Leave Them Alone!


Bermula perjalanan di Masjid As-Syakirin KLCC. Subhanallah, sungguh teruja rasanya untuk turut serta dalam perarakan ke kedutaan Mesir. Saya dan seorang sahabat agak terlewat sampai dan selesai kami menunaikan solat zuhur, terus menyelit masuk ke kumpulan yang dah mula bergerak.


Satu usaha yang agak besar bagi saya apabila mahasiswa yang turun sanggup berkorban berjalan jauh dalam keadaan yang panas terik. Bersama lebih kurang hampir 700-800 orang mahasiswa, membuatkan saya bersemangat untuk terus bersama kumpulan ini sehingga akhir. Atas kefahaman yang sama, iaitu untuk menzahirkan rasa marah, benci, dan tidak senang terhadap pihak kuffar zionis yang sesuka hati melanyak saudara-saudara kita yang hanya mempertahankan hak mereka di tebing Gaza.




Tidak tertahan rasanya apabila setiap hari mendapat berita kematian yang kini hampir mencecah 700 orang. masyaAllah. Apalah yang boleh kita sebagai mahasiswa khasnya dan rakyat Malaysia umumnya yang mendakwa bahawa Malaysia adalah pengerusi OIC. Bagi saya, usaha kita dengan doa, memboikot barangan A.S dan Israel, mendermakan wang ringgit, melaksanakan demonstrasi, menghantar memorandum, hanyalah sekelumit jika hendak dibandingkan dengan usaha jihad saudara-saudara kita di Palestin sana.



Apabila menyertai demo semalam yang dianjurkan GAMIS, saya tiba-tiba teringat isu IJN yang pernah dikatakan hendak diswastakan kepada Sime Darby. Ingin saya laungkan kepada rejim Zionis yang tidak serik membedil bangunan di Palestin, LEAVE THEM ALONE!. Saya pernah mengajukan persoalan kepada senior saya:

“ apakah agaknya yang tentera-tentera zionis ni lakukan apabila ahli keluarga mereka sendiri yang berada di tempat rakyat Palestin sekarang? “

Beliau menjawab, “ tentera-tentera tu dah tak ada perasaan dah, hati dah mati, sebab tu membunuh, membelasah, menembak sesuka hati sudah lali dalam kehidupan diorang, tak ada rasa belas kasihan langsung.”


Saya juga pernah menghadiri beberapa sesi kuliah. Yang diberitakan kepada saya, kebanyakan tentera-tentera yang kejam lagi zalim ini, diambil daripada anak-anak yatim yang terbiar, anak-anak luar nikah, dan sebagainya. Lalu, mereka yang merasakan bersendirian kini diberikan kehidupan baru yang akhirnya akan merosakkan mereka. Menjadi hamba kepada mereka yang mementingkan diri sendiri dan terlalu duniawi.




Sebab itulah kita perlu menjaga anak-anak yatim dengan baik, berikan mereka pendidikan yang baik supaya tidak terjebak dengan kehidupan yang melanggar syara’.

Oleh itu, lakukanlah apa yang kita mampu lakukan sebaik mungkin untuk membantu saudara-saudara Islam kita di sana. Ini adalah isu semua umat Islam!.


Sunday, January 11, 2009

0 Comments: