Hikmah Yang Hilang


Suka ingin saya berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi daripada forum yang bertajuk ‘hikmah yang hilang’ pada 2 april lalu sempena hari terbuka Jabatan Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, di APIUM. 2 orang panel yang berpengalaman dan seorang moderator yang merupakan senior yang tidak asing lagi di kalangan kami. Panel yang dijemput ialah PM. Dr. Abdul Halim Abd. Aziz (pengerusi perancangan fizik gunaan, pusat pengajian sains fizik, USM) dan panel kedua,Tuan Shaikh Mohd. Saifuddeen bin Shaikh Mohd. Salleh (Pengarah Yayasan Ilmuan) yang merupakan salah seorang pensyarah sambilan di UM.


Antara isi perbincangan ialah:



Sejarah tamadun ISLAM terdahulu, dipelopori oleh saintis ISLAM yang mana telah digelapkan nama-nama mereka oleh tamadun barat, contohnya, Algorithm sebenarnya adalah diambil daripada Al-khawarizmi, Geber (bapa kimia moden) adalah Jabir Ibn Hayyan, Al-hazen adalah ibnu Al-Haitam yang mempelopori bidang optik. Pendek kata, kebanyakan nama-nama saintis Islam telah di latin kan sehinggakan kita menganggapnya bukan umat Islam. Banyak lagi kisah sejarah yang menceritakan tentang perkembangan pesat dan keagungan tamadun Islam pada zaman dahulu.



Dan kita seharusnya berbangga menjadi ummat Islam.
Seterusnya, Dr. Halim mengatakan lagi bahawa, saintis ini perlu dikenali. Jika kita tidak mengenali mereka, dan tidak tahu apakah sumbangan mereka, mana mungkin kita akan mengetahui kepentingan hasil kajian mereka. Oleh itu, Dr. Menyarankan agar kita berusaha untuk mengenali saintis-saintis Islam pada zaman dahulu dan cuba untuk mencontohi mereka. Mempelajari sains adalah satu tuntutan fardhu kifayah, namun, jarang diterapkan disekolah bahawa Islam dan sains ini ada perkaitannya. Bagaikan satu bidang yang berbeza dan tidak boleh disatukan, wal hal, di dalam Al-Quran telah banyak ayat-ayat yang Allah gambarkan kepada kita bahawa sains telah wujud sejak dahulu lagi, bahkan terdapat lagi beberapa tanda dalam Al-Quran yang masih lagi tidak mampu dirungkaikan oleh saintis kini.



Kehebatan ahli saintis zaman dahulu, al-Idrisi yang telah melukis peta dunia tanpa menggunakan satelit. Sangat hebat dan menakjubkan. Begitu juga dengan saidina Ali. Jika sekarang kita boleh katakan antara cerita penyiasatan jenayah yang popular ialah CSI, namun Saidina Ali telah terlebih dahulu mempelopori ilmu penyiasatan jenayah dengan lebih hebat dan bijak. Subhanallah. Suka saya memetik kata-kata Tuan Shaikh, kita tidak boleh menulis tanpa membaca, tidak boleh membaca sahaja tanpa menulis, kita juga tidak boleh bercakap tanpa membaca dan menulis. Ini dapat kita kaitkan dengan peninggalan saintis pada zaman dahulu. Kita mengenali dan mengetahui ilmu-ilmu mereka melalui hasil penulisan yang ditinggalkan. Mana mungkin kita akan mengetahui sistem binari yang ditinggalkan oleh Al-Khawarizmi jika beliau tidak meninggalkannya dalam bentuk dokumentasi. Semuanya penting dalam meninggalkan ilmu untuk generasi akan datang.


Ilmu itu datang daripada Allah, oleh itu, jika kita mahu menguasai sesuatu ilmu, mintalah dengan Allah. Allah Al-Wahhab maha memberi. Penggabungan (hati ingat Allah + Minda mengkaji rahsia Alam) akan menghasilkan satu ummat yang SUPER. Umat yang sentiasa mahu mengkaji kebesaran Allah. Inilah antara ciri-ciri ulul albab yang disebutkan di dalam Al-Quran. Sesungguhnya penciptaan Allah sangat luas dan unik. Tiada makhluk berupaya melakukannya, oleh itu mengapa manusia mesti sombong dengan setitik ilmu yang dipinjamkan Allah?
Seterusnya panel memberikan sedikit motivasi kepada hadirin, bahawa, kita tidak boleh mengimbau kembali nostalgia lama kegemilangan Islam begitu sahaja tanpa melakukan apa-apa usaha untuk menjadikannya lebih baik atau pun setaraf dengan pencapaian mereka terdahulu.


Bersambung....

Saturday, April 4, 2009

1 Comment:

ASMUM said...

saintis dahuLu mengenaL Allah duLu baru mencipta teori~~

mereka haFal al-quran dan mereka menggaLi kiTab.

mana munkin kiTa meLahirkan saintis isLam sekiranya agama dikesampingkan daLam pengaJian..? retoriik~~!

aku nak cadangkan supaya sains gunaan leTak saja kat Fak Sains dan sumer budak musLim kena amek siLibus aGama fIe~~!