Tidak tertahan oleh asakan dan desakan info-info yang semakin lama semakin membukit yang terkumpul dalam minda ini, saya lantas mencari komputer riba untuk menaip, meluahkan segala yang info yang berpusu-pusu ingin melepaskan diri. Apapun, semuanya daripada Allah dan menjadi tanggungjawab muslim untuk menyebarkan segala yang diketahuinya untuk kebaikan umat sejagat walaupun hanya satu kalimah.
Kali ini, suka saya memberi pendapat kesinambungan daripada entry saya sebelum ini, berkaitan dengan makanan. Budaya makan diluar ini sebenarnya budaya yang diserap daripada barat. Apabila sifat hubbun dunya, sayang dunia sudah mula bermaharajalela di dalam diri, maka Allah disampingkan. Wujudlah budaya kerja keras yang mana mengabaikan semua tanggungjawab social yang digariskan oleh syarak.
Apa yang mereka kejarkan sehingga merasakan masak dan makan di rumah membazir masa? Ketika makan, masa boleh dimanfaatkan untuk membincangkan perkara berkaitan keuntungan dunia. Tanpa ada masa untuk memikirkan tentang kebersihan dan kehalalan makanan tersebut. Cukup ia hanya memenuhi perut manusia yang menjadi punca segala penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, dan pelbagai lagi penyakit yang tidak dijangka-jangka.
Namun, bagi mereka yang menyedari hal ini, tapi kadangkala terpaksa bekerja outstation dan semestinya tak sempat masak ketika menginap di luar kawasan tempat tinggal, kelonggaranlah bagi kita untuk menikmati rezeki Allah di bumiNya yang luas ini. Doa dan usahalah untuk mencari gerai atau restoran yang bersih dan terjamin kehalalannya supaya ia tidak akan memberi kemudharatan kepada diri kita. Satu contoh, sepasang suami isteri yang terpaksa makan di luar dalam perjalanan pulang daripada satu seminar atau kursus bersama-sama, mereka berhenti di sebuah tempat makan yang padanya terdiri daripada pelbagai gerai. Kebanyakannya menyediakan makanan yang hampir sama. Lalu, mereka berjalan dan sepakat untuk memilih yang terbaik, terbaik dari segi zahirnya yang kita boleh nampak. Pertama sekali, pekerjanya mesti menutup aurat. Keduanya, premis atau tempatnya mestilah bersih dan selesa untuk menjamu selera. Lihat, sesungguhnya Islam itu flexible atau berubah mengikut kesesuaian, asalkan tidak melanggar hukum syarak.
Kita juga tidak boleh terlalu detail dalam membincangkan sesuatu perkara sehingga ia akan mengundang lebih kemudharatan daripada kemaslahatan. Dalam isu makanan ini, lebih senang untuk kita berhusnu zonn dalam keadaan kita terpaksa makan di luar seperti keadaan outstation itu tadi. Jika kita sampai ingin menyelidik dari manakah sumber bahan mentah itu diperolehi dan bagaimanakah sistem untung rugi itu dijalankan, rasa saya ia akan mengambil masa sebelum sempat anda menjamah makanan di satu-satu gerai.
Kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada manusia adalah berfikir. Oleh itu, setiap muslim yang mumayyiz, sudah boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk, sudah pasti akan berusaha untuk memilih yang terbaik untuk kehidupan mereka. Islam telah berikan jalan yang TERBAIK dan MUDAH untuk diamalkan, apalagi yang kita perlukan? Ayuh, bangkitkan pemikiran kita, jana idea faham ISLAM serta sebarkan kepada orang lain supaya di akhirat kelak, kita tidak akan ditanya Allah mengapa kita tidak menyebarkan ilmu dan menggunakan masa kita untuk kebaikan umat. Semoga ini bermanfaat untuk semua..
Sebenarnya banyak lagi perkara nak cerita ni. Tapi, saya bagi satu per satu dahulu. Semoga proses penyebaran ini diberkati dan diredhai Allah..ameeen…

0 Comments:
Post a Comment