Merdeka & Ramadhan

Merdeka lagi 3 hari lebih kurang, Ramadhan pulak lagi 4 hari. Kalau Ramadhan 31 Ogos, macam mana agaknye ye?huhu..apapun, selamat hari merdeka dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia.


Pada malam tadi, PMIUM telah Berjaya menganjurkan satu forum erti kemerdekaan di Kompleks Perdana Siswa dan antara panelnya ialah Prof. Dr. Emeritus Khoo Khay Kim. Majlis ilmu ini diserikan lagi dengan pelancaran tabung derma bantuan untuk umat Islam di Palestin dan diakhiri dengan penyampaian sajak oleh Setiausaha Agung PMIUM, Mohd Faisal Mustaffa.


Suka saya memanjangkan entri ini dengan topik tentang Ramadhan, bulan berkat anugerah Allah untuk hamba-hambaNya, tak terkata rasanya. Begitu banyak yang nak saya perkatakan tentang Ramadhan, sesungguhnya hati-hati yang sering rindukan Allah, sentiasa menanti-nanti bulan keberkatan ini. Dalam bulan inilah kita Allah mempamerkan lagi dengan jelas lagi nyata kasih sayangNya kepada kita. Subhanallah.


Pada pendapat saya, terdapat perkaitan antara merdeka dengan Ramadhan. Terdapat nilai yang boleh kita hubungkan antara keduanya. Erti merdeka seperti mana yang kita maklum adalah bebas dari cengkaman penjajah. Manakala, jika kita dalami dalam bulan Ramadhan ini, kita berpuasa bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara lain yang telah disyariatkan. Di situ kita lihat semua perkara yang dilarang ketika dalam bulan puasa adalah berkait dengan kemahuan nafsu kita. Dan apabila kita berpuasa, bermakna kita cuba membebaskan diri daripada mengikut arahan nafsu dalam diri kita. Itulah erti kemerdekaan dalam Ramadhan, dan apabila tiba waktu berbuka, kita dikira telah berjaya mendapatkan erti kemerdekaan itu.


Selain itu, Ramadhan adalah peluang keemasan bagi kita untuk merdeka daripada belenggu dosa-dosa lalu dengan kita menebusnya dengan melakukan sebanyak mungkin kebaikan kepada makhluk-makhluk lain kerana pahala yang dijanjikan Allah, masyaAllah..sangatlah besar..oleh itu, jom sama-sama kita gunakan peluang yang datang hanya setahun sekali ini.


Ramadhan mempunyai maknanya yang tersendiri dan terpulang pada kita bagaimana kita memanfaatkannya. Pada saya, Ramadhan sangat menyeronokkan, dan harapnya keseronokan itu masih terasa sampai bila-bila. Saya juga pasti, setiap kali Ramadhan dan Syawal, pasti membawa pelbagai kenangan manis yang dialami.


Tapi, bagi mahasiswa, selepas raya itulah time yang paling mencabar dalam semester tu. Waktu exam biasanya pada akhir tahun dan kali ni. Jatuh pada awal November, Alhamdulillah la bukan dalam bulan Oktober. Pejam celik, dah nak habis sem, tu pasal kita kena selalu fahami dan hadam surah Al-Asr.


Apapun, semoga semua dapat menghayati dan mendalami erti kemerdekaan dalam Ramadhan.

Friday, August 29, 2008

0 Comments: