2009 datang bagaikan tsunami

Sedih melihatkan sambutan tahun baru saban tahun diraikan dengan arak, tarian, joget, konsert-konsert, artis dalam mahupun luar Negara bebas menyanyi, menjual maruah diri. Bagaikan menjadi satu tradisi MELAYU BARU yang diagung-agungkan meraikan sambutan tahun baru sebegitu rupa. Yang ramai memenuhi dataran merdeka, KLCC, dan sebagainya, adakah mereka yang bermata sepet berkulit putih?adakah mereka yang berkulit gelap dan bercakap dengan gaya menggelengkan kepala? Tidak, jarang melihat karektor seperti ini pada malam sambutan tahun baru. Habis tu? Siapa yang memenuhi segenap ruangan di ibu kota setiap negeri? Orang Melayu yang kekal layunya sampailah ke hari ini.


Orang yang mengaku warganegara Malaysia yang suka melihat budaya asal mereka diperkotak katikkan dan menerima dengan lapang dada budaya barat. Inilah hakikat majority anak-anak muda di Malaysia pada hari ini.
Teringat suatu ketika, tidak lama dahulu, saya pernah melakukan bancian taraf hidup social masyarakat di sebuah kampung di Kuantan untuk syarikat di tempat saya bekerja, salah seorang respondent kami bertugas sebagai pengawal keselamatan disebuah syarikat di bandar Kuantan.

Bekerja secara shift menyebabkan waktu bekerja beliau tidak tetap, kadang kala waktu siang, kadang kala waktu lewat malam. Dia melahirkan rasa kesal dengan sikap muda-mudi di Kuantan pada hari ini.
‘boleh dikatakan 90% budak perempuan di kawasan Kuantan ni, dah ‘rosak’. Mereka langsung tidak tahu malu, malam-malam buta berdua-duan di tepi benteng sungai Kuantan. Kita p tegur, diorang buat endah tak endah je. Bila dah terlanjur baru nak menyesal. Baju diorang, MasyAllah, saya nak tengok pun malu.’ Erm..lebih kurang beginilah luahannya kepada kami. Selama lebih kurang satu jam mendengar luahannya, banyak nasihat dan pengajaran yang boleh kami ambil daripadanya. Bagi saya, itu baru di Kuantan, di mana pembangunannya jauh ketinggalan lebih kurang 8 tahun kebelakang berbanding di Kuala Lumpur.


Hakikat kehidupan di Kuala Lumpur itu, tidak perlulah saya ceritakan. Kita semua sudah sedia maklum jika di Kuantan sebegitu keadaannya,
Jadi, inilah Negara Malaysia yang sudah merdeka selama 51. Inilah rupa bakal-bakal pemimpin Negara kita. Subhanallah. Oleh itu, para pemuda dan pemudi yang diberikan hidayah oleh Allah, masih dipelihara Iman dan Islam mereka, masih sempat untuk berzikir, bersujud menyembah Allah. Alhamdulillah. Sensitiviti umat Islam kini semakin lama semakin nipis. Kesengsaraan rakyat di Palestin, saudara-saudara kita yang menderita di Lubnan, Iraq, dan sebagainya, bagaikan sudah lali menyapa telinga melenggok di mata. Ibarat satu perkara biasa yang bagi kita yang hampir setiap hari diberitakan. Peranan kita, nikmat kesedaran keimanan, dan keIslaman yang Allah bagi kepada kita bukan hanya untuk diri kita sendiri, bahkan ia adalah untuk kita kongsi kepada semua makhluk bergelar manusia di muka bumi ini.


Setiap hari, kita mesti cuba untuk menyedarkan orang lain, tidak kiralah dengan cara apa sekalipun, asalkan ia niat hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Kelak di akhirat, akan ditanya oleh Allah, bagaimanakah kita menghabiskan masa muda kita? Bagaimanakah kita menggunakan harta kita? Semuanya akan dihisab oleh Allah kelak. Bermula dari sekarang, ayuh, packinglah diri, dengan selengkap mungkin, untuk pulang ke kampung akhirat. Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Ya Hafiiz Ya Muhaimin, Allah Yang Maha menjaga dan Memelihara makhluk-makhluknya daripada semua kemudharatan.

Friday, January 2, 2009

1 Comment:

Abu Khalifah said...

Bangunlah wahai anak bangsa..
Kita bina kekuatan jiwa
tempuh rintangan perjuangan..

Allahuakbar!! Allahuakbar!!!