Menyedari hanya tidak sampai lagi seminggu untuk sampai ke hari isnin, bermulanya sem baru. Rasa bagaikan baru semalam memulakan Latihan Industri di PKNP ni. Nak tak nak kena hadapi jugak sem baru ni. Semoga Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.
Saya teringat ketika satu masa, ketika menghadiri kelas tambahan kimia di KMPh, yang dikendalikan oleh En. Norazen Md. Dadi, yang pernah menerima anugerah pekerja cemerlang. Beliau memberi motivasi di akhir kuliahnya dengan membuat analogi yang lebih kurang begini maksudnya, apabila kita memegang mug yang penuh dengan air, lama-kelamaan kita akan berasa lenguh. Tidak seperti yang kita rasa waktu mula-mula pegang mug tu.
Bila dah lama pegang rasa macam tengah pegang sekilo beras, walhal mug tu tak sampai setengah kilo pun. Sampai kita rasa sangat berat dan lenguh. Tapi, cuba kita letak kejap gelas tu, bagi tangan kita rehat jap, hilangkan lenguh dengan buat sedikit regangan ke ape ke kan. Lepas tu, kita pegang balik mug tu, ape rasa?mesti dah tak rasa berat sangat-sangat kan?mesti dah rasa lega sikit, walaupun ada lenguh yang masih berbaki di tangan kita tu.
So, macam tu jugak kaitannya dengan manusia, dengan kehidupan kita sebagai manusia, pelajar, pekerja, hamba Allah dll. Kita memang takkan termampu kalau kita sentiasa terus bekerja, terus memerah otak, terus melayan kerenah nafsu serakah, terus melayan bisikan-bisikan syaitan, terus memikirkan penyelesaian masalah sedangkan keadaan kita masa tu dah penuh dengan sangat-sangat tertekan dan segala jenis terus lagi…at last, sampai satu tahap, kita akan collapse, tersungkur rebah dek tak tahan.
Sebab itulah, kita di sarankan untuk berehat sebentar, mengumpul tenaga kembali, mengumpul kekuatan dan mengumpul segala ketenangan yang telah hilang. Dan, ketika itulah, hanya satu yang menjadi tumpuan kita, Allah s.w.t. Hanya Dialah, Pencipta yang Maha Mengetahui, untuk kita mengadu, untuk mendapat ketenangan, untuk mengumpul kekuatan.
Sekadar berkongsi..
Semoga dapat kita mencari ketenangan dan cinta yang hakiki.
0 Comments:
Post a Comment