Bila masa mula menggugat...


Penanti dan manek urai…kedua-dua tempat ini bakal menghadapi pilihanraya kecil (PRK) tidak lama lagi. Pilihanraya yang bakal menentukan ketua untuk penduduk di sana sekaligus menentukan siapakah yang akan menjaga kebajikan mereka. Kadang-kadang saya pelik dan terfikir juga, mengapakah orang-orang sekarang sibuk berebut-rebut jawatan sedangkan kalau kita imbau kembali zaman Rasulullah dahulu, para sahabat sedih dan menangis apabila mendapat taklifan sebagai ketua atau pemimpin.


Mungkin para pemimpin yang merebut jawatan kini tidak memandang bahawa jawatan itu adalah satu taklifan yang berat yang akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak. Saya juga cukup khuatir andai diberikan sebarang taklifan, tapi agak sukar bagi saya untuk mengatakan ‘tidak’ andai orang sudah terlalu mengharap pada kita. Sememangnya amanah itu adalah perkara yang paling berat walaupun ia abstrak, tetapi hanya orang yang memikulnya sahaja yang tahu.

Satu tempoh yang agak lama, saya tak update blog…hehe..bukannya apa, banyak sebenarnya perkara yang nak dikongsi, cumanya, masa untuk menekan papan kekunci laptop ini untuk menaip artikel yang akan dipostkan ke blog itu sangatlah sedikit.

Mungkin rakan-rakan pembaca tertanya-tanya apakah perkara yang menyibukkan saya. Saya rasa, cuti semester ini bagaikan meragut semua masa yang saya ada. Setiap hujung minggu sudah tersusun rapi program-program yang perlu terlibat. Bila terkenangkan balik, bagaikan tidak mampu untuk bernafas dalam cuti. Hmm..tak mengapalah, mungkin ujian Allah untuk saya pada cuti kali ini.

Selain komitmen dengan pengajian semester pendek, saya juga terlibat dengan beberapa program yang akan dijalankan pada bulan Ogos ini, antaranya FESKUM dan Konsert anjuran Gamis dan Rabbani. Selain itu saya juga perlu menguruskan beberapa lagi persatuan dan organisasi. Semoga Allah memberi ruang untuk saya melakukan yang terbaik dalam semua perkara yang saya lakukan.

Sebenarnya, banyak perkara yang kita belajar dan dapat kita praktikkan apabila kita melibatkan diri dalam pelbagai program dan aktiviti pelajar. Menyedari hanya waktu muda seusia mahasiswa ini adalah waktu yang terbaik untuk mendapatkan segala ilmu dan kemahiran, saya berusaha juga untuk mencapai dan menyahut cabaran yang datang.

Rakan pembaca yang lain juga perlu menggapai dan menggunakan segala ruang yang ada untuk menjadi mukmin yang Berjaya, cemerlang di dunia dan di akhirat. Allah memandang kita dengan apa yang kita usahakan, bukan hasil yang kita dapat. Oleh itu, tidak kiralah apa pun yang kita lakukan, mestilah berusaha bersungguh-sungguh dan jangan mudah putus asa. Asalkan kita sentiasa berada di landasan yang sebenar, Allah pasti akan membantu kita. Saya juga sebenarnya sedang berpesan dengan diri saya sendiri.

“hanya orang yang sibuk sahaja yang ada masa”.

Sunday, May 24, 2009

0 Comments: