Jauhi kemudharatan


Pernahkah anda mendengar Karbon monoksida?bagi yang pernah belajar subjek sains pasti pernah mendengarnya. Apapun, karbon monoksida tidak asing bagi mereka yang mendalami bidang kimia. Karbon monoksida adalah gas yang kadar peresapan oksigennya adalah tinggi kerana ia tidak stabil. Secara ringkasnya, ia adalah pesaing ketat sel darah merah kita, yang tugasnya mengangkut oksigen. Karbon monoksida paling mudah didapati di dalam asap kenderaan kita, semua jenis kenderaan yang mengeluarkan asap mengandungi karbon monoksida.


Oleh itu, mereka yang banyak menghidu asap kenderaan ini berpotensi untuk mngalami kekurangan oksigen kerana ia telah bergabung dengan oksigen untuk membentuk karbon dioksida, yang mana keluar apabila kita menghembuskan nafas. Dengan itu, oksigen yang kita sedut ke dalam peparu tidak sepenuhnya meresap ke dalam darah kerana ia bersaing hebat dengan karbon monoksida. Akibatnya, mangsanya kelihatan penat serta tidak bermaya kerana kekurangan oksigen. Mangsa yang paling kesian adalah para pelajar sama ada di sekolah mahupun di IPTA.


Saya berpendapat sebab itulah sesetengah orang yang menaiki motor lebih suka menunggang motor dengan laju untuk mengelakkan daripada terkena asap kenderaan lain yang berada di hadapannya, termasuk lah penulis. J. Apapun, kita perlu sentiasa berhati-hati. Rasanya lepas ni macam semua orang kena pakai penutup mulut untuk menghalang gas karbon monoksida tu, actually patut dari dulu lagi...


Hmm, cakap pasal pernafasan, saya teringat kelas Sains & Aagam yang saya ambil semester lepas. Hari pertama kelas telah dicabar dengan soalan, dan saya bangkit untuk bertanya soalan berkaitan hujjah yang diberikan oleh pensyarah sebelum tu. Hmm, sapa nak bagi idea/hujjah, silakan. Soalan saya masa tu adalah, kita semua tahu yang rokok tu adalah perkara yang membawa kemudharatan, malah boleh membawa maut dan majlis fatwa pun dah mengharamkan rokok, tapi kenapa kerajaan masih beri laluan kepada peniaga untuk membekalkan rokok kepada rakyat?


Apabila kita kaitkan dengan keadaan sekarang pun, sama jugak. Orang tahu yang mencuri tu salah, tapi diorang buat jugak, contohnya dalam bidang pekerjaan, curi tulang, curi keluar dan macam-macam lagilah. Sama jugak macam bribes, ramai di kalangan orang besar-besar terlibat dalam masalah ni, walhal diorang bukan tak tahu ape akibatnya. So, perkara-perkara macam ni, penting untuk diambil perhatian oleh pemimpin rakyat. Kelak kat akhirat ditanya ALLAH, baru menyesal, tak tahu nak jawab apa.


Rakyat biasa?pun tak terlepas juga. Coz hadis Rasulullah menyebutkan yang kita adalah raja, pemimpin kepada kerajaan diri kita sendiri. So, bila buat apa-apa corruption yang tak sepatut nya, maka tunggulah balasannya.


Semoga kita semua dapat menerima suratan amalan dengan tangan kanan dan wajah yang bercahaya..ameeen..


p/s: kalau salah fakta kat atas tu, tentang karbon monoksida, dan ada sape-sape nak betulkan..jangan segan silu..boleh komen..:)..
saya x belajar mendalam tentang bahan-bahan kimia..hehe..

Wednesday, June 25, 2008

1 Comment:

Ibnurashidi said...

salam, syukran kerana enta cuba jawab persoalan yg ana utarakan..pada hakikatnya memang begitu. Tetapi nisbah rokok ialah tembakau..betul tak?kalo takda tembakau tak nama rokok rasanye. Cuba kita tgk org tua2 isap rkok daun. Dia beli tembakau untuk dibalutkan, nape dia tak beli pucuk mengkuduke, pucuk pegagake, takpun, agar2 ke jadi bahan balutan daun rokok. itu tandanya kepentingan tembakau dalam rokok. betul apa yg enta ckp, lbh baik tanam benda lain dari tembakaukan. lagipun rokok ni hukumnya mmg telah dketahui umum. Ulama Azhar juga telah fatwakan haram, termasuk darul ifta' kaherah. Jika rokok haram,nape perlu tanam tembakau lagi?lainla tembakau boleh dibuat ulamke..rujuk artikel http://ibnurusyd305.blogspot.com/2008/04/rokok-satu-kajian.html

sekian,wassalam..