Apa ada pada 08-08-08??
Tarikh yang cantik 08-08-08. Sukan olimpik di Beijing telah dirasmikan dengan penuh gilang gemilang pada malam semalam. Sukan yang melibatkan banyak Negara dan mempertandingkan pelbagai acara yang menarik dan pastinya pingat Emas menjadi rebutan. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti perkembangan Sukan Olimpik secara online, saya ada membuat link di sebelah untuk ke laman rasmi Sukan Olimpik Beijing 2008.
Maka semalam ini bermula lah acara-acara yang telah ditetapkan dalam jadual Sukan Olimpik di Beijing untuk tahun 2008. Tapi, perasan tak kita..bila berlangsungnya sesebuah program sukan, tak kira lah sukan apa pun, olimpik ke, sukan sea ke, komenwel ke, mesti yang jadi tuan rumah yang akan membolot banyak pingat. Saya perasan beberapa sukan yang saya ikuti sedikit perkembangannya, so, kebanyakannya akan berlaku sedemikian. Adakah ini benar-benar disebabkan faktor semangat atlit tuan rumah tersebut, ataupun ada faktor lain?
Apa pun, diharap skuad atlit Negara kita yang tercinta, Malaysia, dapat mempamerkan persembahan dan pencapaian yang baik sekaligus menaikkan nama Negara di mata dunia. Kepada mereka yang mewakili Malaysia, usaha tanpa putus asa untuk menjulang pingat yang dicita-cita.
Buat peminat sukan, teruskan sokongan anda untuk atlit Negara yang berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin pingat emas untuk Negara. Tanpa sokongan para peminat, ahli keluarga dan sahabat-sahabat terdekat, atlit Negara mungkin akan kurang bersemangat untuk berjuang habis-habisan.
Namun, dalam kemeriahan kita meraikan sukan olimpik ini, jangan lupakan falsafah sukan dan sejarah yang meniti hidup sukan olimpik ini. Ada pepatah mengatakan ‘muslim yang bertaqwa tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama 2 kali’. Kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi adalah bergantung kepada kebergantungan kita dengan Maha Pencipta, sama ada dalam bidang akademik, kerjaya, sukan, dakwah dan sebagainya. Jika Allah tidak meredhai apa yang kita lakukan di dunia, maka kelak di akhirat sana kita akan mendapat balasan yang tidak dapat dibayangkan oleh Allah.
Semoga kita semua sentiasa dalam pengawasan dan perlindungan Allah, serta mendapat keredhaan Allah dalam setiap tingkah laku dan keputusan yang dibuat. Semoga kita mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat sana. Jom Muhasabah diri kita setiap hari, semoga hari esok lebih bermakna daripada hari ini.
0 Comments:
Post a Comment