Selamat memeriahkan Kelab-kelab PMIUM..


Sempena bulan kemerdekaan ini, pasti banyak aktiviti-aktiviti yang akan menonjolkan semangat patriotik rakyat terhadap Negara. Dan perarakan sudah semestinya akan dilakukan di setiap peringkat di Malaysia. Diharap dengan usaha sebegini saban tahun, semangat patriotisma dan hubbul watan kata orang arab, akan terus subur dalam jiwa rakyat Malaysia.


Namun, bukan itu fokus entri saya kali ini. Saya ingin memfokuskan kepada ahli-ahli kelab yang telah berdaftar di bawah kelab-kelab PMIUM. Biarpun saya merasakan waktu ini agak lewat untuk memperkatakan tentang ini, namun, rasanya tidak terlewat untuk memulakan sesuatu yang baik. Hmm..Setelah diteliti kembali, maklumat yang saya dapat daripada mereka yang menguruskan bahagian pendaftaran PMIUM ketika Promo tempoh hari, kelima-lima kelab yang bernaung di bawah PMIUM mendapat sambutan yang baik. Di antara kelima-lima kelab ini, yang paling pendapat sambutan hangat adalah kelab Khidmat Masyarakat, dengan jumlah 200 lebih ahli, kemudian kelab rakan media, kelab penyayang dan kelab fasilaltor, purata taburan ahlinya lebih kurang 150 orang.


Lalu, di manakah ranking kelab sukan?hmm..bagi saya, bilangan mereka yang mendaftar di bawah kelab sukan seramai 91 orang ini adalah satu jumlah yang besar. Terima kasih kepada mereka yang mendaftar di bawah kelab sukan PMIUM. Apapun, kerjasama yang baik akan cuba kita wujudkan bagi mengaktifkan kelab ini. Kita akan cuba harmonikan budaya hidup sihat dengan bersukan dalam keluarga besar PMIUM. Jika mahu diharapkan batang tubuh kami bertiga, Ketua (Abdul Muhaimin), Timbalan (Nur Afifah), dan Ketua ahli kelab Sukan (Mohd. Khairuddin Bajuri), memanglah agak sukar untuk kita melaksanakan program-program yang menarik.


Lalu, kami mengharapkan kerjasama dan partisipasi sepenuhnya daripada mereka yang sudi untuk memeriahkan lagi Kelab Sukan PMIUM. InsyaAllah kita semua akan bertemu secara rasmi untuk membincangkan beberapa perkara mengenai kelab selepas cuti ini. Jadi diharap rakan-rakan semua boleh lah bersedia dengan idea-idea yang bernas untuk kita menceriakan lagi Kelab sukan PMIUM.


Melalui kelab ini, kita akan cuba menimba pelbagai ilmu yang kita tak dapat dalam sesi kuliah akademik, dan kita sama-sama akan belajar. Kami sedia menerima segala teguran yang membina dan tunjuk ajar daripada semua ahli kelab. Saya pasti, ramai di kalangan ahli kelab ini yang hebat-hebat dan mampu memandu kelab ini dengan baik. So, dalam kelab ni, kita berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman yang bermanfaat untuk semua.


Untuk akhirnya, welcome to a big family of PMIUM…semoga penglibatan anda dalam kelab ini, mampu memberi impak yang besar kepada masyarakat kampus perdana ini. Again, saya mengucapkan tahniah, terima kasih dan selamat datang kepada semua ahli Kelab Sukan PMIUM.


Selamat memanfaatkan hari Jumaat…


p/s: Mereka yang berminat untuk menjadi ahli Kelab Sukan PMIUM dan tidak berkesempatan untuk mendaftar pada minggu Promo tempoh hari, ataupun ada perkara yang hendak dibincangkan berkaitan dengan kelab sukan, kami bersedia membuka ruang,boleh menghubungi:

Abdul Muhaimin: 013-2968532

Nur Afifah Ramdan: 013-2965723

Friday, August 15, 2008

3 Comments:

Sufi Intelek said...

uish..bila baca balik entri ni..baru perasan...ntah pape tulis..dengan ayatnye grammer tak betul..huhu..maafla ye..

Shafie Hashim said...

Jangan seronok dengan pelancaran yang indah-indah sahaja. Tapi habuk pun tak dak. Ahli PMIUM tengah dahagakan aktiviti yang di janjikan di dalam kelab. Jangan ayik bangga dengan kelab yang banyak. Tetapi mulalah merancang denagn serius what we want to do after that.

Sufi Intelek said...

thanks for your concern and reminder pie..
erm..kalau penasihat2 kelab yang bac artikel ni tak terasa lagi tak tau lah..doakan kami semua dapat move dengan baik...InsyaALLAH, dengan sokongan semua ahli PMIUM.