Exam Mood...


Exam mood…perkataan ini yang kebanyakannya terpampang di status rakan-rakan saya akhir-akhir ini. Yup, study week untuk UM telah bermula. Dan saya dimaklumkan juga terdapat beberapa IPTA tempatan yang telah mula peperiksaan akhir, contohnya UPM dan USIM dan UIAM. Tahniah buat rakan-rakan saya yang telah berjaya melaluinya. Doakan kami yang masih belum habis.


Kini, tiba masanya kami yang masih belum memulakan peperiksaan akhir, berperang dengan jutaan bahan ilmiah yang perlu di refresh kembali setelah selama 4 bulan belajar. Study week di UM memberikan ruang masa secukupnya untuk para pelajar mengulangkaji pelajaran. Semoga semua rakan-rakan seperjuangan saya dapat menggunakan masa ini dengan sebaik mungkin sebagai persediaan untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.


Tidak lupa juga saya mengucapkan selamat menjawab peperiksaan kepada adik saya yang kini berada di Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh), begitu juga dengan semua junior saya yang berada di kolej matrikulasi.
Kepada Rakan-rakan dan sepupu saya yang berada di semua IPTA, UM, USM, UPM, UTM, UKM, UITM, UTHM, UMT, UMK, UMP, dan tidak lupa juga untuk rakan-rakan di Maktab perguruan. Untuk rakan-rakan saya yang berada di kolej-kolej swasta seperti Kolej Lagenda,N9., kolej kejururawatan N9., politeknik dan sebagainya, tidak tersebut rasanya, doakan kami yang bakal berjuang menjawab peperiksaan.


Pelbagai tips-tips sudah diketahui oleh kalian, jadi tidak perlulah saya menulisnya dengan panjang lebar kali ini. Cuma sedikit perkongsian untuk kita yang bergelar mahasisiwa. Perbetulkan niat. Dalam hadith 40 oleh Imam Nawawi, hadith pertama yang ditekankan ialah berkaitan niat. Niat sangat penting dalam merubah sesuatu perkara, daripada perkara kecil, menjadi besar dan begitu juga sebaliknya.
Oleh itu, kepada semua rakan-rakan saya, sentiasalah perbetulkan niat kita. Niat yang sentiasa bersandarkan kepada PenciptaNya adalah lahir daripada hati yang bersih. Hati yang bersih adalah tempat di mana punca segalanya bermula. Oleh itu, sentiasalah muhasabah diri kita setiap hari. Sesungguhnya manusia ini lemah, hanya Allah yang menentukan segalanya. Fahamilah konsep tawakkal.


Manusia tidak mampu melakukan yang terbaik semuanya tanpa kawalan dan pantauan daripada Allah. Selamat berjaya kepada rakan-rakan semua.

Wednesday, April 15, 2009

2 Comments:

Abu Khalifah said...

Syukran untuk nasihat... suka dengan "fahamilah konsep tawakkal" :D

Sufi Intelek said...

atas motor tadi tetiba teringat...'alamak...lupe nak letakkan UNIKL dalam post tadi..huhu..
tengok2 org UNIKL dah respon..huhu..
anyway..mybe akhi boleh terangkn dgn lebih lanjut ttg 'fahamila konsep tawakkal' 2...hehe...

syukran...