Suka saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan mahasiswa di Universiti Malaya. Bermula pada 16 Ogos sehingga 24 Ogos, pihak university memberikan cuti rehat kepada mahasiswa. Terima kasih kepada mereka. Apapun, cuti seminggu akan terasa sekejap kalau kita tidak memanfaatkannya dengan betul dan sistematik. Lain orang lain tanggungjawabnya, namun, semua orang mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap keluarga.
Petang ni roommate saya dah balik kampung dia, di Jitra, Kedah. (saya pun dah mula nak terikut loghat kedah..hehe). Saya..hmm..lambat lagi balik ni. Takpelah, lagipun banyak kerja sekolah yang nak kena buat. So, apakah perancangan rakan-rakan semua sempena cuti seminggu ni? Bagi saya, perancangan awal perlu dibuat supaya nanti tak menyesal di akhir cuti, assignment ntah ke mana, buku dan nota dah berhabuk, dan macam-macam lagi perkara yang tak terbuat.
Oleh itu, suka saya berkongsi dengan rakan-rakan semua, supaya sebelum cuti, cuba kita peruntukkan sedikit masa untuk merancang apa yang akan kita lakukan sepanjang cuti ini, ikutlah, by day or by hour. Apa yang pasti, semua tanggungjawab kita terkandung dalam jadual tu. Tanggungjawab sebagai hamba ALLAH, sebagai anak, sebagai abang, kakak, rakan, anak sedara, dan sebagai pelajar semestinya.
Bila dah ada perancangan ni, InsyaAllah semuanya akan jadi mudah, dan tak ada kerja yang terlupa nak buat. Allah juga menekankan soal masa dengan menghadiahkan surah khusus tentang masa untuk hamba-hamba Nya, Surah Al-Asr. Begitu juga terdapat pelbagai pepatah sama ada dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, semuanya ada menyentuh tentang kepentingan masa.
Oleh itu, jom kita sama-sama duduk, buat jadual yang sistematik yang boleh dan relevan untuk kita laksanakan. Jangan buat jadual sampai kita sendiri tak termampu nak ikut, itu akan memakan diri kita akhirnya.
Semoga kita semua sentiasa memperuntukkan masa kita hanya semata-mata untuk Allah. Sebab bagi orang Islam, kita dah sebut tiap-tiap hari dalam solat bahawa, sesungguhnya solat kita, ibadah kita, hidup dan mati kita, hanyalah untuk ALLAH S.W.T. Jom muhasabah diri kita, macam mana kita menggunakan masa yang Allah dah bagi kat kita, masa ini adalah amanah, sebab tu nanti masa kat akhirat, apabila kita dibangkitkan semula, salah satu item yang ditanya adalah tentang masa kita.
Niat akan menentukan segalanya….
0 Comments:
Post a Comment