Merdekakan Diri kita....



Hmm..cuti dah hampir ke penghujungnya, tapi bagi saya target untuk cuti ni masih lagi banyak yang belum tercapai. Namun, cuti ni adalah cuti yang bermakna walaupun hanya tiga hari berada di rumah. Saya pasti, setiap di kalangan anda pasti ada kenangan masing-masing di waktu cuti ini. Sama ada indah atau tidak, ia terpulang kepada penerimaan kita. Aduss..rasa macam berat pulak nak tinggalkan rumah ni, cuti saya berada di rumah hanyalah tiga hari, dan petang ni tiket saya ke KL pada jam 5.30ptg.


Separuh lagi baki semester satu untuk sesi 2008/2009 akan bermula pada isnin ini. Serentak dengan itu, bulan sya’ban pun dah nak menuju ke akhirnya. Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan semua akan tiba pula. Alhamdulillah kita masih lagi punya waktu yang Allah berikan untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini. Sungguh jika kita renung dalam-dalam, terdapat banyak kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita di dalam bulan ini.


ALLAH mengalirkan semua sifat-sifat Allah yang Maha Mulia itu di dalam bulan ini, hanya tinggal kita sahaja, untuk memetiknya atau tidak. Ishh..kalau nak cakap tentang Ramadhan bulan Mulia ni, sangatlah panjang dan banyak aspek yang boleh disentuh.

Ogos yang belum berakhir ini, mengingatkan kita dengan hari kebangsaan Malaysia. Sambutan kemerdekaan di seluruh Negara akan bermula seawall 29 Ogos, sepertimana di UM. Kami akan mula membuat perarakan hari kemerdekaan pada 29 Ogos malam. Sambutan ini adalah simbolik kepada kecintaan kita kepada Malaysia, tanah air yang kita cintai. Pelbagai aktiviti menarik yang akan dijalankan pada malam tersebut yang semestinya akan menggamatkan suasana.


Perarakan anjuran pihak pentadbiran universiti ini menggabungkan pelbagai peringkat warga universiti iaitu, pentadbiran fakulti, kolej-kolej, persatuan akademik, persatuan anak negeri, persatuan fakulti, kelab-kelab dan persatuan-persatuan lain yang berdaftar di bawah HEP. Ini adalah satu konsep gabungan yang objektifnya adalah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan kaum dan juga perpaduan di kalangan semua lapisan warga kolej.


Semoga kita semua dapat menghayati erti sebenar kemerdekaan, tidak hanya semata-mata menyambutnya tanpa erti yang terkesan di dalam hati. Dan jangan lupa jadilah hamba yang bersyukur atas segala nikmat ALLAH yang banyak dan tidak terhitung ini, daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.


Selamat pulang ke kampus dan memulakan sesi pembelajaran…

Saturday, August 23, 2008

0 Comments: