Sudah menjadi rutin tahunan pilihanraya kampus akan dijalankan bagi memilih pimpinan mahasiswa yang baru yang akan menerajui kepimpinan kampus. Apa pun, sesi 2008/2009 memberi kelainan kepada setiap warga IPTA. Ini kerana kebanyakan IPTA di anjakkan waktu PilihanRaya Kampus (PRK). Kebiasaannya dijalankan pada awal September, namun, setiap yang berlaku, ada hikmahnya.
Pro Mahasiswa mendepani cabaran demi cabaran. Saban tahun cabaran bertambah dalam pelbagai bentuk. Lihatlah semuanya dengan mata hati. Apabila seseorang itu mampu mengerahkan mindanya untuk berfikir di sebalik mata kepala, dia akan mendapat satu pandangan yang berbeza daripada orang kebanyakan. Seseorang yang berfikiran positif dan berjiwa besar memandang semuanya hanyalah ujian kecil dalam proses membentuk diri mereka menjadi lebih matang dan berwibawa untuk menjadi pemimpin.
Calon-calon yang bakal bertanding, semuanya mempunyai kelebihan tersendiri. Waktu inilah mereka berusaha untuk mengeluarkan semua bakat-bakat yang ada yang menunjukkan mereka layak untuk menjadi pimpinan mahasiswa. Sebenarnya ramai yang layak untuk jadi calon, namun, hanya mereka yang memahami dan prihatin kepada mahasiswa yang sanggup bertanding. Kadang-kadang saya terfikir, apa hikmahnya PRK UM hampir-hampir dengan PRK P036 Parlimen Kuala Terengganu yang juga pembuangan undinya pada 17 Januari ini. Mungkin sedikit sebanyak ia mempengaruhi politik kampus nanti.
Pengalaman mengajar saya bahawa menjadi calon bukan satu perkara yang mudah. Lihat sahaja politik di luar bagaimana. Politik di kampus hanya sebahagian kecil dan ianya merupakan satu langkah permulaan untuk terus berbakti kepada ummah kelak. Lumrah alam apabila disebut pilihanraya, pasti ada saingannya. Saingan Pro M pada kali ini, telah menunjukkan beberapa kelebihan mereka.
Kemeriahannya masih belum terasa, menunggu saat-saat genting untuk penamaan calon pada pagi esok dan juga pembuangan undi pada 19 Januari ini. Saya cukup ‘tabik’ pada mereka yang sanggup bersengkang mata, berkorban masa, tenaga dan sebagainya untuk memastikan kemenangan Pro M. pastikan matlamat kita jelas, niat kita sentiasa berada di landasan yang benar dan tugas-tugas kita tidak melanggar syara’. Allah akan menilai usaha yang kita lakukan, bukan pada hasil yang kita perolehi.
Kepada mereka yang masih lagi terlena, ayuh bangkit! Seruan kemenangan menanti dengan usaha kalian yang ikhlas, InsyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.

0 Comments:
Post a Comment