Kelas kehidupan

Alhamdulillah, masih lagi berpeluang melakukan aktiviti mengaut ilmu Allah di mana-mana ia berada. hehe..erm, actually saya banyak perkara nak share tentang ilmu yang saya dapat hasil daripada ke sana ke mari, tapi, masa utk menulis itu juga menjadi satu batasan.huhu..

anyway,tak pelah, slowly la ye. Erm..ahad 2 minggu lepas saya berpeluang mendengar ceramah keluarga yang bertajuk Generasi X & Y : Cabaran antara rumah dan sekolah yang panelnya ialah ustaz Hasrizal dan Puan Wardina. Sabtu minggu baru ni saya berpeluang untuk bertemu dengan adik2 PMPUM di Tasik Varsiti dan melakukan sedikit perkongsian bersama mereka, dan sebelah petangnya kelas pertama saya untuk sijil usuluddin modul 3 telah bermula, dengan kelas tasawuf.hehe...Kemudian, malamnya pula saya berpeluang melihat dokumentari tentang Bomoh 0nline, tajuknya catchy tapi sebenarnya ceritakan ttg perihal bahaya kesesatan bomoh ni je. Next, ahad baru ni saya telah pergi mendengar Munaqasyah Sistem Uqubat Menjamin Keamanan Malaysia anjuran HTM bertempat di Sekyen 7 Bangi. Memang satu penerangan yang jelas dan baik.

Kemudian, Allah gerakkan lagi hati saya untuk mendengar kuliah maghrib daripada Ustaz Syaari Abdul Rahman di UIAM Gombak pada hari selasa dan malam ini (rabu), diberi peluang mengikuti usrah gabungan di Jalan Raja Laut tentang Quantum Syukur. Alhamdulillah, peluang untuk menuntut ilmu sentiasa terbuka luas bagi mereka yang mencarinya.

erm, setiap satu program ilmiah ini memanglah saya sangat berbesar hati jika dapat berkongsi dengan kawan2 yang membaca blog saya ini, namum masa agak menekan, jadi sedikit demi sedikit akan saya kongsikan di sini.

Pengisian kuliah maghrib oleh Ustaz Syaari di Uiam memang agak membekas di hati saya, walaupun isinya agak berat kerana dia banyak nak disampaikan, tapi tempoh masa agak terhad.Apapun, antara yang saya dapat ialah, kita perlu banyak membaca untuk menjadi Muslim yang terbaik. Pembacaan dan pengkajian membolehkan kita mengetahui ilmu dan sumber-sumbernya yang sahih sebelum kita nak menyampaikan kepada orang lain.

Surah al-Kahfi:In The Modern Age. Itulah tajuk kupasannya malam itu kalau tak silap saya. Tapi muqaddimahnya cukup panjang berkait dengan asbabul Nuzul ayat, berkait dengan Dajjal dan asal-usulnya dan beberapa kisah2 dari Hadith. Sungguh kagum saya kerana perkaitannya sangat mendalam dan ustaz menerangkannya dengan kemas. Alhamdulillah. erm, nak cerita satu per satu tentang kupasannya itu memerlukan entry yang lain. InsyaAllah saya akan kongsikan kemudian.

Wednesday, October 27, 2010

The meaning of life

Assalamualaikum wbr.

erm..harini saya xde apa nak share..juz wanna u all watch diz video..a simple short story but very meaningfull..hehe.


Sunday, October 24, 2010

Majlis ilmu dan muhasabah

Alhamdulillah. Semalam telah selamat di adakan bacaan yaasin dan doa selamat untuk boss saya yang bakal berangkat menunaikan haji pada 31 Oktober ini. Ini juga bermakna beliau akan membawa seramai lebih kurang 25 orang lagi jemaah bersamanya untuk trip haji 1431h yang pertama yang pengisiannya dilakukan oleh 3i Travel.

Sebelum majlis bermula, para pemudi kami-kami ni membuat sedikit pengisian halaqah yang telah diberikan oleh senior saya. Saya sempat join sekejap je, sebab kena tolong buat preparation di bawah. Lepas dah siap semua baru saya naik atas. Then, dapat sikit jelah pengisiannya, tapi, itulah yang sering terawang-awang dalam benak fikiran saya, dan saya memang pasti ianya meronta-ronta untuk diluahkan dan dikongsikan dalam bentuk penulisan sebegini. hehe

Antaranya ialah;

Semua antara kita mempunyai peranan masing-masing mengikut kepakaran dan kemahiran yang Allah bagi. Kita adalah penyambung gerak kerja dakwah Islam Rasulullah tercinta. Oleh itu, kita perlu menggunakan sepenuhnya kepakaran dan ilmu yang Allah bagi untuk menyebarkan Islam seoptimumnya. Dakwah, Tarbiah dan Siasah adalah pembahagian dalam gerak kerja Islam yang telah disepakati. Kita perlu memainkan peranan mengikut sasaran sekeliling kita dan dalam bidang apa kita terlibat.

NISA' adalah NGO yang kami semua terlibat, dan method untuk menyebarkan Islam adalah seperti berniaga dan Islam adalah produknya. So, kita nak mempromosikan produk kita ini mestilah dengan cara yang terbaik dan menarik. Sebab sasaran NISA' adalah remaja-remaja di luar sana yang terlibat dengan gaya hidup sosial yang ke arah negatif, kita nak bawa mereka semula kembali kepada fitrah manusiawi, hamba Allah.

Kemudiannya beliau mengeluarkan satu qoute yang menarik bagi saya; Life is too short to be ordinary. Ini bermakna, hidup ini sangat singkat bagi mereka yang kitar hidupnya adalah average. Jadi, untuk jadi luar biasa, kita kena berfikir cara luar biasa, bertindak luar biasa dan semuanya luar biasa...jangan buang tabiat dah. hehe..

J-K-R; frasa yang menarik untuk dibincangkan. Setiap perempuan perlu mempunyai ketiga-tiga ini untuk menjadi extra ordinary. hehe..apekah itu JKR?yang pastinya bukan Jabatan Kerja Raya eh..
J-Jemaah
K-Kerjaya
R-Rumah Tangga.

Seseorang itu biasa bila dia berumahtangga, dan dia akan dipandang lebih sikit bila dia ada kerjaya. Tapi, tak semua orang ada J, iaitu terlibat dengan jemaah untuk memastikan kelangsungan dakwah Islam. Tak kiralah organisasi mana pun, selagi ia mendokong prinsip Islam dan mengamalkan cara hidup Islam, dan melakukan gerak kerja dakwah, kita join dan sokong mengikut kemampuan kita. Mereka yang mempunyai ketiga-tiga ini pasti akan dihormati. Sebab Allah dah janji dalam Quran bahawa sesiapa yang menjaga agama Allah dan berjuang meninggikan kalimah La ilaha Illalah pasti akan dapat pembelaan Allah.

So, selepas pengisian tu, bermulalah acara bacaan yaasin di tingkat bawah. Kami pun join. Tapi, saya tak dapat dengar sedikit renungan pengubat jiwa yang disampaikan oleh Dr. Rosni Adam sebab saya kena keluar p jemput tetamu yang kesesatan di pejabat kami. Sampai-sampai je rumah bos, dah habis dan ucapan penutup dah pun. huhu..adik saya kata memang meruntun hati pengisian Dr. Rosni. huhu..tak pelah, tak de rezeki nak dengar.huhu..

Apapun, sume orang puji nasi dagang bos den masak sedap. haha. Sebab pembantu dia yang sediakan bahan tu memang pandai tolong, so, jadilah sedap.haha..tak delah, memang dia pandai masak. Masaklah pape pun, sume jadi sedap. haha..dan Alhamdulillah semalam makanan mencukupi, tak delah membazir banyak, cukup-cukup orang kata. Majlis selepas tu diserikan lagi dengan kehadiran sepupu saya dengan anak-anak mereka yang kecoh. Memang seronok sebab dah lama tak jumpa diorang. hehe. Alhamdulillah, selepas dah tolong basuh dan kemas-kemas. Kami pun pulang lah ke destinasi kami.

Ini adalah gambar suasana ketika majlis berlangsung.

Friday, October 22, 2010

What U give..U get back!


Assalamualaikum wbr.

Erm..semalam saya belajar sesuatu. Iaitu jangan kata kat orang lain sesuatu yang tak elok, nanti Allah bagi balik kat kita. alaa..macam kita selalu cakap kat adik kita laa..'jangan cakap kat orang bodoh, nanti apa yang kita cakap tu, balik semula kat diri kita'. Perkara ni kita semua dah tahu sebenarnya, cumanya lupa..biasalah, manusia memang ALLAH ciptakan semulajadi sokmo-sokmo lupa. Orang arab corrupt yang dikatakan hebat minda mereka mengingat dan menghafal pun boleh lupa suruhan dan larangan Allah. Tu pasal negara depa 'hebat-hebat'..

Ok, berbalik tentang pengajaran yang saya dapat semalam. Saya ada terbaca blog kawan saya ni, pastu saya ym dengan dia. Saya cakaplah tulisan dia kat blog tu miserable.hehe..kesian dia, tak patut betul, bukan nak bagi motivasi kat dia..haa...last-last, sebelum balik kerja semalam, saya yang memang terasa amat-amatlah miserable. Masa dok cakap kat dia kita tak rasa apalah sebab masa tu memang x rasa pape lagi, sekali Allah bagi, hampir tersungkur den dibuatnya. huhu. Tak pelah, ujian Allah itu tanda Dia perati kan kita..kan..

Anyway, saya kena belajar lah how to overcome that. Pengurusan kerja dan stress dan juga hubungan dengan manusia. Hubungan dengan manusia ni saya lemah skit, sebab tu saya tak suka buat marketing. haha..jahat betol, tapi memang nak kena belajar ni, bigboss sokmo dah sound..huhu..

Apa yang dipelajari itulah yang perlu dipraktikkan dan sesungguhnya, Allah akan uji apa ilmu yang kita dah belajar, itulah seperti kata-kata ustaz Dzul Khairi Mohd Noor. Saya perlu sentiasa berfikiran positif, begitu juga dengan kalian semua. Setiap yang Allah jadikan itu bukanlah sia-sia, disebaliknya ada pengajaran yang berbeza bagi setiap kita.

Aissshhh..sebenarnya banyak menda nak share kat sini. Tapikan, memang Allah uji saya dengan kekangan masa. Bahan2 yang nak dikongsi ni selalu dah dibawa ke sana ke mari, tapi bila masanya nak menaip tu selalu terbatas. Nak-nak bila dapat lagi task yang banyak lagi mencabar semalam. aiseh...hanya Allah lah tempat kita mengadu dan pergantungan sepenuhnya. Ni pun ada lagi kerja tak siap, nak katanya, kerja memang tak pernah habis. Kalau ikutkan, memanglah tak berbaloi kerja ni dengan gaji yang saya dapat. Berapa gaji saya dapat??hehe..tak perlulah saya mention kat sini. Tapi, saya belajar dari sini bahawa kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Allah Ar-Razzaq itu Maha pemberi rezeki, Dia tahu dah banyak mana kita perlu. Kalau nak lagi..minta aja sama Dia. Itulah apa yang saya diajar dengan Asmaul Husna.

Erm..tengoklah..bila-bila saya update lagi blog ni dengan penulisan yang lebih ilmiah supaya korang tak bosan asyik baca post saya yang kosong nih..haha..

Last but not least, doakan saya dapat menunaikan haji untuk tahun 1432h nanti. Hint2 dah ada tu, cumanya belum confirm lagi. Moga Allah jemput saya menjadi tetamuNya InsyaAllah. Haa..sape2 lagi nak p haji cepat, boleh bgthu saya, asal duit korang dalam TH dah cukup.hehe..iklan sebentar.

Erm..oklah, sambung nanti, kerja2 den sedang menunggu untuk disiapkan nih..huhu..

Barokallahufikum..

Assalamualaikum...

Wednesday, October 20, 2010

3 dalam 1


Assalamualaikum wbr.

Erm..lama dah jugak tak update blog..hehe..musim yang agak sibuk bagi saya sekarang. Dah tak leh nak berfoya2 dah. Masa untuk bertungkus lumus.huhu. Anyway, saya banyak benda nak share sebenarnya, tapi ia ada dalam bentuk berpintal-pintal dalam minda saya ni. Masih tidak tersusun dan perlu dileraikan satu per satu.hehe..

Tak pelah, dalam masa yang singkat ni, apa yang saya nak kongsikan satu perkara sahaja. Iaitu, IMAN..ISLAM & IHSAN. Cakap satu, tapi ni ada 3...hehe..ini adalah moto company saya. Ceh, promote company pulak ye. Tak delah, cuma nak cakapnya, inilah basic yang perlu ada dalam setiap diri bergelar Muslim. Are u Muslim??If Yes, so, check, sama ada kita ada atau tidak 3 elemen utama ini.

Apa-apa yang kita lakukan, jika berlandaskan 3 perkara ini, InsyaALLAH sentiasa dalam pemeliharaan Allah. Satu je kan tujuan kita hidup di Dunia ini, dalam Al-Quran Allah dah sebut dah dalam surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud:

Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Dan dalam kisah pada Zaman Rasulullah juga telah diberitakan dalam hadith Jibril, bahawa telah datang Jibril kepada Rasulullah dalam rupa bentuk manusia dan mengajarkan kepada semua yang hadir pada tentang IMAN, ISLAM & IHSAN.

Oleh itu, kita yang mengaku sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W. perlu membuktikan kecintaan kita dengan melaksanakan segala yang telah disyariatkan oleh Allah melalui ISLAM.

Hasilnya, kita kembali balik kepada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz, bukan nak kata masa zaman Rasulullah tak bagus, padahal memang zaman Rasulullah lebih baik. Tapi selepas berlakunya penyelewangan pada zaman Khalifah Umaiyyah sebelum diperintah oleh Khalifah Umar Abdul Aziz, tanah jajahannya tidak dilaksanakan pemerintahan Islam yang sebenar. Kemudian bangkit khalifah Umar Abdul Aziz membetulkan segalanya dengan izin Allah
Jadi, bila di laksanakan IMAN, ISLAM & IHSAN, semuanya berada di paksi yang benar dan dalam pemeliharaan Allah.

Fuhh...arini bercakap tentang fakta, minta dibetukan ye kot2 ada yang saya tersilap. Maklumlah, kita bukan ustazah, masa belajar dulu pun ambik kos cikai2 je..huhu..tapi, saya buat ni semua sebab teringat sabda Rasulullah yang bermaksud:

Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat.

alaa..xpelah, walaupun semua ni korang dah tahu, tapi saje nak remind. Kita ni manusia, memang diciptakan Allah mudah lupa. Sebab itulah Rasulullah kata, Addinu nasihah. Agama Islam ini adalah nasihat, complimentkan manusia sebagai hamba yang lemah.

Alamak, sorylah..dah panjang pulak membebel ni. Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua.Oklah. Continue later. Semoga setiap langkah dan tindakan kita sentiasa dalam pemeliharaan Allah. ameeen...


Thursday, October 14, 2010

Jangan lupa...


Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah..hari ni saya dapat berjumpa orang-orang yang dah lama saya tak jumpa. Sebab saya pergi memenuhi 3 jemputan majlis aidilfitri. Pertama, di Gombak. Rumah Terbuka PAS Pusat. Saya tiba di sana sekitar jam 11 pagi. Pelbagai menu yang dihidangkan dan memang sungguh meriah dan ramai yang hadir. Alhamdulillah.

Seterusnya saya ke Bandar Manjalara, Kepong. Memenuhi jemputan artis Rabbani ke Majlis AidilFitri mereka yang diadakan di Dewan Masjid Imam Al-Ghazali. Mereka mengambil kesempatan ini untuk memberi hadiah berupa duit raya kepada anak-anak yatim di Sungai Buloh. Menu yang menarik juga dihidangkan antaranya meehoon sup, nasi minyak, satay dan banyak lagi.
Alhamdulillah setelah sekian lama tidak bertemu, akhirnya dapat juga beramah mesra.

Dan jemputan akhir untuk hari ini adalah PSSCH di Akedeminya di Dato' Keramat. Alhamdulillah dapat jumpa kenalan lama. Pelbagai menu sedap dan lazat dihidangkan. Akhirnya selepas asar, sekitar jam 4.30 petang, kami(saya dan sahabat) bertolak pulang ke rumah kami.

Kesimpulannya, di KL memang Syawalnya 1 bulan..hehe..Namun, dalam masa kita memenuhi jemputan ni, jangan lupakan mereka yang hidup susah yang diuji Allah. Satu masa nanti mungkin kita yang akan diuji dengan pelbagai ujian daripada Allah.

Bersederhana dalam semua perkara termasuk makan. hehe..Malaysia memanglah sebuah negara yang penuh dengan sajian makanan yang menarik, kata orang SYURGA MAKANAN. Muslim yang baik akan berfikir untuk kemaslahatan akan datang. So, makan-makan juga, kesihatan tetap kena jaga. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan..hehe..
Semoga Allah merahmati setiap gerak langkah kita.

Sunday, October 3, 2010

Hidup kita Agenda Allah..


Assalamualaikum wbr

Uishh..dah lama juga tak update blog ni..huhu..sory la yek..duk sibuk oustation sekarang..pergi pagi balik malam..tapi, Alhamdulillah masih boleh bernafas dengan kurnia Allah yang tak terhingga ni. Tak de apa yang nak diperbincangkan hari ni, juz terfikir. Kadang-kadang Allah bagi kita banyak pilihan jalan untuk 1 matlamat, hanya kita sahaja perlu memilih yang mana satu. Sesungguhnya manusia ni lemah untuk mengetahui apakah yang terbaik untuknya. Persimpangan dilema memang kadang-kadang setiap hari berlaku dalam kehidupan kita.

Oleh itu, kita mesti sentiasa bergantung dengan Allah dalam setiap keputusan yang kita buat. Sebab tu ustazah kata, setiap kali bangun pagi, kita kena bermonolog dengan Allah...'Ya Allah, Engkau Yang Maha Pengatur segalanya. Agendakan dan aturkan kehidupan yang baik buatku pada hari ini, lebih baik lagi dari semalam.'...So, automatik kita memang serahkan 1 hari tu kepada Allah untuk berikan yang terbaik. Ini bukan fahaman Qadariah ye..hehe..tapi inilah salah satu ikhtiar kita untuk mengelakkan kita daripada terjerumus dalam perkara yang sia-sia.

Isilah setiap masa kita dengan zikir, tidak di lisan, di hati..

Semoga setiap apa jua yang kita lakukan, adalah semata-mata untuk mendapat RedhaNya. Sama-sama kita muhasabah setiap hari..:)

Please correct me if I'm wrong..

Terima kasih kerana sudi membaca..
Siiru ala barokatillah...

Saturday, October 2, 2010