Suka saya mengambil sekejap masa rehat saya untuk menukilkan sesuatu, selepas melihat blog saya yang kian lama menyepi..puas mata menghadap buku, dialihkan sebentar ke skrin laptop. Laptop yang menjadi peneman setia ketika mengulangkaji…
Peluh sejuk mula membasahi badan.
‘Seram sejuk la’..
’erm..nervousnya..’
‘alamak, cane nak jawab ni..banyak lagi x ingat nih.huhu..’
‘takutnyo, mintak-mintaklah masuk po yang den baco nih’
..itulah ungkapan yang sering didengari ketika saat-saat peperiksaan hendak dimulakan. Bak kata orang..bunyi rungutan yang belajar last minute…Macam-macam perasaan akan timbul. Erm..tapi, bagi saya, perasaan itu masih lagi belum hangat, sebabnya tarikh exam saya belum sampai lagi..hehe..tapi, lambat mula, lambatlah habisnya.
Namun, tekanannya sudah mula dirasai. Disebabkan saya tak ambil banyak subjek sem ini, semestinya saya perlu score untuk subjek tersebut. Melihatkan rakan-rakan saya membuat persediaan ke dewan peperiksaan, memerhatikan reaksi mereka sebelum dan sesudah menjawab satu-satu subjek, merupakan salah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika masih undergraduate. Rakan-rakan merupakan salah satu faktor penting dalam membantu kita untuk berjaya di dalam peperiksaan.
Baru-baru ini sempat saya menghabiskan sedikit masa bersama adik tersayang. Baru habis pengajian di matrikulasi. Katanya, ketika minggu ulangkaji dan minggu peperiksaan lah dia menjadi sangat rapat dengan rakan sebiliknya. Sebelum ini hanya sibuk menguruskan kerja-kerjanya sebagai wakil pelajar, menguruskan pelbagai program, menyiapkan tutorial, study group dan sebagainya. Bila sampai waktu ulangkaji dan peperiksaan, lebih banyak masa dihabiskan di bilik dan bersama rakan-rakan sebilik. Di situlah mula kehidupan mereka yang sangat rapat.
Ini pengalaman adik saya. Tapi, memang tidak dinafikan. Rakan-rakan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan peribadi dan kejayaan seseorang dalam kehidupan. Oleh itu, hargailah rakan-rakan anda. Pengalaman belajar di institut pengajian tinggi bersama rakan-rakan, bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan.
Allah menciptakan sesuatu itu bukanlah untuk sia-sia. Apabila bersama rakan-rakan, kita akan mengalami pelbagai perasaan. Gembira, ceria, suka, duka, sedih, lapang,tenang dan sebagainya. Dan, semuanya yang Allah jadikan, tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk menunjukkan kekuasaanNya. Jika kita mahukan rakan-rakan yang baik, buatlah baik kepada rakan-rakan kita. Bukan itu yang dianjurkan Islam?..
Allah akan membalas amalan kita, biarpun sebesar biji sawi. Bukanlah balasan Allah yang kita harapkan, Cuma REDHA ALLAH yang kita dambakan.
Buat rakan-rakan saya yang akan meninggalkan alam kampu, selamat berjuang di medan yang lebih mencabar..gunakanlah sepenuhnya pengalaman dan ilmu yang kalian gali di kampus untuk kebaikan masyarakat dan ISLAM. Buat rakan-rakan saya yang masih menagih ilmu di kampus, TERUS..TERUS..TERUSKAN tanpa henti. Cekuplah sebanyak mungkin galian yang melimpah ruah di alam kampus ini sementara hayat kalian masih panjang di sini.
Memang tak dinafikan, bagaikan baru semalam kita bersama menghadapi minggu orientasi, baru semalam masih terkial-kial nak cari di mana dewan kuliah dan bilik tutorial, baru semalam nak biasakan diri dengan sistem pengajian di kampus…namun kelak, kita sudah berpisah, membawa haluan masing-masing, mengejar cita-cita untuk terus mencari REDHA ALLAH dan hidup dalam jiwa hamba.
Khas buat rakan-rakan saya yang bakal tamat pengajiannya pada semester ini...tahniah saya ucapkan. Terima kasih banyak-banyak atas segala yang dikongsi..terima kasih juga kerana menjadi sebagian daripada hidup saya..terima kasih kerana segalanya. Semoga Allah menjaga kalian dengan baik.
Semoga kita semua terus istiqamah dalam mencari REDHA ALLAH..

4 Comments:
salam... uii.. nape jauh sgt jaraknya dengan "Read more" tu? Selamat menjawab peperiksaan dengan hati yg tenang hendaknya insyaAllah!
entahlah pak cik..jahil lagi bab2 ni..huhu..pas exam ni la nak tengok setting balik semua..haha..nanti kan reengineering of falsafah kombat..hehe...
SETUJU BANGET fiey... without friends, we are like nobody... that's why after they offer or give the help, dont forget to say thank you... eventhough they dont realize it...
salam.wah-wah..bisa pandai mencorak kata sekarang..waduh2...hebat sungguh..haha.
exam kadang menguji kita akan kemampuan ingatan jangka masa panjang dan jangka masa pendek.Carilah ilmu sebanyaknya.kadang2 exam bukan mencerminkan siapa kita..tapi kebanyakannya begitu lah..heheh.
gud luck!
Post a Comment