Dakwah bukan untuk pemikul yang manja


Pabila minda masih belum dapat berfungsi dengan baik, lantaran suhu badan masih luar pada kadar kebiasaan, inilah sajian yang mampu saya berikan. Email yang saya terima daripada seorang sahabat seperjuangan yang saya kira bermanfaat untuk direnung bersama. Terima kasih kepada Dia yang menegur kita dengan penuh kasih sayang...


-Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

-Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

-Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

-Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

-Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

-Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

-Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

-Yang cepat mengalah,

-Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

-Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

-Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

-Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

-Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

-Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

-Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

-Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

-Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

-Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

  • Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
    Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

Sunday, January 25, 2009

nothing to say...

Nothing to say...coz my mind cannot think nice sentences..huhu..juz give u all some quotes to read..any way, Happy chinese new year for chinese and have a nice holiday for all..












































Saturday, January 24, 2009

Bermulanya perjalanan yang mencabar

Sukar rasanya untuk menyatakan perasaan ini, hanya Allah yang tahu. Takbir! Hope and Change! We love UM! Dan pelbagai lagi laungan keramat bergema di DTC awal pagi semalam. Sebaik sahaja pengumuman keputusan PRK diumumkan. Keputusan yang diluar jangkaan, namun, itulah harapan sebenar. Perubahan!. MPMUM sesi baru ini bakal diisi dengan 21 calon Pro-Mahasiswa. Jumlah ini adalah yang terbesar sejak kekalahan beberapa tahun lalu. Alhamdulillah..hanya ucapan itu yang sentiasa meniti dibibir aktivis Pro-Mahasiswa.


Sempat saya mengambil beberapa gambar ketika sesi pilihanraya berjalan. Ketika kempen, pengiraan undi, dan ketika pengumuman keputusan. Tidak perlu saya ulas dengan panjang lebar, kerana semua laluan yang ditempuhi untuk mencapai kemenangan ini telah banyak ditulis dalam mahasiswakini.com.



Cumanya, perjalanan dan perjuangan Pro-M selepas ini semakin mencabar dan semakin panjang, berhadapan dengan pihak pengurusan universiti yang hakikatnya telah diperakui penuh dengan birokrasi memerlukan ketabahan dan kesatuan untuk memberikan yang terbaik kepada mahasiswa UM.


Ramai yang menghantar mesej tahniah kepada saya dan berpesan agar Pro-M menjaga imej baiknya dengan melaksanakan semua manifesto yang telah dibentangkan serta menjadikan UM sebagai salah sebuah universiti terbaik. Ini baru permulaan, bukan pengakhiran. Pemimpin tanggungjawabnya lebih besar, dan berat. Namun, itu tidak bermakna penyokong hanya mampu melihat. Tanggungjawab ini adalah amanah untuk semua. Semoga kalian rakan-rakan seperjuangan saya, kita bersatu hati dan tenaga untuk ISLAM. Teringat kata-kata daripada seorang senior saya,


“akhlaq adalah satu perkara yang penting dalam menunjukkan syiar Islam. Ketegasan juga perlu berjalan seiring. Rasulullah adalah seorang yang sangat diplomatik. Dalam apa jua cara pun, berunding adalah langkah pertama yang mesti diambil, walaupun ketika dalam peperangan.”

Oleh itu, saya seru kepada semua pejuang-pejuang Pro-M yang telah melangkahkan kami ke gerbang MPMUM khasnya dan seluruh wagra Pro-M, PMIUM dan warga UM umumnya, tunjukkan bahawa ISLAM ITU INDAH, ISLAM ITU ADIL. Secara tidak langsung, ramai orang akan berminat untuk bernaung di bawah pentadbiran ISLAM.


Di bawah saya selitkan beberapa gambar ketika musim PRK UM sesi 2009 yang telah mencatat sejarah. Sepanjang pengajian saya di Universiti Malaya yang tercinta.


TAKBIRR!!!...syukran Ya Allah Ya Wahhab..


ketika sesi penamaan calon. Penyookong Pro-M berarak ke KPS



Berkampung di Dataran Sains..siapkan poster untuk digantung..sambil menjaga banner.


Keadaan dalam Dewan Tunku Canselor (DTC) Ketika proses pengiraan undi.
















Tuesday, January 20, 2009

Masanya telah tiba

Saat jam mencecah tepat 1200tengah malam, segala aktiviti berunsur kempen untuk PRK pada kali ini telah tamat. Maka, saat ini yang paling penting adalah penyerahan diri kepada Allah Yang Maha Berkuasa menentukan segalanya. Usaha yang dilakukan perlu ikhlas, semata-mata kerana Allah, bukan kerana nama, pangkat, wang ringgit, pujian dan sebagainya.

Berserah kepada Allah atas segala usaha yang telah dilakukan. Saat ini adalah masa penyerahan. Kita tidak mampu untuk melawan apa yang telah Allah tetapkan. Fitrah manusia, suka untuk mengadu sesuatu perkara kepada orang lain. Lantas, Allah adalah sebaik-baik tempat kembali. Hirosah( mengawal keselamatan) pada waktu malam masih lagi dijalankan seperti hari-hari lain. Ia adalah salah satu aktiviti rutin setiap kali PRK untuk mengelakkan kehilangan harta benda dan juga keselamatan mahasiswi.


Perang poster dan banner bertambah hangat. Terdapat beberapa calon yang melakukan roadshow sambil menaiki kereta dan memberi manifesto kepada pejalan kaki. Pelbagai cara untuk mempromosikan diri supaya dapat menjadi MPMUM. Namun, itulah sekadar usaha manusia, Allah jualah yang berhak menentukan kemenangan akan menyebelahi pihak mana.


Saya tidak mampu menganalisa apakah perkara yang akan berlaku pada esok hari. Semoga esok bakal membawa satu nafas baru kepada MPMUM.


Ya Allah Ya ‘Alim, hanya engkau mengetahui apa yang terbaik untuk kami, sekalian warga UM. Jika kemenangan Pro-M baik untuk kami laksanakan hukum Islam, maka tolonglah Ya Allah, menangkanlah Pro-M dalam PRK kali ini. Jika sebaliknya Ya Allah, bantulah kami, kurniakan kami kesabaran, ketabahan dan kekuatan untuk kami terus berjuang menegakkan Islam dengan pelbagai cara lain…ameen…





Monday, January 19, 2009

Apakah nasib UM nanti....Hope and change...

Kehangatan piliharaya kampus terus memberi impak kepada kami. Kemenangan PAS di Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Kecil semalam juga menunjukkan rakyat mula tahu menilai. Tahniah kepada yang menang, dan yang kalah, bolehlah menilai kembali factor-faktor kekalahan dalaman dan luaran. Pilihan Raya Kampus UM pula bakal menyusul. Bagaimanakah nasibnya? Adakah sama dengan politik luar? Ataupun sebaliknya yang akan berlaku?


Walau apa pun keputusannya, saya tidak mahu terlalu memikirkannya, sehinggalah ia diumumkan. Fokus kita sekarang adalah usaha sehabis mungkin untuk meraih satu tanggungjawab yang mana kita berkuasa untuk membawa warga kampus kembali hidup dengan syariat Islam yang sebenar-benarnya. Suasana di UM telah berubah sekelip mata.
Lumrah di mana sahaja, persekitaran UM dihiasi dengan banner, poster, manifesto calon-calon yang bertanding, sama ada umum ataupun wakil fakulti.



Cukup mahal pengalaman yang saya menjadi wakil calon. PRK tahun lepas saya menjadi wakil calon umum dan kali ini saya diamanahkan untuk menjadi wakil calon fakulti. Pelbagai suka duka yang kami lalui, bagaikan hidup di dunia asing apabila kebebasan berkempen yang kebanyakannya di dalam kolej disekat, walhal, berada di tempat pengajian sendiri.

Saya tidak pasti di mana ketelusan yang dicanang-canang oleh Pengerusi PRK pada kali ini ketika sesi soal jawab pada malam selepas penamaan calon. Adakah hanya di mulut semata-mata dan apabila pihak kolej melakukan sedemikian, mereka berlepas tangan. Entah bila UM akan berubah.


Saya harap, dengan kepimpinan NC baru kali ini, akan lebih baik sistem pentadbiran HEP UM. Jika kita lihat di luar, kepimpinan Negara-negara luar sentiasa bertukar-tukar, kadang-kadang pihak A menang, kadang-kadang pihak B menang. Tapi, kita lihat, di Malaysia, sudah lebih 50 tahun, hanya pihak yang sama juga mentadbir. Pertukaran kepimpinan adalah satu perkara yang positif kerana Negara tidak hanya berkembang melalui satu pandangan sahaja, bahkan pelbagai pandangan apabila terdapat kepelbagaian pemerintah.


Adakah kita mahu UM juga begitu? Mahasiswa setiap tahun di sogokkan dengan perkara-perkara negatif seperti konsert yang keterlaluan, hiburan melampau, dan sebagainya yang membawa kelalaian kepada Allah dan lebih sayang kepada dunia. Memang ini petanda akhir zaman. Semoga kita sentiasa berpegang dengan ‘tali’ Allah dan mendapat keredhaanNya dalam setiap tindakan kita.


Astagfirullah al-azim…


Ya Allah..Selamatkanlah saudara-saudara kami di Palestin daripada kekejaman zionis..semoga mereka tabah menghadapi dugaan..Ya Rahiim..kurniakanlah mereka kasih sayangMu yang melimpah ruang…


Sunday, January 18, 2009

Kesedihan menyelubungi

Bismillahhirrahmanirrahim...


Sebaknya melihat gambar-gambar yang dipaparkan...Ya Allah..bantulah saudara-saudara SeIslam kami di sana, ganjarilah mereka dengan kemenangan terhadap tentera zionis. Redhailah perjuangan mereka. Perkenankanlah doa mereka Ya Mujib. Kami tidak tertahan lagi, kami hanya mampu melihat, menderma, memboikot dan berdoa kepadaMu Ya Qawiy Ya Matin. Sesungguhnya kami tidak sanggup lagi melihat kesengsaraan mereka Ya Basiir...Kalahkan lah tentera zionis Ya Allah.




























































































































































dalam kesibukan pilihanraya kampus yang sememangnya menguji ketahanan mental dan fizikal, saya tetap mengikuti perkembangan semasa tentang peperangan yang sehingga kini masih tidak kelihatan penghujungnya. melihatkan gambar di atas, hati saya merintih, air jernih mengalir dipipi. Tidak terluah kata-kata. Doalah yang menjadi peneman setia. Ayuh kita berdoa demi keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara kita yang berjuang memlihara agama ISLAM tercinta. Jika kita tiada 'sense' tentang isu ini, check lah balik iman kita.

















Friday, January 16, 2009

Gelombang PRK


Sudah menjadi rutin tahunan pilihanraya kampus akan dijalankan bagi memilih pimpinan mahasiswa yang baru yang akan menerajui kepimpinan kampus. Apa pun, sesi 2008/2009 memberi kelainan kepada setiap warga IPTA. Ini kerana kebanyakan IPTA di anjakkan waktu PilihanRaya Kampus (PRK). Kebiasaannya dijalankan pada awal September, namun, setiap yang berlaku, ada hikmahnya.

Pro Mahasiswa mendepani cabaran demi cabaran. Saban tahun cabaran bertambah dalam pelbagai bentuk. Lihatlah semuanya dengan mata hati. Apabila seseorang itu mampu mengerahkan mindanya untuk berfikir di sebalik mata kepala, dia akan mendapat satu pandangan yang berbeza daripada orang kebanyakan. Seseorang yang berfikiran positif dan berjiwa besar memandang semuanya hanyalah ujian kecil dalam proses membentuk diri mereka menjadi lebih matang dan berwibawa untuk menjadi pemimpin.


Calon-calon yang bakal bertanding, semuanya mempunyai kelebihan tersendiri. Waktu inilah mereka berusaha untuk mengeluarkan semua bakat-bakat yang ada yang menunjukkan mereka layak untuk menjadi pimpinan mahasiswa. Sebenarnya ramai yang layak untuk jadi calon, namun, hanya mereka yang memahami dan prihatin kepada mahasiswa yang sanggup bertanding. Kadang-kadang saya terfikir, apa hikmahnya PRK UM hampir-hampir dengan PRK P036 Parlimen Kuala Terengganu yang juga pembuangan undinya pada 17 Januari ini. Mungkin sedikit sebanyak ia mempengaruhi politik kampus nanti.

Pengalaman mengajar saya bahawa menjadi calon bukan satu perkara yang mudah. Lihat sahaja politik di luar bagaimana. Politik di kampus hanya sebahagian kecil dan ianya merupakan satu langkah permulaan untuk terus berbakti kepada ummah kelak. Lumrah alam apabila disebut pilihanraya, pasti ada saingannya. Saingan Pro M pada kali ini, telah menunjukkan beberapa kelebihan mereka.

Kemeriahannya masih belum terasa, menunggu saat-saat genting untuk penamaan calon pada pagi esok dan juga pembuangan undi pada 19 Januari ini. Saya cukup ‘tabik’ pada mereka yang sanggup bersengkang mata, berkorban masa, tenaga dan sebagainya untuk memastikan kemenangan Pro M. pastikan matlamat kita jelas, niat kita sentiasa berada di landasan yang benar dan tugas-tugas kita tidak melanggar syara’. Allah akan menilai usaha yang kita lakukan, bukan pada hasil yang kita perolehi.

Kepada mereka yang masih lagi terlena, ayuh bangkit! Seruan kemenangan menanti dengan usaha kalian yang ikhlas, InsyaAllah, Allah akan makbulkan doa kita.




Tuesday, January 13, 2009

Leave Them Alone!


Bermula perjalanan di Masjid As-Syakirin KLCC. Subhanallah, sungguh teruja rasanya untuk turut serta dalam perarakan ke kedutaan Mesir. Saya dan seorang sahabat agak terlewat sampai dan selesai kami menunaikan solat zuhur, terus menyelit masuk ke kumpulan yang dah mula bergerak.


Satu usaha yang agak besar bagi saya apabila mahasiswa yang turun sanggup berkorban berjalan jauh dalam keadaan yang panas terik. Bersama lebih kurang hampir 700-800 orang mahasiswa, membuatkan saya bersemangat untuk terus bersama kumpulan ini sehingga akhir. Atas kefahaman yang sama, iaitu untuk menzahirkan rasa marah, benci, dan tidak senang terhadap pihak kuffar zionis yang sesuka hati melanyak saudara-saudara kita yang hanya mempertahankan hak mereka di tebing Gaza.




Tidak tertahan rasanya apabila setiap hari mendapat berita kematian yang kini hampir mencecah 700 orang. masyaAllah. Apalah yang boleh kita sebagai mahasiswa khasnya dan rakyat Malaysia umumnya yang mendakwa bahawa Malaysia adalah pengerusi OIC. Bagi saya, usaha kita dengan doa, memboikot barangan A.S dan Israel, mendermakan wang ringgit, melaksanakan demonstrasi, menghantar memorandum, hanyalah sekelumit jika hendak dibandingkan dengan usaha jihad saudara-saudara kita di Palestin sana.



Apabila menyertai demo semalam yang dianjurkan GAMIS, saya tiba-tiba teringat isu IJN yang pernah dikatakan hendak diswastakan kepada Sime Darby. Ingin saya laungkan kepada rejim Zionis yang tidak serik membedil bangunan di Palestin, LEAVE THEM ALONE!. Saya pernah mengajukan persoalan kepada senior saya:

“ apakah agaknya yang tentera-tentera zionis ni lakukan apabila ahli keluarga mereka sendiri yang berada di tempat rakyat Palestin sekarang? “

Beliau menjawab, “ tentera-tentera tu dah tak ada perasaan dah, hati dah mati, sebab tu membunuh, membelasah, menembak sesuka hati sudah lali dalam kehidupan diorang, tak ada rasa belas kasihan langsung.”


Saya juga pernah menghadiri beberapa sesi kuliah. Yang diberitakan kepada saya, kebanyakan tentera-tentera yang kejam lagi zalim ini, diambil daripada anak-anak yatim yang terbiar, anak-anak luar nikah, dan sebagainya. Lalu, mereka yang merasakan bersendirian kini diberikan kehidupan baru yang akhirnya akan merosakkan mereka. Menjadi hamba kepada mereka yang mementingkan diri sendiri dan terlalu duniawi.




Sebab itulah kita perlu menjaga anak-anak yatim dengan baik, berikan mereka pendidikan yang baik supaya tidak terjebak dengan kehidupan yang melanggar syara’.

Oleh itu, lakukanlah apa yang kita mampu lakukan sebaik mungkin untuk membantu saudara-saudara Islam kita di sana. Ini adalah isu semua umat Islam!.


Sunday, January 11, 2009

Apa yang kita dah buat??


Saudaraku... !!
butakah kita...??
melihat mereka reba sebagai syuhada,
melihat hujan peluru yang membanjiri saban masa,
melihat yahudi bersorak meraih kematian saudara kita,

Saudaraku... !!
pekakkah kita,
mendangar rintihan mereka yang merobek jiwa,
mendengar letupan membinasa tubuh mereka,
mendengar lagu riang yahudi laknaktullah,

Saudaraku... !!
bodohkah kita...??
melihat perdamaian sebagai penamat sengsara,
menuduh saudara kita sebagai punca binasa,
lantang bersuara namun tiada hasilnya,

Saudaraku... !!
tak malukah kita...??
kita berharta,
tapi mereka,
melawan dengan pecahan batu-bata,
bangkit tanpa senjata yang gagah,
berbekalkan Allahuakbar,
mereka ke barisan pertama,
biar peluru menjadi hadiah,
mereka berundur selangkah

Saudaraku... !!
tak takutkah kita...??
bila Allah berkata,
apakah yang kita lakukan demi agama-Nya,
apakah yang kita buat demi Al-Aqsa,
apakah, apakah dan apakah...??

Bangunlah kita...!!
dari mimpi indah,
kita di ambang kesulitan,
agama kita diperlekehkan,
saudara kita diolok-olokkan,
bangkitlah.. .bangkitlah. ..bangkitlah. ..!!

Wahai saudara2ku di palestine
Maafkan kami jika ade diantara kami disini yang tidak mengambil tahu akan kesengsaraan mu di sana...

Maafkan kami jika ada diantara kami di sini yang keberatan menyumbang sedikit wang kpd kalian, walaupun banyak wang mampu dibelanjakan untuk melancong sekitar Eropah tatkala cuti menjelma…

Maafkan kami jika ada diantara kami disini yang lupa mendoakn kalian dan pejuang-pejuang, kerana mungkin terlalu khusyu’ mendoakan kejayaan dalam peperiksaan serta hajat-hajat persendirian yang lain…

Maafkan kami jika ada diantara kami di sini yang sudah bosan menerima berita-berita tentang kezaliman, penindasan, serta pembantaian ke atasmu, sedangkan tidak pernah bosan membaca berita tentang perkembangan terkini EPL serta update manusia-manusia pujaan…

Maafkan kami jika bengangnya kami terhadap pembantaian yang dikenakan terhadap kalian tidak sebagaimana bengangnya sebahagian daripada kami apabila diganggu semasa sedang mentelaah lecture note tatkala peperiksaan semakin hampir…

Maafkan kami wahai saudaraku di Palestine atas ketidak pedulian kami…

Ampunilah kami ya Allah atas kelalaian kami...

Wallahu’alam…


ade wakil rakyat msia yg pergi ke palestin utk menghulurkn bantuan dan bertnye samada perlukan ape2 spt makanan@pakaian@ dsb...ttp jawab palestinian itu..."pulanglah ke negara kamu...latihlah umat islam di tpt kamu agar sentiasa bersiap sedia...andai kami disini telah lenyap maka kalianlah yg akan bangun menggantikan kami menuntut kemenengan"

utk pergi ke Gaza mungkin sesuatu yg mustahil utk kita...apatah lg utk sama2 melontar batu ke arah 'anjing2' itu...ttp mgkn ini atr ape yg mampu kita lakukan...doa. ..solat hajat..qunut nazilah...boikot barangan israil + usa(Denmark ambassador, perdana menteri dan Denmark Channel semuanya cuba untuk hentikan boikot yang telah dilakukan oleh Muslim seluruh dunia sejak bulan lepas di mana sehingga kini mereka menanggung kerugian sehingga 2 BILLION EURO! Jika kita terus boikot DENMARK untuk 7 bulan lagi, mereka boleh rugi hampir 40 BILLION EURO! )....join dmokrasi.... petitiononline utk hentikan sergn dr israil....derma kilat dan mcm2 lg...

bayangkn jika kita yang berada di palestine... bayangkan. ..dan bayangkan..
(mungkin kalo nak makan pon x lalu dah lps ni).




Wednesday, January 7, 2009

New Semester..how do u feel?..


Selamat kembali ke alam pendidikan buat semua rakan-rakan mahasiswa, adik-adik yang masih bersekolah dan juga buat guru-guru yang akan sambung mengajar. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi nikmat oleh Allah Al-Wahhab, yang tidak putus-putus memberikan segalanya kepada kita. Tanpa nikmat dan kasih sayang Allah, tiadalah kita di muka bumi ini. Oleh itu, sentiasalah menjadi hamba yang bersyukur, nescaya ALLAH akan tambahi lagi nikmat untuk kita bukan sahaja di dunia fana’, malah di akhirat yang kekal jua.

Saya pasti, bukan saya seorang sahaja, malah rakan-rakan pembaca juga mengalami satu perasaan yang sama. Risau dengan kehadiran semester baru, tidak kurang juga mereka yang sangat teruja untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik. Pasti akan terfikir., bagaimanakah perjalanannya nanti, bagaimanakah kita akan menghadapi subjek-subjek baru, pensyarah-pensyarah baru dan akhirnya, peperiksaan akhir. Namun, itu semua perlu kita lalui dengan penuh kesabaran.


Kala ini, saya hanya menyerahkan hidup hanya kepada Allah. Memang tidak tersenarai perkara-perkara yang hendak dilakukan, ditambahi pula dengan buku-buku yang perlu dihabisi, dan semuanya yang sudah anda maklum hidup sebagai seorang mahasiswa bagaimana. Tugas untuk organisasi itu sudah pasti akan mengejar kita. Tika inilah kebijaksanaan kita membahagi masa akan teruji, kebolehan kita untuk menguruskan diri dan orang lain akan teruji, kekuatan fizikal dan mental kita juga turut teruji. Untuk melepasi ujian-ujian yang memang tidak akan kunjung malap ini, pelbagai perkara perlu kita tanam dan sediakan dalam diri kita.

Sebagai seorang muslim, suka saya mengambil contoh daripada kisah-kisah Rasulullah S.A.W. apabila kita terasa lemah semangat dan tidak berdaya, mengingati sirah baginda, boleh menjadi satu motivasi bagi kita untuk terus bangkit menggapai kejayaan dan kecemerlangan yang sedang menunggu.

Akhir kata, buatlah yang terbaik dalam setiap pekerjaan kita. Niat boleh menukarkan pekerjaan yang kecil menjadi besar, dan besar menjadi kecil di sisi Allah. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNya.

Sebelum mengakhiri, suka saya mengucapkan selamat hari lahir kepada mereka-mereka yang hari lahirnya jatuh dalam bulan Januari ini. Peningkatan umur bermakna hidup kita semakin singkat. Orang yang paling bijak ialah mereka yang sering mengingati mati.




Monday, January 5, 2009

2009 datang bagaikan tsunami

Sedih melihatkan sambutan tahun baru saban tahun diraikan dengan arak, tarian, joget, konsert-konsert, artis dalam mahupun luar Negara bebas menyanyi, menjual maruah diri. Bagaikan menjadi satu tradisi MELAYU BARU yang diagung-agungkan meraikan sambutan tahun baru sebegitu rupa. Yang ramai memenuhi dataran merdeka, KLCC, dan sebagainya, adakah mereka yang bermata sepet berkulit putih?adakah mereka yang berkulit gelap dan bercakap dengan gaya menggelengkan kepala? Tidak, jarang melihat karektor seperti ini pada malam sambutan tahun baru. Habis tu? Siapa yang memenuhi segenap ruangan di ibu kota setiap negeri? Orang Melayu yang kekal layunya sampailah ke hari ini.


Orang yang mengaku warganegara Malaysia yang suka melihat budaya asal mereka diperkotak katikkan dan menerima dengan lapang dada budaya barat. Inilah hakikat majority anak-anak muda di Malaysia pada hari ini.
Teringat suatu ketika, tidak lama dahulu, saya pernah melakukan bancian taraf hidup social masyarakat di sebuah kampung di Kuantan untuk syarikat di tempat saya bekerja, salah seorang respondent kami bertugas sebagai pengawal keselamatan disebuah syarikat di bandar Kuantan.

Bekerja secara shift menyebabkan waktu bekerja beliau tidak tetap, kadang kala waktu siang, kadang kala waktu lewat malam. Dia melahirkan rasa kesal dengan sikap muda-mudi di Kuantan pada hari ini.
‘boleh dikatakan 90% budak perempuan di kawasan Kuantan ni, dah ‘rosak’. Mereka langsung tidak tahu malu, malam-malam buta berdua-duan di tepi benteng sungai Kuantan. Kita p tegur, diorang buat endah tak endah je. Bila dah terlanjur baru nak menyesal. Baju diorang, MasyAllah, saya nak tengok pun malu.’ Erm..lebih kurang beginilah luahannya kepada kami. Selama lebih kurang satu jam mendengar luahannya, banyak nasihat dan pengajaran yang boleh kami ambil daripadanya. Bagi saya, itu baru di Kuantan, di mana pembangunannya jauh ketinggalan lebih kurang 8 tahun kebelakang berbanding di Kuala Lumpur.


Hakikat kehidupan di Kuala Lumpur itu, tidak perlulah saya ceritakan. Kita semua sudah sedia maklum jika di Kuantan sebegitu keadaannya,
Jadi, inilah Negara Malaysia yang sudah merdeka selama 51. Inilah rupa bakal-bakal pemimpin Negara kita. Subhanallah. Oleh itu, para pemuda dan pemudi yang diberikan hidayah oleh Allah, masih dipelihara Iman dan Islam mereka, masih sempat untuk berzikir, bersujud menyembah Allah. Alhamdulillah. Sensitiviti umat Islam kini semakin lama semakin nipis. Kesengsaraan rakyat di Palestin, saudara-saudara kita yang menderita di Lubnan, Iraq, dan sebagainya, bagaikan sudah lali menyapa telinga melenggok di mata. Ibarat satu perkara biasa yang bagi kita yang hampir setiap hari diberitakan. Peranan kita, nikmat kesedaran keimanan, dan keIslaman yang Allah bagi kepada kita bukan hanya untuk diri kita sendiri, bahkan ia adalah untuk kita kongsi kepada semua makhluk bergelar manusia di muka bumi ini.


Setiap hari, kita mesti cuba untuk menyedarkan orang lain, tidak kiralah dengan cara apa sekalipun, asalkan ia niat hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Kelak di akhirat, akan ditanya oleh Allah, bagaimanakah kita menghabiskan masa muda kita? Bagaimanakah kita menggunakan harta kita? Semuanya akan dihisab oleh Allah kelak. Bermula dari sekarang, ayuh, packinglah diri, dengan selengkap mungkin, untuk pulang ke kampung akhirat. Semoga kita sentiasa dilindungi oleh Ya Hafiiz Ya Muhaimin, Allah Yang Maha menjaga dan Memelihara makhluk-makhluknya daripada semua kemudharatan.

Friday, January 2, 2009

Lembaran baru 1430H




Salam lembaran baru saya ucapkan kepada semua rakan-rakan setia yang sudi membaca blog ini. Setelah puas mencari masa yang sesuai, barulah kini dapat saya update kembali blog yang sudah lama terbengkalai. Saya mendoakan kita semua sentiasa ceria di dalam semangat baru yang telah muncul dan memberi harapan baru kepada kita.

Suka saya memperkatakan tentang peningkatan diri kita. Saya yakin, semua orang akan berazam untuk menjadi dan melakukan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Namun, setakat kita berazam, tanpa ada pelan strategik yang baik untuk kita terus melonjakkan diri ke tempat yang lebih jauh, tiada gunanya. Sesuatu idea ataupun kemahuan yang dating, harus disusuli dengan tindakan yang bijaksana untuk kita melihat hasil yang dikehendaki.


Bercakap tentang idea, tindakan, pelan strategic dan sebagainya, sebagai manusia biasa, kita sememangnya amat lemah untuk melakukan perancangan yang benar-benar baik, mantap dan kadang-kala sering lompong di sana sini. Oleh sebab itulah, kita perlu meminta kepada Sang Pencipta kita yang Maha Bijaksana, Allah Al-Hakiim. Dialah yang telah mengilhamkan kepada kita semua yang kita fikirkan untuk pekerjaan kita di dunia ini.

Penghijrahan Rasulullah, jika kita telusuri perjalanannya, MasyaAllah, penuh dengan hikmah yang tidak terfikir dek akal kita. Menjadi satu rujukan kepada kita, bagaimana Allah melindungi ISLAM daripada dinodai oleh pihak kafir Quraisy yang sentiasa berusaha untuk menghapuskannya di bumi Makkah ketika itu. Apabila kita banyak membaca dan menghayati sirah, sebenarnya, banyak perkara yang boleh kita aplikasikan di dalam kehidupan kita seharian kini. Allah menyanyangi orang yang suka menghidupkan sunnah dalam kehidupan kita di akhir zaman ini. Rasulullah juga akan mudah untuk memberikan syafaatnya di akhirat kelak kepada mereka yang suka mengamalkan sunnah baginda.

Bagi golongan mahasiswa, ataupun yang masih lagi di alam persekolahan, kita masih mempunyai masa untuk meningkatkan prestasi akademik dalam sesi pengajian kita. Muhasabah adalah perkara terbaik dalam menaikkan prestasi diri, bukan sahaja dalam bidang akademik, bahkan semua perkara dalam hidup ini. Amalan yang baik, kita tingkatkan dan istiqamah dalam mengerjakannya, manakala, sifat yang kurang baik, kita cuba kurangkan dan tinggalkannya dalam usaha menjadi MUSLIM SUPER yang berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Ayuh! Mulakan sesi baru dengan berdoa kepada Ya Baith, Allah Yang Maha Membangkitkan Semangat. Semoga hari-hari yang bakal kita tempuhi, penuh dengan ujian dan dugaan yang akan lebih mematangkan kita serta menambahkan ilmu pengetahuan kepada kita. Semoga senyuman kebahagiaan milik kita semua di dunia sana yang abadi selamanya.