Update...


Alhamdulillah…dapat juga saya menyelit-nyelit mencari masa untuk meng ‘update’ blog yang telah sekian lama ditinggalkan. Fuuhh…sesak rasanya apabila ditaklifkan dengan pelbagai tanggungjawab dalam satu masa yang sama. Nampaknya blog saya ini akan ditinggalkan lagi selepas ini selama seminggu kerana saya akan berada di luar kawasan yang membolehkan saya online. Apa pun, sememangnya cuti sem ini telah dipenuhi dengan pelbagai program yang menyeronokkan.hehe..

Maafkan saya, mungkin entri kali ni ntah apa-apa..tapi..saya merasakan blog ini perlu diperbaharui. Matlamat saya untuk menukar layout blog ni pun masih belum tercapai. Moga Allah memberi ruang untuk saya melakukan semuanya..huhu..

Semester khas dah bermula, nampaknya cabaran untuk menuntut ilmu sentiasa menanti. Hmm..bercakap tentang ilmu, suka saya berkongsi sedikit kuliah zuhur yang saya dapat ketika singgah solat zuhur di Masjid Ar-Rahman yang disampaikan oleh salah seorang pensyarah Akedemi Pengajian Islam, Ustaz Faisal Abd Hamid. Beliau menyentuh mengenai prinsip ilmu.


Antara isi penting yang dapat saya tangkap ialah ilmu ini, kita tidak boleh mengklasifikasikan ilmu Islam dan ilmu kafir, kerana pada asasnya semua ilmu adalah datang daripada Allah Al-‘Alim. Oleh sebab itu, orang Islam perlu menguasai pelbagai ilmu dalam usaha untuk menjadi ‘abid dan khalifah yang terbaik di bumi.

Selain itu, ilmu juga boleh dibahagikan kepada ilmu syara’ dan ilmu ‘aqli, di mana ilmu ‘aqli ini tidak bercanggah apabila dilandasi oleh ilmu syara’ dan juga ilmu syara’ ini menyempurnakan perlaksanaan ilmu ‘aqli. Contoh ilmu syara’ yang kita sedia maklum ialah ilmu berkaitan hukum hakam Islam, contoh ilmu ‘aqli pula seperti ilmu hisab, ilmu falaq dan sebagainya.

Ustaz juga menekankan bahawa kita perlu membezakan ilmu tahu untuk tahu dan ilmu tahu untuk menghasilkan produk. Contohnya, untuk menghasilkan kerepek, perlu ada ilmu untuk membuatnya dengan berkualiti. Manakala, ilmu seperti yang ustaz ajar, tamadun Islam, usuluddin, syariah dan sebagainya, ialah ilmu yang tidak akan menghasilkan produk, akan tetapi, ia adalah ilmu tahu untuk tahu dan diamalkan serta disampaikan kepada orang lain. Oleh itu, kita tidak boleh mempertikaikan ilmu yang orang lain ada untuk memberikan sesuatu hasil yang berbentuk keuntungan matawang semata-mata.

Oleh itu, kita perlu menghargai setiap ilmu yang kita dapat, tidak kira apa jua bentuknya.
Bak kata orang, pengalaman itu adalah guru yang terbaik. Menimba pengalaman dari pelbagai tempat, keadaan dan berada dalam apa jua situasi kehidupan sangat memberi panduan untuk seseorang itu hidup dengan lebih baik. Namun, selepas menguasai sesuatu ilmu, kita perlu menjaga hati agar tidak riya’, ujub, takbur dan pelbagai lagi penyakit hati.
Kita juga perlu menyebarkannya kepada orang lain agar tidak menjadi hamba yang kufur nikmat.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam Redha Allah dalam keadaan sentiasa bergerak untuk menuntut ilmu. Ameeennn…


Wednesday, May 13, 2009

0 Comments: