Alhamdulillah…segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa mengatur segalanya. Hari ini, bermulanya sesi pembelajaran untuk semester 1 sesi 2008/2009 di majority IPT. Ada yang baru memulakan hidup sebagai mahasiswa (tahun 1), ada yang sudah meningkat daripada menjadi adik bongsu(tahun 2) dan ada juga yang telah menjadi kakak dan abang (tahun akhir). Semuanya memulakan hari ini dengan perasaan yang berbeza akan tetapi, satu tujuan, iaitu Berjaya dalam peperiksaan akhir nanti.
Namun, saya sendiri agak berdebar menantikan hari ini. Berdebar apakah yang akan berlaku di hari pertama semester ini. Dengan azam yang baru, mendapat junior baru, mendapat pensyarah baru, mendapat teman-teman baru dan sebagainya yang baru lagi.
Apapun, diharap, keyakinan, kesegaran, kerajinan serta semangat pada hari pertama dapat diteruskan sehingga ke akhir semester nanti. Kejayaan tidak hanya ditentukan oleh peperiksaan akhir, kejayaan di IPT ditentukan oleh pelbagai faktor, antaranya, Continuous assessment, test, assignment, mid-term exam, & attendance. Semua ini memerlukan komitmen kita untuk terus berusaha sepanjang semester. Semoga kita semua dikurniakan kekuatan dan ketabahan serta keceriaan untuk terus menghadapi hari-hari mendatang.
Menjadi mahasiswa bukan setakat kita mahu cemerlang akademik, malah ilmu-ilmu lain juga kita perlu kuasai. Contohnya untuk menggilap soft skill mahasiswa, pihak Universiti telah menyediakan peluang seluas-luasnya untuk mahasiswa ceburi sama ada di kolej, mahupun di fakulti dan pelbagai persatuan.
Dan yang paling penting adalah kebergantungan kita dengan yang Maha pencipta, segalanya berserah kepada Allah..ingatlah Allah sentiasa bersama kita, dan rasailah nikmat tawakkal kepadaNya.
Bersama mengejar impian tanpa membelakangkan yang Maha Merancang.
0 Comments:
Post a Comment