Tips ber organisasi

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, Allah masih beri lagi kesempatan utk saya berkongsi di sini, setelah sekian lama menyepi dek kerana kesibukan dan takde mood nak update blog, jadi lah ia sangat bersawang.hehe..

Apapun, ia bukanlah satu yang sangat penting utk difikirkan, sekadar pengisi masa kosong sahaja. 

Semua antara kita pasti pernah terlibat dalam sesebuah organisasi, sama ada kecil atau besar. Pengalaman berorganisasi sangat bagus untuk mengajar kita erti hubungan sesama manusia, mengenali manusia serta berinteraksi dengan baik seperti yang dianjurkan ISLAM. 

Bagi saya, apa yang penting dalam diri individu itu apabila mereka mahu terlibat secara langsung dalam bidang pekerjaan yang tidak lari daripada organisasi, ialah sikap rendah diri dan sentiasa bersedia untuk belajar dan ditegur. 

Kita perlu sentiasa akui yang diri ini lemah dan masih banyak perlu belajar. Sikap sombong dan angkuh tidak akan memberi sebarang manfaat malah akan merosakkan sebuah kerjaya. Fitrah manusia semua suka kepada orang yang sentiasa rendah diri dan hormat orang lain. 

Ibarat air yang mengalir dari gunung ke lembah, ia akan turun dengan laju dan mencurah-curah. Air tidak akan sampai ke tempat yang tinggi dan melawan graviti bumi. Begitu juga ibarat Ilmu, ia akan jatuh ke tempat yang sedia menerimanya, iaitu hati yang terbuka dan boleh menerima pelajaran baru. Sedangkan ilmu tidak akan masuk/pergi ke tempat tinggi seperti hati yang tertutup dan meninggi diri. 

Sama-samalah kita muhasabah. Apapun yang kita lakukan, rujuk kembali kepada sirah Nabi S.A.W. Moga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur..InsyaAllah.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday, April 4, 2012