Sedar tak sedar, kita dah sampai ke penghujung bulan Julai..cepatnya masa berlalu..rasa baru je lagi hari tu mula kuliah..huhu..apa pun, di harap semoga semua sudah dapat menyesuaikan diri dengan jadual dan kehidupan di semester baru ini.
kali ni saya berminat nak berkongsi dengan kalian semua tentang adab. Adab kita di dalam majlis ilmu. Actually ni pun adalah peringatan untuk saya juga. Biasalah manusia ni diciptakan lemah dan kadang-kala ego, so, kita perlu ingat mengingati untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.
Seringkali kita menghadiri kuliah ilmu, atau pun ceramah, tapi contoh yang paling kena dengan kita ialah kuliah subjek yang kita hadiri tiap-tiap hari. Seringkali kita suka mengambil tempat yang jauh di belakang. Kalau siapa yang biasa dengan Dewan Kuliah Baru a.k.a Mid valley kat Fakulti sains tu, suka ambil tempat yang jauh di atas. Macam kita ni dah hebat sangatlah kononnye. Kenapa kita suka duduk jauh daripada pensyarah?kenapa kita tak suka duduk depan? Bukan ke kalau kita duduk depan banyak kelebihannya?
Contohnya macam lebih jelas dengar apa yang pensyarah cakap, dapat handout lebih cepat, dapat tulis attendance awal, dapat perhatian lebih dan macam-macam lagilah. Tidakkah itu semua menarik minat mereka yang belajar di Universiti untuk lebih cemerlang? Melainkan ada faktor-faktor lain yang menyebabkan mereka duduk di belakang.
Mungkin kerana mereka nak berborak, ataupun nak tidor, kalau duk belakang, pensyarah tak Nampak sangat. Buat bising pun tak dengar sangat. Macam tu jugak kalau kat kuliah ilmu, kalau duk belakang, boleh blah awal, boleh borak-borak. Hmm..kalau macam ni lah lagaknya, baik tak payah p kuliah.
Kadang-kadang kita hadir ke kuliah hanya untuk memenuhi syarat 80% kehadiran ke kuliah untuk mengelakkan di bar daripada peperiksaan sedangkan fikiran dan fokus kita berada entah kat mana atau pun kita datang untuk rehat dan tidur. So, masa kita di bazirkan begitu sahaja.
Ini adalah bukan ciri-ciri seorang pelajar cemerlang, lebih-lebih lagi mahasiswa University Malaya. Walaupun perkara ini kecil dan kita seringkali memandang remeh sehinggakan ia sudah menjadi satu tabiat dalam masyarakat kita. So, bila dah kita kurang beradab dalam majlis ilmu, kurang beri perhatian pada ilmu yang nak disampaikan, biarkan pensyarah bercakap dengan dinding, tidur sampai tak sedar lecture dah tamat, ini adalah sikap yang perlu kita kikis bermula dari sekarang.
Saya juga kadang-kadang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan-kesalahan di atas. Tapi, itulah yang terjadi bila kita tidak pandai nak menilai majlis Ilmu. Keberkatannya dan roh ilmu tu tak dapat menyerap masuk dalam hati kita.
So..jom muhasabah diri kita yang lemah ini. Jadikan diri kita sebagai penuntut ilmu yang hakiki sepanjang zaman.
p/s: niat dulu. walaupun ia simple, tapi impaknya besar...