Sejahtera Bersama PMIUM
Sepuluh jari disusun, memohon maaf sebab dah lama tak up date blog. Semoga semua sihat sejahtera hendaknya. Kekangan masa menyebabkan saya tidak mampu untuk merangka ayat untuk dimasukkan ke dalam blog.
Suka saya berkongsi dengan pembaca semua tentang tema PMIUM kali ini. Memandangkan minggu promo pun dah semakin hampir, saya nak promot PMIUM lebih awal kepada adik-adik baru. Semoga ahli PMIUM akan bertambah pada sesi kali ini.
Tema yang dipilih oleh PMIUM kali ini adalah Sejahtera Bersama PMIUM. Mengambil kira pelbagai aspek kehidupan sebagai mahasiswa, warga Negara Malaysia, rakyat kepada pemimpin dan juga hamba kepada Yang Maha Esa. Seperti lafaz Assalamualaikum yang membawa maksud ‘sejahtera ke atas kamu’, begitu juga PMIUM. Dengan harapan supaya semua mahasiswa umumnya dan ahli PMIUM khususnya akan sentiasa sejahtera bersama PMIUM.
Sejahtera bersama PMIUM adalah terjemahan daripada ajaran Islam yang sangat sesuai untuk seluruh ummat manusia kini. Suka saya mengaitkan dengan sifat-sifat dan batang tubuh Islam itu sendiri yang membawa masyarakat ke arah kehidupan yang aman dan sejahtera.
Melihat kepada pelbagai masalah social pada hari ini, yang telah menular bukan sahaja di bandar-bandar besar, malah pengaruh negatif ini juga telah berjaya menembusi tembok di kampong-kampung yang dahulunya terjaga dengan adab ketimurannya. Sehubungan dengan itu, PMIUM mengambil pendekatan untuk memberi kesejahteraan dari sudut rohani, emosi dan spiritual kepada warga UM khususnya untuk membendung masalah-masalah sosial, lebih-lebih lagi apabila UM ini letaknya di tengah-tengah ibukota yang banyak pengaruh negatif.
Oleh itu, marilah kita bersama memelihara kehidupan sejahtera serta aman damai dengan prinsip-prinsip Islam yang sebenar. Sejahtera Bersama PMIUM.
0 Comments:
Post a Comment