Konvo...


“Jangan cakap kita sibuk, biar orang sahaja yang menilai kita sibuk atau tak”

Itulah antara kata-kata yang saya terima daripada roommate saya ketika kami berbual dua hari lepas. Komitmen yang baik memang sangat penting untuk menjalankan sesuatu gerak kerja. Oleh itu, kita perlu berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap apa yang kita lakukan. Berusaha terdaya mungkin untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul agar matlamat utama dapat dicapai.

Saya suka mendengar dan melihat pengalaman orang lain dalam mengendalikan sesuatu program untuk kemaslahatan bersama. Untuk menjadi mukmin yang cemerlang memerlukan pelbagai ilmu dan pengalaman. Sesungguhnya pengalaman berorganisasi adalah salah satu cara untuk mencapai makna hakiki kehidupan. Hanya mereka yang terlibat sahaja dapat merasai dan mengetahuinya.

Semalam adalah malam terakhir saya dan rakan-rakan satu batch (batch FCR fasa 1 ’09). Setelah berbincang mengenai topik-topik tambahan yang belum dijelaskan, kami dianugerahkan sijil dan dijemput menjamu sedikit jamuan ringan. Kelas FCR yang telah saya ikuti selama 16 minggu ini sangat berguna untuk saya dan juga rakan-rakan yang menghadirinya.

Friendly Comparative Religion sangat sesuai untuk semua peringkat masyarakat. Banyak input bermanfaat yang diperolehi dan boleh disampaikan kepada orang lain. InsyaAllah saya akan cuba berkongsi sedikit demi sedikit segala perkongsian bermanfaat di dalam blog ini dari masa ke masa. Semoga Allah memberi kelapangan.

Untuk mengetahui apakah yang menariknya di dalam FCR ini, kalian boleh lah menyertai FCR intensif selama 2 hari pada hujung minggu ini( 16&17 Mei 2009) di IIS, Saba Islamic Media,di setiawangsa. Program yang berlangsung selama dua hari ini dijalankan dalam bahasa Inggeris. Manakala pada bulan Jun (20&21) juga program yang sama, tetapi dijalankan dalam bahasa Melayu. Yurannya adalah sangat berpatutan dengan pelbagai bahan tambahan yang diberikan. Sesiapa yang berminat, sila hubungi saya:
013-2965723.

Program sebegini amat sukar diperolehi 2 program ini adalah anjuran IIS dan ia adalah yang terakhir untuk tahun ini. Pelbagai penceramah hebat dan pakar dalam bidang mereka yang dijemput untuk menyampaikan ceramah, pasti sangat menarik. FCR akan mengupas segala persoalan utama yang berkaitan dengan ‘DAKWAH KEPADA non-muslim’. Apakah hujjah, isu dan persoalan, akan dibincangkan secara jelas di dalam kelas tersebut. Semoga kita semua temasuk di dalam golongan yang diredhai Allah.
Semoga usaha murni untuk menegakkan kalimah toiyyibah ini dirahmati Allah..ameeen….

Terima kasih kerana membaca 



Thursday, May 14, 2009

1 Comment:

anie_skut87 said...

sama-sama =p

Kite konvo dah eh... sufi intelek semalam...dok makan kacang je eh...huhu...

kempunan nak 'curik' donat tapi tengok2 dah xda... =(

hope dapat nuleh sesame ape yang kite belajo selama 4 bulan tu.. tapi en..honsetly r, bile dengar bro. shah sebut dalil2 dari quran..laju jer..surah bla bla, ayat bla bla..rasenyer macam usu baru masuk islam jer... yer r..bro.shah tu baru 14 tahun masuk islam, kite nie dah 22 tahun dilahirkan sebagai islam.. jauh tu...ish2...