Istiqamah dengan menghayati Sirah


Suka saya berkongsi sedikit pengetahuan dari pembacaan yang saya petik dari salah sebuah akhbar tempatan yang baru dikeluarkan. Artikel tersebut berkaitan tentang pahit getir seorang pendakwah, ujian bagi pendakwah yang berani. Jika kita melusuri kembali sirah Rasulullah S.A.W yang sememangnya seorang pendakwah unggul, tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan baginda sentiasa dipenuhi dengan onak duri, walhal kita maklum, bahawa Beliau adalah Kekasih Allah, Penghulu segala Rasul. MasyaAllah!

Suka saya memetik sedikit hasil daripada wawancara bersama Ustaz Zahazan oleh wartawan akhbar ini; “menurut kitab tersebut (Rihakul Makhtum; salah satu kitab sirah terbaik pernah dihasilkan pada zaman mutaakhir ini) hebatnya perjuangan Rasulullah dalam menegakkan ISLAM, kerana beliau merupakan orang yang sangat sederhana dalam segenap hal. Baginda bukanlah menjadikan diri seorang pemimpin yang idealistik semata-mata sampai tidak boleh ditiru sama sekali dan tidak pula terlalu rendah.”

Terbuktilah, kesederhanaan dalam semua perkara adalah salah satu kunci utama dalam menyebar luaskan ISLAM ini. Kerana ISLAM itu sendiri adalah bersifat sederhana. Selain itu, Ustaz ada juga menyebutkan tentang beberapa aspek yang perlu ada pada seorang daie. “Imam Al-Ghazali ada menyebut cara untuk kita memperbaiki imej yang rosak, pertama; ikhlaskan diri dengan selalu muhasabah diri; kedua, berpuasa sunat; ketiga, melakukan qiamullail dan terakhir adalah muzakarah bersama ahli ilmu.”

Selain itu, seorang yang mengajak manusia supaya mengenali Allah dan melaksanakan ISLAM, daie, mestilah berbeza kehidupannya daripada orang lain. Bersikap zuhud dah menolak cinta dunia, itulah yang sebolehnya diamalkan. Contohnya, orang berpakaian sempoi, daie tidak boleh nak ikut seperti mereka, orang lain boleh ketawa terbahak-bahak, daie mengetahui itu tidak mendatangkan manfaat. Kerana dunia hanyalah persinggahan sementara. Akhirat yang abadi menunggu kita di sana.

Sentiasalah kita berdoa kepada YA ALLAH YA AZIZ YA JABBAR..Yang Maha Berkuasa, suntiklah keberanian ke dalam hati-hati kami untuk melaksanakan AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR yang berlaku di depan mata. Disebabkan kubur lain-lain lah, kita perlu membantu saudara-saudara kita yang seagama. Semoga Allah memberkati kita semua. Jadilah seorang yang tegar bersuara lantang menyuarakan kebenaran biarpun ia pahit kerana Allah akan mengganjarinya kelak.

Hidup Mulia Dengan Islam. Mati dalam Syahid diidamkan.

Monday, December 15, 2008

1 Comment:

flying jeddi said...

Salam,

memang Rasulullah pemimpin agung..
bagaimana rasulullah dapat meletakkan keyakinan kepada para sahabat dan umat di pada masa itu tentang jatuhnya kerajaan romawi dan parsi....

entri yang bagus