Tips ber organisasi

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, Allah masih beri lagi kesempatan utk saya berkongsi di sini, setelah sekian lama menyepi dek kerana kesibukan dan takde mood nak update blog, jadi lah ia sangat bersawang.hehe..

Apapun, ia bukanlah satu yang sangat penting utk difikirkan, sekadar pengisi masa kosong sahaja. 

Semua antara kita pasti pernah terlibat dalam sesebuah organisasi, sama ada kecil atau besar. Pengalaman berorganisasi sangat bagus untuk mengajar kita erti hubungan sesama manusia, mengenali manusia serta berinteraksi dengan baik seperti yang dianjurkan ISLAM. 

Bagi saya, apa yang penting dalam diri individu itu apabila mereka mahu terlibat secara langsung dalam bidang pekerjaan yang tidak lari daripada organisasi, ialah sikap rendah diri dan sentiasa bersedia untuk belajar dan ditegur. 

Kita perlu sentiasa akui yang diri ini lemah dan masih banyak perlu belajar. Sikap sombong dan angkuh tidak akan memberi sebarang manfaat malah akan merosakkan sebuah kerjaya. Fitrah manusia semua suka kepada orang yang sentiasa rendah diri dan hormat orang lain. 

Ibarat air yang mengalir dari gunung ke lembah, ia akan turun dengan laju dan mencurah-curah. Air tidak akan sampai ke tempat yang tinggi dan melawan graviti bumi. Begitu juga ibarat Ilmu, ia akan jatuh ke tempat yang sedia menerimanya, iaitu hati yang terbuka dan boleh menerima pelajaran baru. Sedangkan ilmu tidak akan masuk/pergi ke tempat tinggi seperti hati yang tertutup dan meninggi diri. 

Sama-samalah kita muhasabah. Apapun yang kita lakukan, rujuk kembali kepada sirah Nabi S.A.W. Moga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur..InsyaAllah.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday, April 4, 2012

Allah As-Somad


Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas nikmatNya yang tidak mampu dihitung oleh kita. Andai kata mahu dibalas balik segala nikmat Allah ini dengan sujud kita padaNya, nescaya sesaat pun jua kita tidak mampu mengangkat kepala kita dek kerana terlalu LUAS kurniaanNya buat hamba-hambaNya.

Suka saya berkongsi sedikit bersama rakan2 semua tentang Allah As-Somad. Allah lah tempat bergantung sepenuhnya untuk semua perkara. Walaupun sekecil2 perkara, jika Allah tidak mengizinkannya berlaku, maka ia tidak akan berlaku.

Lihatlah setiap perkara di sekeliling kita. Hanya Allah lah yang menentukan segalanya. Setiap masalah dan penyelesaian itu juga datang daripadaNya. Di datangkan setiap itu berpasang-pasangan...susah-senang, siang-malam, sakit-sembuh, cantik-hodoh, kuat-lemah, lurus-bengkok, panas-sejuk, gelap-cerah...dan banyak lagi. Dari sini sahaja kita telah dapat lihat bahawa Allah itu Maha Berkuasa.

Jadi, sedarlah kita semua rakan2, bahawa kita hanyalah hamba yang lemah, yang tidak mampu melakukan apa-apa melainkan dengan kudrat yang Allah pinjamkan kepada kita. Walau bagaimanapun keadaan kita, Allah itulah segalanya. Allah lah tempat pergantungan kita yang sebenarnya. Mari kejar cinta Allah!

Monday, December 19, 2011

Opick~DenganMu Aku Tenang


video


Tuhan sentuh aku dengan cinta-Mu
Basuh rindu dendam hatiku
Berlari mencari diri-Mu
Terbata meraba di fatamorgana dunia

Tuhan ampun bila hamba terlena arungi sang hidup
Nenangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa

Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang

Berlari mencari terlempar tak pasti
Terbata meraba di fatamorgana dunia
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa

Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang
Aku tenang
Aku tenang

Monday, December 5, 2011

SATU AMANAH



video


Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”



Bila tengah tension2 dengan keadaan dunia sekarang, dan pelbagai lagi yang boleh menyumbang kepada kearah ketensionan. Saya suka dengar nasyid yang akan memberikan lirik2 yang penuh makna dan lagunya yang menusuk jiwa. Antaranya lagu hijjaz ni. memang mengembalikan ingatan saya kepada sahabat2 yang sama2 dalam perjuangan. Lalu hilanglah sedikit sebanyak rasa tertekan sebab bila kita menghayati lirik lagu ni, tak de sebab kenapa kita perlu rasa tension bila kita buat semua adalah kerana Allah.

Ya Allah, ampunilah dosa2 ku yang tidak redha atas segala pemberianMu dengan keluh kesah ku yang kadang kala di luar kawalanku. Allah, Engkau Maha Mengetahui, Maha Pengampun. Allah, Hanya padaMu aku memohon...

Monday, November 21, 2011

Konvo UM 2011

Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan untuk saya melihat kemeriahan suasana konvokesyen UM pada tahun ni. Actually memang ada nak jumpa beberapa orang member yang konvo tahun ni, tu pasal datang juga walaupun masa agak terhad. Apapun, tahniah kepada mereka yang telah selamat konvo baru-baru ini. Konvo itu bukan penamat, tapi pemula. hehe..

Sempat juga saya beli 1 jumper yang memang telah lama diidamkan.hehe.Ada rezeki hari tu, terus sambar tanpa fikir panjang. Anyway, masa nak tunggu member di foodcourt gerai konvo, hujan rahmat dari Allah telah turun. Banyak hikmahnya, redha dan sabar untuk semuanya. Saya balik diiringi hujan, bagus juga, dah lama tak mandi hujan ni..hehe.

Di bawah ni suasana yang sempat saya ambil ketika para graduan sesi pagi baru keluar. Kenangan juga bagi saya apabila datang konvo kali ni, coz tahun lepas saya terlibat sama dan tahun sebelum tu saya adalah AJK yang mengendalikan program konvo ni. Sedikit sebanyak terimbau kenangan lama. hehe..
Melihat junior sedang bertungkus lumus untuk berniaga di gerai masing2, saya juga pada satu masa pernah berada di tempat mereka.Masa terus berlalu, semakin hari semakin dekat kita dengan kematian. Saat yang tidak akan pernah hilang. Semoga kita semua bersedia.

"Orang yang sentiasa mengingati mati, adalah orang yang bijak"




Friday, October 14, 2011

Investment

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, dah tebal giler dah my blog ni..dah lama x bersihkan sesawang ni..hehe..anyway, juz wanna share..tadi petang Allah mengizinkan saya (rasa nak sujud syukur sangat2), dapat p bookfair yang giler2 harga murah. Untuk pengetahuan korang book fair ni.. dah banyak kali dah buat kat mesia, but i juz noticed it last year. Tahun lepas dia buat kat South City Plaza kalo tak silap.

So, tahun ni den dah meraban tengok my senior spend on hundren kat bookfair ni..bez giler buku2 yang diorang beli. So, saya tidak akan melepaskan peluang ini juga. Berusaha mencari masa yang sesuai untuk pergi bersama my officemate.hehe..Alhamdulillah, Allah mudahkan.

Memang kelabu mata la p sana..itu nak beli..ini nak beli..kitorang ambik je dulu,then before nak bayar sort balik.haha.teruk betul. Tapi paling beznya, suasana kat sana memang agak bez jugak la, diorang sediakan kotak utk kita isi buku2 yang kita nak, so, den ape laie, rembat ar sebijik kat sudut tu utk letak buku2 yang bakal dibeli..hehe..

Berapa saya spend utk semua buku yang dibeli kat sana?Tak perlulah tahu, yang penting, kat luar memang tak dapat harga ni. Buku2 yang saya beli adalah seperti dibawah. Antaranya adalah saya nak bagi pada my mom yang suka baca buku, my auntie yang suka travel and for my own company yang akan banyak memanfaatkannya satu hari nanti InsyaAllah.hehe...

Hope tahun depan ada le laie..den nak borong lagi.Moga2 Allah murahkan rezeki kita semua untuk menimba ilmu. InsyaAllah...

Sape2 yang teringin nak p tu, silalah cepat sebelum habis tempohnya ye..sila klik link yang saya bagi kat atas 2 untuk info lanjut.Sekian.

::Ilmu untuk amal::



Coba by Aidil

video

Ada angin yang melintang
Ada halang yang terbentang
Setiap sudut itu dirasakan susah
Setiap satu itu dirasakan payah

Ada taufan yang menderu
Ada petir yang meluru
Setiap peluang dirasakan tipis
Setiap hela nafas dirasakan nipis

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Ada awan kegelapan
Ada langit berlapisan
Setiap ramalan terasa bagai mendung
Setiap musim terasa bagai tengkujuh

Pasti punya puncanya
Ada hikmahnya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Pada baris
Butir doa
Kau memohon
Kau berserah

Hanya
Pada
Dia Dia

Cuba
Cuba
Cuba
Cuba

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya

Cuba kau berdoa
Cuba dan cuba kau meminta
Cuba ‘tuk berserah
Cuba dan cuba ‘tuk percaya


Tuesday, September 13, 2011