“Innalillahi wa inna ilaihi raji’un”
"Sesungguhnya semua perkara adalah dari Allah dan kepadaNya jualah dikembalikan"
Ayat yang paling sesuai dan dituntut dalam Islam apabila kita mendapat berita musibah. Dan sesungguhnya, bersabar itu adalah lebih baik untuk mereka yang mengimani Allah.
Ayat yang paling sesuai dan dituntut dalam Islam apabila kita mendapat berita musibah. Dan sesungguhnya, bersabar itu adalah lebih baik untuk mereka yang mengimani Allah.
Patutlah saya tak sedap hati je bila roommate saya tak balik-balik lagi dari discussion di rumah kawannya. Semua orang tertanya-tanya, kemanakah dia menghilang. Saya cuba bertanya dengan rakan yang study dengan roommate saya, katanya dah balik awal lagi, sebelum maghrib coz kami memang rancang nak iftar bersama. Takdir Allah, dia pula tertinggal phone di bilik sebelum keluar pada pagi tu.
Akhirnya, tanda tanya kami terjawab apabila phone saya berbunyi sekitar jam 10.30 malam dan suara roommate saya disebelah sana. Rupa-rupanya barulah saya tahu, yang dia mengalami kemalangan dalam perjalanan pulang ke kolej sebelum maghrib.
Saya pun, cuba sedaya mungkin untuk sampai ke PPUM untuk melihat keadaannya. Sesampainya kami (saya dan seorang kawan lagi dari kolej) di sana, kelihatannya masih mampu tersenyum walhal penderitaannya amat pedih. Alhamdulillah, legalah juga rasanya sebab tidak ada kecederaan yang serius. Hanya luka sedikit di kaki kanan dan pergelangan tangan kanannya berbalut disebabkan cedera sedikit di bahagian tulang.
Alhamdulillah ada seorang rakan yang kebetulan jogging di tempat kejadian melihat dan membantu roommate saya ni. Dia menemani sehingga selesai rawatan di PPUM. Selepas hantar rakan yang membantu tadi ke kolej, kami bertiga pulang ke kolej kami. Sebelum itu, sempat kami singgah untuk melihat kenderaan roommate saya yang ditinggalkan berhampiran tempat kejadian. Minggu depan baru boleh repair.
Memang tidak dapat dinafikan, kun fa yakun. Kuasa Allah yang telah mentakdirkan segalanya. Roommate saya yang lain turut simpati, namun, setiap kejadian ada hikmahnya yang cukup indah yang hanya dapat dilihat dengan basiiroh (mata hati). Disebabkan kecederaan di atas, dia diletakkan di bilik kuarantin ketika menjawab peperiksaan semalam. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan Allah.
Kemalangan yang agak serius yang memerlukan kerehatan yang panjang bukanlah sesuatu yang menjadi idaman dan kenangan indah apabila musim peperiksaan bagi seorang mahasiswa. Namun, apabila semuanya diterima dengan hati yang redha dan optimis dengan takdir Allah, semua diharungi dengan penuh kemanisan dan kesenangan.
Sesungguhnya beruntunglah orang yang diuji, kerana ia menghapuskan dosa dan juga meningkatkan keimanan kita kepada Sang Pencipta sekaligus mendekatkan kita denganNya. Terdapat banyak lagi hikmah yang tersembunyi. Suka saya menghubungkan kalian dengan entry salah seorang sahabat saya…'Hijrah|Huzaifah'
Itulah tarbiyyah direct dari Allah.
Semoga kita semua sentiasa tabah dan sabar dalam menerima semua ujian dari Allah. Ujian boleh datang dalam pelbagai bentuk, oleh itu, persiapkanlah dan lengkapkanlah diri kita dalam semua aspek.
Sama-sama doakan semoga roommate saya cepat sembuh, kuat semangat dan juga berjaya dalam peperiksaan yang dihadapinya.
InsyaALLAH..kemanisan untukmu diakhirnya sahabatku…
0 Comments:
Post a Comment