran idea daripada komuniti di pusat Tanah Air. Menyedari hal ini, saya merasakan peluang yang ditawarkan cukup tinggi. Oleh itu, saya menerima jemputan dengan hati yang terbuka.
________________________________

Muhammad Qayyum Bin Halele@al-fateh.blogspot.com

81310 Skudai



Sunday, April 12, 2009

Hikmah Yang Hilang


Suka ingin saya berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi daripada forum yang bertajuk ‘hikmah yang hilang’ pada 2 april lalu sempena hari terbuka Jabatan Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, di APIUM. 2 orang panel yang berpengalaman dan seorang moderator yang merupakan senior yang tidak asing lagi di kalangan kami. Panel yang dijemput ialah PM. Dr. Abdul Halim Abd. Aziz (pengerusi perancangan fizik gunaan, pusat pengajian sains fizik, USM) dan panel kedua,Tuan Shaikh Mohd. Saifuddeen bin Shaikh Mohd. Salleh (Pengarah Yayasan Ilmuan) yang merupakan salah seorang pensyarah sambilan di UM.


Antara isi perbincangan ialah:



Sejarah tamadun ISLAM terdahulu, dipelopori oleh saintis ISLAM yang mana telah digelapkan nama-nama mereka oleh tamadun barat, contohnya, Algorithm sebenarnya adalah diambil daripada Al-khawarizmi, Geber (bapa kimia moden) adalah Jabir Ibn Hayyan, Al-hazen adalah ibnu Al-Haitam yang mempelopori bidang optik. Pendek kata, kebanyakan nama-nama saintis Islam telah di latin kan sehinggakan kita menganggapnya bukan umat Islam. Banyak lagi kisah sejarah yang menceritakan tentang perkembangan pesat dan keagungan tamadun Islam pada zaman dahulu.



Dan kita seharusnya berbangga menjadi ummat Islam.
Seterusnya, Dr. Halim mengatakan lagi bahawa, saintis ini perlu dikenali. Jika kita tidak mengenali mereka, dan tidak tahu apakah sumbangan mereka, mana mungkin kita akan mengetahui kepentingan hasil kajian mereka. Oleh itu, Dr. Menyarankan agar kita berusaha untuk mengenali saintis-saintis Islam pada zaman dahulu dan cuba untuk mencontohi mereka. Mempelajari sains adalah satu tuntutan fardhu kifayah, namun, jarang diterapkan disekolah bahawa Islam dan sains ini ada perkaitannya. Bagaikan satu bidang yang berbeza dan tidak boleh disatukan, wal hal, di dalam Al-Quran telah banyak ayat-ayat yang Allah gambarkan kepada kita bahawa sains telah wujud sejak dahulu lagi, bahkan terdapat lagi beberapa tanda dalam Al-Quran yang masih lagi tidak mampu dirungkaikan oleh saintis kini.



Kehebatan ahli saintis zaman dahulu, al-Idrisi yang telah melukis peta dunia tanpa menggunakan satelit. Sangat hebat dan menakjubkan. Begitu juga dengan saidina Ali. Jika sekarang kita boleh katakan antara cerita penyiasatan jenayah yang popular ialah CSI, namun Saidina Ali telah terlebih dahulu mempelopori ilmu penyiasatan jenayah dengan lebih hebat dan bijak. Subhanallah. Suka saya memetik kata-kata Tuan Shaikh, kita tidak boleh menulis tanpa membaca, tidak boleh membaca sahaja tanpa menulis, kita juga tidak boleh bercakap tanpa membaca dan menulis. Ini dapat kita kaitkan dengan peninggalan saintis pada zaman dahulu. Kita mengenali dan mengetahui ilmu-ilmu mereka melalui hasil penulisan yang ditinggalkan. Mana mungkin kita akan mengetahui sistem binari yang ditinggalkan oleh Al-Khawarizmi jika beliau tidak meninggalkannya dalam bentuk dokumentasi. Semuanya penting dalam meninggalkan ilmu untuk generasi akan datang.


Ilmu itu datang daripada Allah, oleh itu, jika kita mahu menguasai sesuatu ilmu, mintalah dengan Allah. Allah Al-Wahhab maha memberi. Penggabungan (hati ingat Allah + Minda mengkaji rahsia Alam) akan menghasilkan satu ummat yang SUPER. Umat yang sentiasa mahu mengkaji kebesaran Allah. Inilah antara ciri-ciri ulul albab yang disebutkan di dalam Al-Quran. Sesungguhnya penciptaan Allah sangat luas dan unik. Tiada makhluk berupaya melakukannya, oleh itu mengapa manusia mesti sombong dengan setitik ilmu yang dipinjamkan Allah?
Seterusnya panel memberikan sedikit motivasi kepada hadirin, bahawa, kita tidak boleh mengimbau kembali nostalgia lama kegemilangan Islam begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa usaha untuk menjadikannya lebih baik atau pun setaraf dengan pencapaian mereka terdahulu.


Bersambung....

Saturday, April 4, 2009