Apabila kita bergaul dengan ramai orang, maka banyaklah input yang kita dapat, namun, tak semua kita boleh terima. Apa yang kita perlu buat ialah memproses input tersebut, kemudian terjemahkannya dalam bentuk output yang terhasil daripada pelbagai kaedah proses yang kita buat tadi.
Isu permatang pauh, akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila kerusi parlimen tersebut ditawan oleh penasihat PKR yang dahulu pernah menjadi TPM, Dato’ Seri Anuar Ibrahim. Kemenangan dengan majority melebihi isterinya menjadikan isu ini sentiasa meniti di bibir pak cik mak cik yang mengikuti isu semasa…adakah BN sudah tidak releven di Permatang Pauh? Ataupun isu liwat DSAI yang tidak releven dengan orang di sana..?hmm..apapun, diharap PKR dapat menyusun strategi yang lebih baik untuk menjaga kebajikan rakyat selepas ini.
Isu bas UM..hmm..saya tak naik bas, sebab ada naiem, tapi, ramai kawan-kawan saya naik bas. So, cerita sampai lah kat saya, kata seorang rakan saya, ‘ei fiey, apsal pak cik bas tu eh?pagi2 aje muka dah masam, saya pun rasa macam takut nak naik bas, ke dia tak nak bagi orang naik bas? Takut nak tegur, kang tak pasal-pasal kena marah. Dah kan kerja dia bawak bas, bukannya ambik masa dia pun, so, apa nak kejarnya sampai tarik muka macam kita ni makan masa dia.’
Hmm..dulu dengar bas tak punctual, actually sampai sekarang pun sama aje. Apa saya reply kat rakan saya tu ‘ala.. tegur ajelah dulu..mana tau lepas tegur dia senyum ke..tak pun, ada masalah ke pagi tu, kita mana tau..husnu zonn aje.tapi, yelah kan, nanti ape plak kata orang lain, jadi fitnah plak pada orang melayu, kalau student kaum lain yang alami, lebih specific lagi pada para pemandu bas yang akan dapat nama buruk’.
Dalam hati saya kata, ini masalah dalaman. Kita tak de kuasa nak ubah hati orang. Bak kata pengetua saya masa kat sekolah menengah rendah dulu ‘kalau ustaz panggil malaikat jibril turun ngajor korang pun, tapi kalau dah diri sendiri tak bleh nak terima, tak guna jugak’..hmm, lebih kurang macam tu lah. So, semuanya bermula daripada diri sendiri, yang disekeliling ni, hanyalah booster aje.
Kesian jugak kat rakan-rakan saya yang terpaksa berhadapan dengan muka pak cik driver bas yang masam tu tiap-tiap hari, tapi, tak pelah. Saya nak cadangkan kat dia nanti, tingkatkan imaginasi minda kita, bila Nampak aje muka pak cik yang masam tu, terus tukarkan dia jadi Nampak dia macam senyum. So, tak Nampak lah muka pak cik tu masam.hehe..Tak pun, imagine kan something yang boleh buat kita senyum..hehe..ape benda ye? I leave it to u…
2 Comments:
Salam fie,
Betul tu kita kena ubah mindset kita, tetapi mereka juga perlu diberi satu kursus atau program bagaimana mahu berhadapan dengan orang yang pelbagai ragam. UM sendiri adalah satu organisasi yang memberi perkhidmatan. So, bila memberi perkhidmatan kenalah berikan yang terbaik. Samada mereka orang atasan atau bawahan.
Tak kisahlah samada kerajaan atau swasta.Jangan pandang orang atas sahaja memerlukan kursus-kursus peningkatan dari segi perkhidmatan pelanggan tetapi lihat juga mereka yang di bawah.
ok. Peace.... :) kearah perkhidmatan pelanggan (pelajar dan kakitangan) di UM yang lebih baik.
erm..yup..tapi, kadang2 kalau dia orang tu dapat membaca dengan matahati,tak delah jadi perkara2 yang tak diingini..huhu..
salam ramadhan...
Post a Comment