Alhamdulillah..segala puji dan syukur kepada ALLAH taala kerana telah mengurniakan anugerah Iman dan Islam untuk kita, lantas memberikan kekuatan untuk kami PMIUM menjayakan dan mengambil bahagian dalam minggu PROMO Universiti Malaya 2008. Ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak dalam membantu gerai promo PMIUM.
Ingin saya memberi kredit kepada penama-penama berikut yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk sama-sama memastikan gerai PMIUM berjalan lancar. Jutaan terima kasih kepada Pengarah Promo, Nik Abdul Razak, selaku Ketua Exco Kebajikan PMIUM, kepada Ummu Syazwina, Fardatul Ulfah, Nazifah, Aisyah Jameilah, Noor Aniza, Rosinah, Sharuldin, Zaharah, Nik Luqman, Aisyah Nordin, Fazrin,dan juga tidak dilupakan kepada AJK yang setia di bilik secretariat, Fahmi, Suhaila, Fadhilah, dan lain-lain.
Terima kasih juga di ucapkan kepada Semua barisan pimpinan yang turun membantu untuk mempromosikan PMIUM kepada mahasiswa. Tidak lupa juga kepada sahabat saya, Aisyah Abu Bakar, yang banyak memberi dorongan untuk terus memantapkan lagi gerai PMIUM. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga PMIUM yang telah banyak membantu meramaikan ahli PMIUM sepanjang minggu promo ini.
Walaupun sangat penat, namun terdapat nilai disebaliknya. Nilai persaudaraan, nilai persahabatan, nilai pengorbanan dan pelbagai pengalaman baru yang dapat dicedok daripada aktiviti ini.
Untuk ahli PMIUM yang baru mendaftar, tahniah saya ucapkan ‘welcome to big family of PMIUM’ semoga anda semua akan beroleh pelbagai manfaat sepanjang berada bersama kami. Teguran dan tunjuk ajar dialu-alukan untuk terus maju kehadapan. Hari Interaksi PMIUM, pada 2 Ogos 2008 di Auditorium KPS, jam 7-11mlm. Dijemput semua hadir untuk mengenali PMIUM dengan lebih dekat.
Tidak lupa juga kepada Team bola sepak PMIUM, tahniah kerana memenangi perlawanan persahabatan anjuran Episma 2008 semalam. Semoga terus berjaya di masa-masa akan datang.
Akhirnya, terima kasih kepada semua kerana terus menyokong PMIUM.
Sejahtera Bersama PMIUM.
0 Comments:
Post a Comment