Kesan makanan


Sejak akhir-akhir ni, banyak pula rasanya saya mendapat info tentang peningkatan masalah sosial, puncanya, serta kesannya pada masa akan datang. Oleh itu, ringan je rasanya tangan ni nak menaip sebab idea tengah banyak, untuk dikongsikan bersama rakan-rakan pembaca.


Sedar tak sedar, kini kehidupan kita diselubungi dengan pelbagai berita-berita yang tidak disangka-sangka. Antaranya kes rogol, buang anak, rompakan, ragut, dan sebagainya. Jika kita perhatikan kembali, pada zaman dahulu,cuba tanya nenek dan mak kita, mana ada dengar kes-kes pelik macam yang berlaku pada zaman sekarang ni.


Saya kira perkara ini sudah pasti menjadi kebimbangan para penduduk diseluruh Malaysia. Siapa tidak mahu, hidup seperti di zaman Rasulullah atau pun seperti di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz. Sehinggakan tiada siapa yang layak diberikan zakat. Hidup dalam keadaan aman, harmoni dan bahagia. Tidak ada suara jeritan-jeritan yang entah sesat dari mana, tidak ada rasa gusar dan gentar terhadap manusia kerana semuanya hanya berpaksikan Allah.


Suka saya berkongsi sedikit tentang pendapat saya mengenai situasi yang berlaku kini. Mungkin kita terlepas pandang perkara yang kecil, tapi perkara inilah yang sebenarnya memberi satu impak yang besar kepada umat ISLAM. Jika kita perhatikan tabiat manusia kini, lebih-lebih lagi di ibu kota, kebanyakan mereka lebih gemar untuk makan di gerai-gerai berbanding makan di rumah. Walhal, makan di rumah lebih banyak kelebihannya. Antaranya, lebih menjimatkan, lebih selamat dan terjamin dari perkara-perkara syubhah, dan ia juga akan mengeratkan hubungan di kalangan ahli keluarga.


Cuba kita renungkan sejenak, menggunakan semaksimum mungkin sel-sel neuron di dalam otak kita. Makanan di luar di masak oleh orang yang tidak kita kenali peribadinya secara rapat. Daripada manakah sumber makanan yang diperolehi? Bagaimanakah cara mereka membasuh, memasak dan menghidang makanan? Dan yang paling penting, bagaimanakah solat mereka dan ibadah-ibadah lain yang telah diwajibkan ke atas muslim. Semuanya kita tidak tahu, apa yang berlaku adalah, kita hanya sampai di gerai mereka, memesan makanan, makan dan bayar. Itu sahaja. Kita langsung tidak melihat bagaimana penyediaan makanan, penggunaan bahan-bahan masakan dan sebagainya.


Lalu, jadilah ia perkara syubhah. Di ragui kebersihan dan kehalalannya. Subhanallah. Kita dengan enakknya makan tanpa memikirkan kesannya ke atas diri kita. Lantas, hasil daripada makanan yang tidak baik itu, jadilah ia sebahagian daripada darah daging kita. Lalu, inilah yang akan menjadikan hati-hati manusia semakin keras dan sukar untuk menerima pendapat dan teguran orang lain, malah semakin leka dengan nikmat dunia. Penyakit hati ini akhirnya akan melahirkan generasi muda yang semakin hilang identity ketimuran, hanya budaya barat memenuhi kamus hidup. Saya cukup risau melihat bukan sahaja remaja, malah kanak-kanak sendiri sudah dicorakkan dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, seperti, pakaian ala barat, mengeluarkan kata-kata yang tidak elok kepada orang tua, dan abang serta kakak mereka.


Perkara yang paling merisaukan saya adalah, bagaimana kita akan berhadapan dengan Pencipta kita kelak? Bersihkah diri ini? . Doa kita, doa kita mungkin akan terjejas keranan elemen dalam diri kita ini banyak kotor. Tidak bersih, banyak perkara syubhah dan sebagainya yang akhirnya akan effect pada doa kita.


Allah itu Al-Mujib, Yang Maha Mengabulkan doa, Dia tetap akan mengabulkan doa kita. Cuma cepat atau lambat sahaja. Namun, jika kita berterusan mengecapi nikmat sementara di dunia ini yang kesannya memudharatkan diri, Allah tidak akan mengabulkan doa kita yang menolak kebenaran. Kini, telah banyak pendedahan tentang kesihatan, pemakanan, diet seimbang dan sebagainya. Tak kurang juga produk-produk alternatif yang lebih selamat dan terjamin hasil usaha orang Islam telah dipasarkan. Hanya tinggal gerak hati kita sahaja, sama ada untuk berubah atau tidak daripada sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik.


Namun, jika hati sudah keras dan tidak mahu mengikut hidayah Allah, dek kerana hitamnya dan berkaratnya hati, suara hati (ilham dari Allah), tidak mampu untuk berkata-kata. Tercabutnya iman dari jiwa, kosong dan gelap dari sinar hidayah. Sebab itulah kita lihat sekarang jenayah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Itu yang baru kita nampak, yang kita tak nampak..lagi banyak. Ini baru sahaja saya sentuh bab makan, belum lagi aspek perhubungan dalam jual beli, hubungan dalam keluarga, hubungan dengan rakan-rakan, dan yang paling penting, adalah hubungan kita dengan Allah. Itulah sumber segala sesuatu berlaku.

Thursday, December 18, 2008

1 Comment:

Abu Khalifah said...

syukran atas post ni... :)