Merdeka & Ramadhan

Merdeka lagi 3 hari lebih kurang, Ramadhan pulak lagi 4 hari. Kalau Ramadhan 31 Ogos, macam mana agaknye ye?huhu..apapun, selamat hari merdeka dan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia.


Pada malam tadi, PMIUM telah Berjaya menganjurkan satu forum erti kemerdekaan di Kompleks Perdana Siswa dan antara panelnya ialah Prof. Dr. Emeritus Khoo Khay Kim. Majlis ilmu ini diserikan lagi dengan pelancaran tabung derma bantuan untuk umat Islam di Palestin dan diakhiri dengan penyampaian sajak oleh Setiausaha Agung PMIUM, Mohd Faisal Mustaffa.


Suka saya memanjangkan entri ini dengan topik tentang Ramadhan, bulan berkat anugerah Allah untuk hamba-hambaNya, tak terkata rasanya. Begitu banyak yang nak saya perkatakan tentang Ramadhan, sesungguhnya hati-hati yang sering rindukan Allah, sentiasa menanti-nanti bulan keberkatan ini. Dalam bulan inilah kita Allah mempamerkan lagi dengan jelas lagi nyata kasih sayangNya kepada kita. Subhanallah.


Pada pendapat saya, terdapat perkaitan antara merdeka dengan Ramadhan. Terdapat nilai yang boleh kita hubungkan antara keduanya. Erti merdeka seperti mana yang kita maklum adalah bebas dari cengkaman penjajah. Manakala, jika kita dalami dalam bulan Ramadhan ini, kita berpuasa bermaksud menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara lain yang telah disyariatkan. Di situ kita lihat semua perkara yang dilarang ketika dalam bulan puasa adalah berkait dengan kemahuan nafsu kita. Dan apabila kita berpuasa, bermakna kita cuba membebaskan diri daripada mengikut arahan nafsu dalam diri kita. Itulah erti kemerdekaan dalam Ramadhan, dan apabila tiba waktu berbuka, kita dikira telah berjaya mendapatkan erti kemerdekaan itu.


Selain itu, Ramadhan adalah peluang keemasan bagi kita untuk merdeka daripada belenggu dosa-dosa lalu dengan kita menebusnya dengan melakukan sebanyak mungkin kebaikan kepada makhluk-makhluk lain kerana pahala yang dijanjikan Allah, masyaAllah..sangatlah besar..oleh itu, jom sama-sama kita gunakan peluang yang datang hanya setahun sekali ini.


Ramadhan mempunyai maknanya yang tersendiri dan terpulang pada kita bagaimana kita memanfaatkannya. Pada saya, Ramadhan sangat menyeronokkan, dan harapnya keseronokan itu masih terasa sampai bila-bila. Saya juga pasti, setiap kali Ramadhan dan Syawal, pasti membawa pelbagai kenangan manis yang dialami.


Tapi, bagi mahasiswa, selepas raya itulah time yang paling mencabar dalam semester tu. Waktu exam biasanya pada akhir tahun dan kali ni. Jatuh pada awal November, Alhamdulillah la bukan dalam bulan Oktober. Pejam celik, dah nak habis sem, tu pasal kita kena selalu fahami dan hadam surah Al-Asr.


Apapun, semoga semua dapat menghayati dan mendalami erti kemerdekaan dalam Ramadhan.

Friday, August 29, 2008

Isu yang tak pernah habis...



Apabila kita bergaul dengan ramai orang, maka banyaklah input yang kita dapat, namun, tak semua kita boleh terima. Apa yang kita perlu buat ialah memproses input tersebut, kemudian terjemahkannya dalam bentuk output yang terhasil daripada pelbagai kaedah proses yang kita buat tadi.



Isu permatang pauh, akhirnya sampai ke kemuncaknya apabila kerusi parlimen tersebut ditawan oleh penasihat PKR yang dahulu pernah menjadi TPM, Dato’ Seri Anuar Ibrahim. Kemenangan dengan majority melebihi isterinya menjadikan isu ini sentiasa meniti di bibir pak cik mak cik yang mengikuti isu semasa…adakah BN sudah tidak releven di Permatang Pauh? Ataupun isu liwat DSAI yang tidak releven dengan orang di sana..?hmm..apapun, diharap PKR dapat menyusun strategi yang lebih baik untuk menjaga kebajikan rakyat selepas ini.


Isu bas UM..hmm..saya tak naik bas, sebab ada naiem, tapi, ramai kawan-kawan saya naik bas. So, cerita sampai lah kat saya, kata seorang rakan saya, ‘ei fiey, apsal pak cik bas tu eh?pagi2 aje muka dah masam, saya pun rasa macam takut nak naik bas, ke dia tak nak bagi orang naik bas? Takut nak tegur, kang tak pasal-pasal kena marah. Dah kan kerja dia bawak bas, bukannya ambik masa dia pun, so, apa nak kejarnya sampai tarik muka macam kita ni makan masa dia.’


Hmm..dulu dengar bas tak punctual, actually sampai sekarang pun sama aje. Apa saya reply kat rakan saya tu ‘ala.. tegur ajelah dulu..mana tau lepas tegur dia senyum ke..tak pun, ada masalah ke pagi tu, kita mana tau..husnu zonn aje.tapi, yelah kan, nanti ape plak kata orang lain, jadi fitnah plak pada orang melayu, kalau student kaum lain yang alami, lebih specific lagi pada para pemandu bas yang akan dapat nama buruk’.


Dalam hati saya kata, ini masalah dalaman. Kita tak de kuasa nak ubah hati orang. Bak kata pengetua saya masa kat sekolah menengah rendah dulu ‘kalau ustaz panggil malaikat jibril turun ngajor korang pun, tapi kalau dah diri sendiri tak bleh nak terima, tak guna jugak’..hmm, lebih kurang macam tu lah. So, semuanya bermula daripada diri sendiri, yang disekeliling ni, hanyalah booster aje.


Kesian jugak kat rakan-rakan saya yang terpaksa berhadapan dengan muka pak cik driver bas yang masam tu tiap-tiap hari, tapi, tak pelah. Saya nak cadangkan kat dia nanti, tingkatkan imaginasi minda kita, bila Nampak aje muka pak cik yang masam tu, terus tukarkan dia jadi Nampak dia macam senyum. So, tak Nampak lah muka pak cik tu masam.hehe..Tak pun, imagine kan something yang boleh buat kita senyum..hehe..ape benda ye? I leave it to u…


Thursday, August 28, 2008

Merdekakah jiwa kita??


Suka saya menyentuh tentang isu kemerdekaan buat kali ke-2. Isu permatang pauh, isu mansuhkan auku, isu ptptn dan sebagainya saya bukan tak mahu sentuh, cuma, saya inginkan sedikit kelainan berbanding dengan sahabat-sahabat seangkatan dengan saya..apapun, sebagai rakyat Malaysia yang bergelar mahasiswa, isu-isu semasa seperti itu tidak boleh kita sampingkan, bahkan kita perlu memandang serius kerana ia melibatkan keadilan dan hak sebagai mahasiswa.


Saya teringat kata-kata seorang motivator, ‘merdeka dalam erti kata sebenar bukanlah merdeka dari segi semangat patriotik Negara sahaja, bahkan kita boleh luaskan lagi skopnya. Merdeka dari sudut hati dan pengamalan kita sebagai hamba Allah yang abadi. Merdeka diri sahaja tidak penting, tapi merdeka hati itu lebih memainkan peranan yang besar’.


Saya pernah membaca satu buku motivasi yang mana ia menyatakan bahawa seorang sahabat Rasulullah, Bilal Bin Rabah, seorang hamba yang merdeka hatinya. Walaupun di seksa dengan kejam, dihempapkan batu di atas badannya ditengah padang pasir yang panas terik, hanya semata-mata untuk dipaksa syirik kepada Allah, namun, apa yang tetap di hatinya hanya ALLAH. Hanya kalimah ahad, ahad, ahad yang keluar dari mulutnya.


Jika kita dalami, betapa merdeka dan bebasnya jiwa Bilal sehinggakan tiada apa pun yang dapat memerangkap jiwanya untuk berpaling dari ISLAM. Sungguh cekal imannya dan dia Berjaya memerdekakan jiwanya daripada belenggu-belenggu duniawi yang melingkarinya. Akhirnya, Allah memberi kemenangan dan kebebasan dirinya setelah Abu Bakar membebaskan Bilal dari tuannya.



Cuba kita renung anak-anak muda, bahkan orang tua pun, bukan kita katakan tidak merdeka, mereka sangat merdeka, namun, jiwa mereka masih terkurung, terperangkap dan tidak kenal erti merdeka sebenarnya walhal mereka adalah orang ISLAM. Namun, Islam hanya pada kosmetik sahaja. Boleh dilihat dengan rancangan realiti TV sekarang, cara hidup barat telah lama menyusuk dalam kehidupan masyarakat kita pada hari ini.


Budaya ketimuran telah tertutup dengan pakaian-pakaian cara hidup barat yang akhirnya membawa kehancuran institusi keluarga di kalangan masyarakat kita. Itu sebabnya jenayah di Malaysia semakin meningkat, tiada sekatan yang menyeluruh terhadap budaya barat yang masuk ke negara kita. So, how can we declare that we already free? Sedangkan hati kita masih terikat dengan bekas penjajah kita?


Semoga kita sama-sama renungi, apakah sebenarnya perjuangan mantan pejuang2 tanah air kita dahulu. Sesungguhnya sejarah telah diputar belit oleh pihak tertentu dan kita telah terpedaya.

Sunday, August 24, 2008

Merdekakan Diri kita....



Hmm..cuti dah hampir ke penghujungnya, tapi bagi saya target untuk cuti ni masih lagi banyak yang belum tercapai. Namun, cuti ni adalah cuti yang bermakna walaupun hanya tiga hari berada di rumah. Saya pasti, setiap di kalangan anda pasti ada kenangan masing-masing di waktu cuti ini. Sama ada indah atau tidak, ia terpulang kepada penerimaan kita. Aduss..rasa macam berat pulak nak tinggalkan rumah ni, cuti saya berada di rumah hanyalah tiga hari, dan petang ni tiket saya ke KL pada jam 5.30ptg.


Separuh lagi baki semester satu untuk sesi 2008/2009 akan bermula pada isnin ini. Serentak dengan itu, bulan sya’ban pun dah nak menuju ke akhirnya. Ramadhan, bulan yang dinanti-nantikan semua akan tiba pula. Alhamdulillah kita masih lagi punya waktu yang Allah berikan untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini. Sungguh jika kita renung dalam-dalam, terdapat banyak kelebihan yang Allah kurniakan kepada kita di dalam bulan ini.


ALLAH mengalirkan semua sifat-sifat Allah yang Maha Mulia itu di dalam bulan ini, hanya tinggal kita sahaja, untuk memetiknya atau tidak. Ishh..kalau nak cakap tentang Ramadhan bulan Mulia ni, sangatlah panjang dan banyak aspek yang boleh disentuh.

Ogos yang belum berakhir ini, mengingatkan kita dengan hari kebangsaan Malaysia. Sambutan kemerdekaan di seluruh Negara akan bermula seawall 29 Ogos, sepertimana di UM. Kami akan mula membuat perarakan hari kemerdekaan pada 29 Ogos malam. Sambutan ini adalah simbolik kepada kecintaan kita kepada Malaysia, tanah air yang kita cintai. Pelbagai aktiviti menarik yang akan dijalankan pada malam tersebut yang semestinya akan menggamatkan suasana.


Perarakan anjuran pihak pentadbiran universiti ini menggabungkan pelbagai peringkat warga universiti iaitu, pentadbiran fakulti, kolej-kolej, persatuan akademik, persatuan anak negeri, persatuan fakulti, kelab-kelab dan persatuan-persatuan lain yang berdaftar di bawah HEP. Ini adalah satu konsep gabungan yang objektifnya adalah untuk mewujudkan perpaduan di kalangan kaum dan juga perpaduan di kalangan semua lapisan warga kolej.


Semoga kita semua dapat menghayati erti sebenar kemerdekaan, tidak hanya semata-mata menyambutnya tanpa erti yang terkesan di dalam hati. Dan jangan lupa jadilah hamba yang bersyukur atas segala nikmat ALLAH yang banyak dan tidak terhitung ini, daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali.


Selamat pulang ke kampus dan memulakan sesi pembelajaran…

Saturday, August 23, 2008

The God Spot



Hari ini saya ada something interesting to share. Maybe ia agak teoritikal, tapi, tak kisahlah, asalkan saya rasa saya lega bila saya masukkan entri ni. Apa yang anda fikirkan apabila melihat tajuk di atas? Apa maksud sebenar ‘The God Spot’ tu? Apa rahsia yang unik di sebaliknya?


Sebenarnya The God Spot adalah elemen utama yang disentuh dalam program ESQ Training. Beberapa orang yang dekat dengan saya telah menghadiri training tersebut dan menceritakan pengalaman-pengalaman menarik mereka. Satu perasaan luar biasa terhasil selepas menghadiri program tersebut yang mana ia akan membangkitkan suara hati lalu menghasilkan tindakan atau akhlaq yang baik pada pesertanya.


Saya tertarik untuk mengetahui apakah jenis perasaan itu. Perasaan yang luar biasa yang dirasakan oleh mereka. Lalu mereka berkata kepada saya “ rasa sangat lega, free, dan bahagia lepas dah hadiri program tu. Bagai Allah itu berada sangat dekat dengan kita dan kita tidak akan berfikir apa-apa lagi melainkan hanya untuk Allah”. Yang lain pula memberi komen, “ESQ akan buat kita tersentuh dan apa yang disentuh itulah The God Spot yang dah sedia ada dalam hati kita, Cuma kita aje yang tak perasan selama ni. Itu sebabnya, bila kita buat something tak setel dan ada masalah dalam organisasi atau dengan rakan-rakan, kita akan resah. Walhal, kita tak tahu itu semua adalah tarbiyah Allah untuk kita, kita tak belajar nak redha dengan itu semua.”


Apa agaknya yang hebat sangat tentang ESQ ni agaknye ye?. “Mereka yang pernah pergi ke ESQ akan berubah cara pemikirannnya, lebih matang, lebih tenang, lebih rasional dan sentiasa mendahulukan Allah dalam segenap hal”. MasyaAllah kata saya, begitu hebatnya Allah, telah mengurniakan ESQ ini untuk membantu masyarakat dalam mencari segala penyelesaian masalah dengan cara yang betul.


Actually banyak lagi yang saya nak share tentang ESQ ni. Cuma, biar berperingkatlah. Tak sabar pulak rasanya nak pergi. Kata mereka yang dah pergi, walaupun harganya agak tinggi, tapi, ia sangat berbaloi dan banyak manfaatnya untuk menjamin kebahagiaan di dunia dan di akhirat.


Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang ESQ Training yang asalnya daripada Indonesia, bolehlah melawat laman web utamanya.


Pay more and u will get more than u pay. believe me.


-165 The ESQ Way-

Wednesday, August 20, 2008

Alam sekitar dan manusia..



Petang semalam, saya bersama seorang rakan berada di sebuah kafe di salah sebuah fakulti. Tengah-tengah makan tu, kawan saya Nampak satu puntung rokok yang dibuang di tanah di hadapan meja kami. Masih berasap. Kawan saya memang tidak puas hati dan kami memang rasa tak patut pun dalam kampus ni ada orang merokok. Kampus sepatutnya menjadi kawasan larangan merokok. Tak kisah lah untuk staff atau student. Namun, tindakan orang yang membuang puntung rokok tu di merata-rata tempat sangat tidak relevan.


Dalam hati saya kata..’hmm..nampaknya kempen kesedaran alam sekitar di dalam kampus ni masih belum Berjaya mencapai sasarannya’.. sebagai mahasiswa yang belajar tentang alam sekitar, saya memang amat rasa sensitiviti pencemaran alam sekitar ni. Bukan nak kata orang lain tak rasa, cuma apabila kita mendalami sesuatu tu, kita akan lebih terasa dan menghargainya.


Sebenarnya banyak kesan buruk yang berlaku, walaupun hanya satu puntung rokok sahaja yang dibuang, tapi, kesannya akan merebak sehingga akan jadi banyak puntung rokok berada di tanah. Huh, kalau nak cakap pasal alam sekitar ni, satu minggu pun belum tentu habis, kerana alam sekitar melibatkan semua yang ada di sekeliling kita, sekaligus akan mengaitkan dengan pencipta kita, ALLAH S.W.T.


Air, udara, api, tanah, angin serta semua sumber yang ada di bumi ini adalah bermanfaat untuk kita, sedar tak sedar kita telah banyak membazir dalam penggunaan seharian kita. Tenaga elektrik, sumber air, sumber cahaya dan sebagainya, kadangkala kita bazirkan tanpa kita sedari. Oleh itu, pendidikan alam sekitar ni bukan sahaja kita fokuskan kepada mahasiswa yang mendalami bidang itu sahaja, malah ia adalah satu ilmu yang perlu dikuasai oleh semua lapisan masyarakat, kanak-kanak hinggalah warga emas.


Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur. Kalau tak, nanti Allah akan tarik balik nikmat yang telah diberi. Nikmat yang kita dapat, kadang-kadang kita lupa itu adalah nikmat, namun, bila dah ditarik, barulah terhegeh-hegeh kita nak mintak dengan Allah. Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa diberkati…amiiin..


Tuesday, August 19, 2008

Selamat memeriahkan Kelab-kelab PMIUM..


Sempena bulan kemerdekaan ini, pasti banyak aktiviti-aktiviti yang akan menonjolkan semangat patriotik rakyat terhadap Negara. Dan perarakan sudah semestinya akan dilakukan di setiap peringkat di Malaysia. Diharap dengan usaha sebegini saban tahun, semangat patriotisma dan hubbul watan kata orang arab, akan terus subur dalam jiwa rakyat Malaysia.


Namun, bukan itu fokus entri saya kali ini. Saya ingin memfokuskan kepada ahli-ahli kelab yang telah berdaftar di bawah kelab-kelab PMIUM. Biarpun saya merasakan waktu ini agak lewat untuk memperkatakan tentang ini, namun, rasanya tidak terlewat untuk memulakan sesuatu yang baik. Hmm..Setelah diteliti kembali, maklumat yang saya dapat daripada mereka yang menguruskan bahagian pendaftaran PMIUM ketika Promo tempoh hari, kelima-lima kelab yang bernaung di bawah PMIUM mendapat sambutan yang baik. Di antara kelima-lima kelab ini, yang paling pendapat sambutan hangat adalah kelab Khidmat Masyarakat, dengan jumlah 200 lebih ahli, kemudian kelab rakan media, kelab penyayang dan kelab fasilaltor, purata taburan ahlinya lebih kurang 150 orang.


Lalu, di manakah ranking kelab sukan?hmm..bagi saya, bilangan mereka yang mendaftar di bawah kelab sukan seramai 91 orang ini adalah satu jumlah yang besar. Terima kasih kepada mereka yang mendaftar di bawah kelab sukan PMIUM. Apapun, kerjasama yang baik akan cuba kita wujudkan bagi mengaktifkan kelab ini. Kita akan cuba harmonikan budaya hidup sihat dengan bersukan dalam keluarga besar PMIUM. Jika mahu diharapkan batang tubuh kami bertiga, Ketua (Abdul Muhaimin), Timbalan (Nur Afifah), dan Ketua ahli kelab Sukan (Mohd. Khairuddin Bajuri), memanglah agak sukar untuk kita melaksanakan program-program yang menarik.


Lalu, kami mengharapkan kerjasama dan partisipasi sepenuhnya daripada mereka yang sudi untuk memeriahkan lagi Kelab Sukan PMIUM. InsyaAllah kita semua akan bertemu secara rasmi untuk membincangkan beberapa perkara mengenai kelab selepas cuti ini. Jadi diharap rakan-rakan semua boleh lah bersedia dengan idea-idea yang bernas untuk kita menceriakan lagi Kelab sukan PMIUM.


Melalui kelab ini, kita akan cuba menimba pelbagai ilmu yang kita tak dapat dalam sesi kuliah akademik, dan kita sama-sama akan belajar. Kami sedia menerima segala teguran yang membina dan tunjuk ajar daripada semua ahli kelab. Saya pasti, ramai di kalangan ahli kelab ini yang hebat-hebat dan mampu memandu kelab ini dengan baik. So, dalam kelab ni, kita berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman yang bermanfaat untuk semua.


Untuk akhirnya, welcome to a big family of PMIUM…semoga penglibatan anda dalam kelab ini, mampu memberi impak yang besar kepada masyarakat kampus perdana ini. Again, saya mengucapkan tahniah, terima kasih dan selamat datang kepada semua ahli Kelab Sukan PMIUM.


Selamat memanfaatkan hari Jumaat…


p/s: Mereka yang berminat untuk menjadi ahli Kelab Sukan PMIUM dan tidak berkesempatan untuk mendaftar pada minggu Promo tempoh hari, ataupun ada perkara yang hendak dibincangkan berkaitan dengan kelab sukan, kami bersedia membuka ruang,boleh menghubungi:

Abdul Muhaimin: 013-2968532

Nur Afifah Ramdan: 013-2965723

Friday, August 15, 2008

Selamat Bercuti...


Suka saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan mahasiswa di Universiti Malaya. Bermula pada 16 Ogos sehingga 24 Ogos, pihak university memberikan cuti rehat kepada mahasiswa. Terima kasih kepada mereka. Apapun, cuti seminggu akan terasa sekejap kalau kita tidak memanfaatkannya dengan betul dan sistematik. Lain orang lain tanggungjawabnya, namun, semua orang mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap keluarga.


Petang ni roommate saya dah balik kampung dia, di Jitra, Kedah. (saya pun dah mula nak terikut loghat kedah..hehe). Saya..hmm..lambat lagi balik ni. Takpelah, lagipun banyak kerja sekolah yang nak kena buat. So, apakah perancangan rakan-rakan semua sempena cuti seminggu ni? Bagi saya, perancangan awal perlu dibuat supaya nanti tak menyesal di akhir cuti, assignment ntah ke mana, buku dan nota dah berhabuk, dan macam-macam lagi perkara yang tak terbuat.


Oleh itu, suka saya berkongsi dengan rakan-rakan semua, supaya sebelum cuti, cuba kita peruntukkan sedikit masa untuk merancang apa yang akan kita lakukan sepanjang cuti ini, ikutlah, by day or by hour. Apa yang pasti, semua tanggungjawab kita terkandung dalam jadual tu. Tanggungjawab sebagai hamba ALLAH, sebagai anak, sebagai abang, kakak, rakan, anak sedara, dan sebagai pelajar semestinya.


Bila dah ada perancangan ni, InsyaAllah semuanya akan jadi mudah, dan tak ada kerja yang terlupa nak buat. Allah juga menekankan soal masa dengan menghadiahkan surah khusus tentang masa untuk hamba-hamba Nya, Surah Al-Asr. Begitu juga terdapat pelbagai pepatah sama ada dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Bahasa Arab, semuanya ada menyentuh tentang kepentingan masa.


Oleh itu, jom kita sama-sama duduk, buat jadual yang sistematik yang boleh dan relevan untuk kita laksanakan. Jangan buat jadual sampai kita sendiri tak termampu nak ikut, itu akan memakan diri kita akhirnya.


Semoga kita semua sentiasa memperuntukkan masa kita hanya semata-mata untuk Allah. Sebab bagi orang Islam, kita dah sebut tiap-tiap hari dalam solat bahawa, sesungguhnya solat kita, ibadah kita, hidup dan mati kita, hanyalah untuk ALLAH S.W.T. Jom muhasabah diri kita, macam mana kita menggunakan masa yang Allah dah bagi kat kita, masa ini adalah amanah, sebab tu nanti masa kat akhirat, apabila kita dibangkitkan semula, salah satu item yang ditanya adalah tentang masa kita.


Niat akan menentukan segalanya….

Thursday, August 14, 2008

OGOS: Bulan Kempen Keselamatan Mahasiswi


Setinggi-tinggi tahniah kepada HEWI PMIUM kerana telah Berjaya menjalankan ‘kempen keselamatan Mahasiswi’. Pada hari Isnin yang lalu, 11 Ogos, telah dilancarkan perasmian kempen keselamatan mahasiswi dan bulan Ogos telah dijadikan bulan rasmi kempen keselamatan ini. Tahniah kepada penaungnya, NYDP PMIUM, sahabat saya, Nur Fariza Zahrin, dan pengarah Kempen Keselamatan Mahasiswi, saudari Syahadatul Hafizah Abdullah.


Pengarah Keselamatan UM telah dijemput untuk merasmikan kempen ini. Ini menjadikan kempen ini lebih menarik kerana ia merupakan kerjasama antara HEWI PMIUM dan juga pihak keselamatan UM. Ini merupakan satu usaha murni untuk menjaga kebajikan dan keselamatan mahasiswi di Universiti Malaya dan juga untuk masyarakat umumnya.


Kempen ini juga adalah respon daripada berlakunya kes-kes jenayah yang telah berlaku di dalam UM. Menurut ucapan perasmi kempen ini, kes jenayah yang berlaku di dalam kawasan UM adalah hasil daripada jenayah luar yang masuk ke dalam UM dan juga sikap para mahasiswa sendiri yang tidak mempunyai integriti sebagai mahasiswa. Lalu, HEWI PMIUM, melihat perkara ini semakin serius dan perlu kepada satu usaha untuk meneutralkan kembali keamanan dan keselamatan mahasiswi khususnya di kampus.


Saya bukan mengatakan yang mahasiswa lelaki tidak penting untuk dijaga keselamatannya, Cuma perempuan ini lebih memerlukan perhatian kerana sifat hakikinya itu, dan secara logiknya pun, orang perempuan keselamatannya lebih terancam daripada lelaki, sama ada di dalam mahupun di luar kampus. Oleh itu, kepada semua mahasiswi, jagalah keselamatan anda, walau di mana sahaja anda berada, sentiasa berwaspada. Mata-mata jahat sentiasa mengintai peluang untuk membahayakan anda.


Saya melihat ini satu peluang yang baik untuk binding semua mahasiswi di Universiti Malaya ini. Isu keselamatan bukanlah satu isu yang kecil lebih-lebih lagi ia melibatkan barang-barang berharga dan yang paling penting adalah nyawa kita. Bak kata pepatah ‘ mencegah lebih baik daripada merawat’. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyokong kempen keselamatan mahasiswi ini. Pelbagai aktiviti yang telah disusun sempena kempen ini. Rakan-rakan semua boleh merujuk segala info terkini di blog hewi.


Semoga usaha ini mendapat keredhaan daripada Allah dan berjaya untuk mencapai objektifnya. Kampus perdana kesayanganku..

Wednesday, August 13, 2008

Sukan Olimpik 2008


Apa ada pada 08-08-08??

Tarikh yang cantik 08-08-08. Sukan olimpik di Beijing telah dirasmikan dengan penuh gilang gemilang pada malam semalam. Sukan yang melibatkan banyak Negara dan mempertandingkan pelbagai acara yang menarik dan pastinya pingat Emas menjadi rebutan. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti perkembangan Sukan Olimpik secara online, saya ada membuat link di sebelah untuk ke laman rasmi Sukan Olimpik Beijing 2008.


Maka semalam ini bermula lah acara-acara yang telah ditetapkan dalam jadual Sukan Olimpik di Beijing untuk tahun 2008. Tapi, perasan tak kita..bila berlangsungnya sesebuah program sukan, tak kira lah sukan apa pun, olimpik ke, sukan sea ke, komenwel ke, mesti yang jadi tuan rumah yang akan membolot banyak pingat. Saya perasan beberapa sukan yang saya ikuti sedikit perkembangannya, so, kebanyakannya akan berlaku sedemikian. Adakah ini benar-benar disebabkan faktor semangat atlit tuan rumah tersebut, ataupun ada faktor lain?


Apa pun, diharap skuad atlit Negara kita yang tercinta, Malaysia, dapat mempamerkan persembahan dan pencapaian yang baik sekaligus menaikkan nama Negara di mata dunia. Kepada mereka yang mewakili Malaysia, usaha tanpa putus asa untuk menjulang pingat yang dicita-cita.


Buat peminat sukan, teruskan sokongan anda untuk atlit Negara yang berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin pingat emas untuk Negara. Tanpa sokongan para peminat, ahli keluarga dan sahabat-sahabat terdekat, atlit Negara mungkin akan kurang bersemangat untuk berjuang habis-habisan.


Namun, dalam kemeriahan kita meraikan sukan olimpik ini, jangan lupakan falsafah sukan dan sejarah yang meniti hidup sukan olimpik ini. Ada pepatah mengatakan ‘muslim yang bertaqwa tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama 2 kali’. Kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi adalah bergantung kepada kebergantungan kita dengan Maha Pencipta, sama ada dalam bidang akademik, kerjaya, sukan, dakwah dan sebagainya. Jika Allah tidak meredhai apa yang kita lakukan di dunia, maka kelak di akhirat sana kita akan mendapat balasan yang tidak dapat dibayangkan oleh Allah.


Semoga kita semua sentiasa dalam pengawasan dan perlindungan Allah, serta mendapat keredhaan Allah dalam setiap tingkah laku dan keputusan yang dibuat. Semoga kita mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat sana. Jom Muhasabah diri kita setiap hari, semoga hari esok lebih bermakna daripada hari ini.

Saturday, August 9, 2008

FESKUM: BSC : SEDERHANA

Sekarang musim konvo di UM..banyaklah barang-barang yang boleh dikatakan berbaloi dan murah yang memikat hati mahasiswa-mahasiswa UM dan tidak ketinggalan warga kampus. Namun, dalam kesibukan kita menziarahi dan meneliti barang-barang di gerai-gerai FESKUM, janganlah kita lupa dan leka sampai terlebih belanja. Cukup tengah bulan, duit dah habis..pastu akhir bulan, ‘sengkek’ dah, kata orang Melayu..


Menjadi manusia yang berjiwa hamba, bukanlah satu perkara yang mudah untuk diaplikasikan dalam zaman yang mencabar dengan keadaan kegawatan ekonomi, pembangunan pelbagai jenis bentuk hiburan, pertumbuhan gejala social dan macam-macam lagi. Lalu saat ini lah menguji iman kita dan sejauh mana kita mampu menangkis segala serangan fitnah dunia ini.


Sebenarnya, main point yang saya nak sebutkan di sini, adalah, jangan ghairah berbelanja..itu aje..apa pun, bersederhana dalam segenap hal.


Suka nak ambil kesempatan ni..nak promosikan gerai makan PMIUM..Bonda Sup Corner(BSC). Di hadapan DTC, gerai no.10. datanglah la ye..ajak member-member satu kolej, satu fakulti, satu kelas, ajak pensyarah sekali. Sup dia, memang best, tapi kalau dapat yang pedas, memang tak best ( bagi orang yang tak tahan pedas macam saya lah)..apapun, sup memang best..


Semoga semua mendapat motivasi sempena konvo ini..:)

Wednesday, August 6, 2008