Bersiap siaga..pertempuran zahir dan batin..


Apabila melawat blog rakan-rakan saya, rata-rata mereka merespon isu-isu semasa yang kini hangat diperkatakan di mana sahaja, di kedai makan, dalam bas, dalam tandas pun ada.hehe..memang tak dinafikan, isu ini besar sehingga tak putus-putus diperkatakan, siang dan malam.


Apapun, saya tidak mahir dalam membaca situasi sekarang, rentak politiknya penuh dengan cerita-ceritu yang selalu tenggelam timbul. Apa yang boleh saya nyatakan di sini, adalah, politik sekarang tidak selamat. Macam-macam boleh berlaku dan sampai satu saat, kita tidak boleh mempercayai sesiapa pun. Saya teringat movie yang saya pernah tonton yang penuh dengan strategi yang tak pernah terfikir dan aksi licik untuk mendapat kemenangan atau memperolehi apa yang dihajati. Biasanya cerita-cerita perang yang dihasilkan oleh orang barat. Antaranya cerita bersiri di 8 TV, tajuknya Prison Break.(terpengaruh dengan abah sebenarnya..huhu..).walaupun kita menentang barat, namun, ilmu yang bermanfaat boleh digunakan. Apapun, kebenaran akan menang pada akhirnya. Sebab itu adalah janji yang Maha Perkasa…


Kadang-kadang, bila memikirkan keadaan politik ni, rasa macam tak selamat, x secure. Mana tak nya, Negara-negara jiran kita banyak yang berperang, Negara-negara besar duk mengintai peluang keemasan nak masuk menawan negara yang lemah. Rasa macam perang dunia ke-2 je. Apapun, tak mustahil ini adalah antara salah satu petanda akhir zaman, kiamat dah semakin hampir. Astaghfirullah.


Di Bosnia, Palestin, Lubnan, Iran, Myanmar, Thailand, dan beberapa negara lain lagi yang berlaku pergolakan akibat kegagalan parti memerintah untuk memenuhi keperluan dan hak rakyat. Jika kita singkap kembali, kerajaan Islam zaman dahulu, antara khalifah terkemuka, Umar Abdul Aziz yang berjaya memerintah sepenuhnya berlandaskan syariat Islam dan dikatakan pada zaman beliau, tiada seorang pun yang layak untuk menerima zakat.


Terbalik pula pada zaman kita ni. Nak cari Negara yang benar-benar sepenuhnya menjalankan hukum ISLAM. huhu..sahabat-sahabat sendiri tahu jawapannya. Oleh itu, perlunya bangkit suara-suara yang berani untuk mengembalikan keizzahan Islam. Sekarang orang kata nak hasilkan fardhu Muslim pun susah, inikan pula nak wujudkan Khilafah. Tapi, atleast kita cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik daripada kita tak buat langsung kan. Esok kat akhirat akan dihitung amal perbuatan kita bukan dihitung kejayaan kita.


Semoga Allah bagi kekuatan dan peluang kepada kita semua untuk mengamalkan Islam sepenuhnya.


Peringatan bersama. Wallaua’alam

Wednesday, July 2, 2008

0 Comments: