Apakah nasib UM nanti....Hope and change...

Kehangatan piliharaya kampus terus memberi impak kepada kami. Kemenangan PAS di Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Kecil semalam juga menunjukkan rakyat mula tahu menilai. Tahniah kepada yang menang, dan yang kalah, bolehlah menilai kembali factor-faktor kekalahan dalaman dan luaran. Pilihan Raya Kampus UM pula bakal menyusul. Bagaimanakah nasibnya? Adakah sama dengan politik luar? Ataupun sebaliknya yang akan berlaku?


Walau apa pun keputusannya, saya tidak mahu terlalu memikirkannya, sehinggalah ia diumumkan. Fokus kita sekarang adalah usaha sehabis mungkin untuk meraih satu tanggungjawab yang mana kita berkuasa untuk membawa warga kampus kembali hidup dengan syariat Islam yang sebenar-benarnya. Suasana di UM telah berubah sekelip mata.
Lumrah di mana sahaja, persekitaran UM dihiasi dengan banner, poster, manifesto calon-calon yang bertanding, sama ada umum ataupun wakil fakulti.



Cukup mahal pengalaman yang saya menjadi wakil calon. PRK tahun lepas saya menjadi wakil calon umum dan kali ini saya diamanahkan untuk menjadi wakil calon fakulti. Pelbagai suka duka yang kami lalui, bagaikan hidup di dunia asing apabila kebebasan berkempen yang kebanyakannya di dalam kolej disekat, walhal, berada di tempat pengajian sendiri.

Saya tidak pasti di mana ketelusan yang dicanang-canang oleh Pengerusi PRK pada kali ini ketika sesi soal jawab pada malam selepas penamaan calon. Adakah hanya di mulut semata-mata dan apabila pihak kolej melakukan sedemikian, mereka berlepas tangan. Entah bila UM akan berubah.


Saya harap, dengan kepimpinan NC baru kali ini, akan lebih baik sistem pentadbiran HEP UM. Jika kita lihat di luar, kepimpinan Negara-negara luar sentiasa bertukar-tukar, kadang-kadang pihak A menang, kadang-kadang pihak B menang. Tapi, kita lihat, di Malaysia, sudah lebih 50 tahun, hanya pihak yang sama juga mentadbir. Pertukaran kepimpinan adalah satu perkara yang positif kerana Negara tidak hanya berkembang melalui satu pandangan sahaja, bahkan pelbagai pandangan apabila terdapat kepelbagaian pemerintah.


Adakah kita mahu UM juga begitu? Mahasiswa setiap tahun di sogokkan dengan perkara-perkara negatif seperti konsert yang keterlaluan, hiburan melampau, dan sebagainya yang membawa kelalaian kepada Allah dan lebih sayang kepada dunia. Memang ini petanda akhir zaman. Semoga kita sentiasa berpegang dengan ‘tali’ Allah dan mendapat keredhaanNya dalam setiap tindakan kita.


Astagfirullah al-azim…


Ya Allah..Selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin daripada kekejaman zionis..semoga mereka tabah menghadapi dugaan..Ya Rahiim..kurniakanlah mereka kasih sayangMu yang melimpah ruang…


Sunday, January 18, 2009

0 Comments: