uNexpected experieNce!



Feel The Experience… Itulah moto yang digunakan oleh Ari Ginanjar Agustian atau lebih dikenali Pak Ari. Pengalaman dua hari bersama Trainer, Firdaus Djamaris atau lebih mesra dipanggil Pak Firdaus dibantu oleh abang Faizi dan Abang Muzammil sangat istimewa bagi saya. Saya merasakan bahawa rakan-rakan seangkatan saya juga kebanyakannya merasakan begitu.


ESQ Training Mahasiswa Angkatan 5. Itulah program yang telah saya ikuti pada 29 & 30 November lepas. Actually ESQ bukanlah satu nama asing bagi saya kerana kedua ibubapa saya sudah menjadi alumni ESQ, begitu juga dengan kedua adik saya, dan kini, saya juga telah menjadi alumni ESQ mahasiswa. Oleh sebab itu, di description blog ini, telah saya tulis kan Ihsan, Iman dan ISLAM. ESQ mungkin masih belum dapat menembusi pasaran yang luas di Malaysia, tapi, ia sentiasa meniti di bibir para pakar motivasi, pegawai sumber manusia dan mereka yang terdedah dengan dunia motivasi.


Saya tidak berupaya untuk menceritakan semua isi kandungan yang saya dapat di dalam kursus tersebut. Namun, suka saya berkongsi sedikit beberapa intipati yang boleh diambil manfaat bersama. Saya kira, modulnya boleh didapati di dalam website ESQ.


Jika selama ini, kita merasakan diri kita sebelum datang ke program adalah sudah sempurna, menjaga solatnya, semua ibadah umum dan khusus, mentaati ibubapa, dan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat pencapaian yang baik. Namun, masih ada lagi satu perkara yang kadang-kala, kita merasakan hidup ini, masih sesak, susah dan penuh dengan dugaan serta cabaran, lantas kita mudah mengalah dan tersungkur. Itu tidak saya nafikan kerana hakikat manusia, mudah lupa.


Program ini, bagi saya sepenuhnya berusaha untuk membangkitkan suara hati kita yang Allah ilhamkan kepada kita yang mana suara hati ini tugas utamanya melawan bisikan jahat nafsu. Suara hati seperti Membantu, jujur, suka memberi, dan sebagainya itu, adalah semua datang daripada sifat-sifat Allah. Sebab itu, program ini juga berkait dengan kepimpinan. Di mana, sifat-sifat kepimpinan itu sendiri adalah mewakili sifat-sifat Allah yang dikenali dengan 99 Asmaul Husna itu.


Sungguh saya sangat bersyukur kepadaNya, kerana menggerakkan hati ibubapa saya untuk menghantar saya mengikuti program yang sangat bermakna ini. Saya merasakan, tidak semua orang akan dapat menerima pendekatan yang digunakan oleh Trainer tersebut.Namun, sekurang-kurangnya, unconscious mind mereka akan bangkit bersuara kelak untuk membetulkan apa yang silap.

ambil yang baik...buang yang buruk..cipta yang baru...

Saya amat berharap, rakan-rakan pembaca sekalian dapat merasai kebahagiaan hakiki yang sememangnya Allah sediakan untuk semua. Semoga kita semua sentiasa mencintai dan dicintai Allah..again, hidup untuk memberi lebih bermakna dan bahagia…


Tuesday, December 2, 2008

3 Comments:

Abu Khalifah said...

Assalamualaikum w.b.t.. wah... mantaf-mantaf... (mantap)... Semoga ilmu yang dituntut menjadi bekalan dan peralatan bagi kita untuk menuju mardhatillah... insyaAllah...

flying jeddi said...

Salam,

Tahniah.... Tahniah..

Akhirnya fie dapat jugak pegi. Agak-agaknya bila rezeki saya akan tiba pula,huhu...

Lepas ni fie mesti dah jadi new person, right....Insyaallah

Ya Allah

Sufi Intelek said...

syukran2...huhu..
Semoga semua ilmu yang diperolehi akan bermanfaat untuk diri dan orang lain..ameeen...

InsyAllah saya akan selitkan beberapa perkongsian ilmu yang saya dapat daripada ESQ dari masa ke semasa...

teruskan membaca..
terima kasih kerana menjadi penyokong..hehe...