Diskriminasi: perlu ke?

Sudah beberapa fenomena yang ditayangkan di hadapan saya menggamit hati yang pilu dan tidak tenang. Berlaku di mana-mana. Lantaran ego sang lelaki yang terkenal dengan melangit tinggi, perempuan dijadikan bahan untuk ditindas dan sebagainya. Pengalaman dan pemerhatian menyatakan bahawa ia perlu dijadikan satu perkongsian geliga (instead of pintar..hehe)

Fitrah, Allah menciptakan sesuatu makhluk itu, ada peranannya dan fungsinya. Begitu juga dengan ilmu yang dianugerahkan dan diilhamkan oleh Allah kepada seseorang yang dirasakan layak untuk menerimanya, dan orang tersebut, perlu menyampaikan ilmu tersebut yang akan membawa manusia ke jalan kebenaran. Melihatkan fenomena ini, apa yang sebenarnya berlaku? Apabila seseorang perempuan, menyampaikan ilmu yang dimilikinya dan dia berhasrat membawa semua hadirin ke jalan mengingati Allah, berkata-kata berlandaskan hujjah dari Al-Quran, adakah perkara ini dikatakan melampau dan tidak kena pada tempatnya?


Sebelum apa-apa, tahniah saya ucapkan kepada mereka yang bergelar lelaki yang masih sudi membaca entry ini, dan juga bersedia mendengar pendapat dan perkongsian ilmu. Bagi saya, pemikiran diskriminasi terhadap kaum wanita ini jelas masih berleluasa di kalangan kita. Walhal, Islam sendiri, datang membawa kemuliaan dan pembelaan untuk kaum hawa ini. Apapun, saya fikir segelintir daripada hadirin yang ber ‘title’ adam, masih sukar untuk menerima kebenaran daripada ucapan seorang yang ber ‘title’ hawa. Bagi hadirin perempuan, saya kira ini tidak mengundang masalah yang besar. Mereka mudah menerima, tidak kira sama ada yang menyampaikannya perempuan atau lelaki. Agaknya, inilah salah satu perbezaan ketara antara lelaki dan perempuan.

Kadang-kadang, keegoan ini, boleh kita katakana dengan sifat, yang sering kita dengar. ‘Bodoh sombong’. Yang mana membawa maksud, kita dah la tak tahu, pastu, tengok orang perempuan pulak yang speech…’alaahh..ni yang aku malas ni’..kemudian, mulalah tidak menumpukan perhatian dan buat muka bosan depan speaker perempuan tu. Sebab dia dah block mind dia untuk tidak mendengar sedikit input yang boleh dikongsi bersama.

Ego juga amat berkait rapat dengan Riya’, penyakit hati yang agak serius, membawa kepada dosa yang tidak kita sedari kita melakukannya. Sebab itu, kita dinasihatkan sentiasa pergi ke kuliah-kuliah agama, banyakkan membaca bahan-bahan agama yang sentiasa menghidup dan menyuburkan suara hati dan iman kita.

Cendekiawan pernah berkata : ‘jangan tengok pada siapa yang berkata-kata, tapi lihatlah apa yang dikatanya itu.’ Itulah yang kita kata, gunakan mata hati untuk melihat, membaca dan mendengar. Sekali lagi, mata hati memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kepercayaan kita sekaligus memandu tindakan kita yang seharusnya berlandaskan syara’.

Oleh itu, saya sangat berharap, rakan-rakan pembaca saya yang memegang title ADAM, belajar-belajarlah kurangkan ego anda pada tempat yang sepatutnya. Contohilah hidup Rasulullah dan para sahabat. Hati mereka penuh dengan kalimah La ilaha illalah. Kalimah yang akan memandu tindakan seseorang itu daripada melakukan sebarang perkara yang dilarang oleh Allah dan sentiasa melakukan kebaikan hanya untuk mendapatkan REDHA ALLAH semata-mata.

Jom kita sama-sama muhasabah diri kita, jangan kita tergolong di kalangan mereka yang ‘bodoh sombong’. Kerana manusia ini, tidak ada nilai tanpa Allah. Hanyalah sebutir debu yang ayam tak patuk, itik tak sudu, kalau mereka tidak menyembah Allah. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua yang membacanya. Sampai-sampaikanlah perkara yang baik. Mohon maaf andai ada kekasaran bahasa yang digunakan di atas.


Monday, December 22, 2008

1 Comment:

anie_skut87 said...

salam,memang betul diskriminasi tu ada tapi kebanyakannye lebih ketara di negara2 Barat..tapi xbermaksud Malaysia nie langsung xda en.. Contoh diskriminasi kat Malaysia cam jadi model Iklan..Pergh...kekadang promote barang xseberapa tapi yer nyer model lagi menyerlah dari barang..x gitu..xkisahla iklan ape skali pun termasuklah melibatkan yang bertudung.. Di negara2 Barat contoh cam Amerika Syarikat, Emansipasi sangat kuat.. Emansipasi atau nak senang paham..memperjuangkan hak wanita. Sebab bagi wanita2 yang duk perjuangkan emansipasi nie mereka ditindas dan direndahkan oleh kaum lelaki. Mereka nak taraf mereka sama dengan lelaki..

Em, dalam Islam plak, manusia itu sama rata..yang membezakan adalah tahap keimanan dan taqwa msing2. Xdinafikan antara lelaki dan perempuan nie ada kelemahan masing2.. manusia adalah pelengkap antara satu sama lain.. bukannya untuk bersaing antara satu sama lain.. bayangkan kalo semua orang adalah sama..mungkin bosan gak.. =)