بسم الله الرحمن الرحيم
LAKIUM 08 - Latihan Kepimpinan Islam Universiti Malaya
Anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Pertubuhan Ulama' Malaysia
Bertempat di Pusat Belia Bukit Lagong, Selayang
Pada 18-21 November 2008
Alhamdulillah, pertama-tama sekali aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana masih diberi peluang untuk meneruskan tinta digital ini. Syukur alhamdulillah juga kerana LAKIUM 08 berjalan dengan lancar walaupun inilah kali pertama setelah sekian lama PMIUM tidak menganjurkan LAKIUM. LAKIUM kali terakhir ialah pada 1979 dan LAKIUM kali ini dikendali oleh generasi-generasi baru yang memang mantap dan terserlah daya kepimpinan mereka untuk mewariskan ilmu kepimpinan yang mereka miliki. Seramai 123 orang muslimat dan 39 orang muslimin yang berjaya menjadi produk LAKIUM 08 ini.
Walaupun program ini adalah khusus untuk pelajar Universiti Malaya namun penganjur tidak pernah lokek untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar lain ataupun peserta luar kerana terdapat lima sahabat dari luar yang dua daripadanya mahasiswa UNITAR dan KPTM Kota Bharu manakala selebihnya dari UNIKL MIIT. Sudah pasti aku adalah salah seorang dari peserta luar tersebut, alhamdulillah.
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujuraat: 13)
Walaupun program ini adalah khusus untuk pelajar Universiti Malaya namun penganjur tidak pernah lokek untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar lain ataupun peserta luar kerana terdapat lima sahabat dari luar yang dua daripadanya mahasiswa UNITAR dan KPTM Kota Bharu manakala selebihnya dari UNIKL MIIT. Sudah pasti aku adalah salah seorang dari peserta luar tersebut, alhamdulillah.
Pengisian LAKIUM 08 begitu bermakna dan penuh dengan pengisian ilmiah dan menarik. Ceramah-ceramah dari penceramah yang memang mantap seperti ustaz Hasrizal (SaifulIslam.com) dan ustaz Anwar Ridhwan. Tidak kurang juga di antara urusetia LAKIUM 08 juga terdapat ustaz yang mampu memberikan tazkirah dan kata-kata peransang seperti ustaz Yusri Hafiz dan ustaz Shafie. Bukan itu sahaja malah aktiviti-aktiviti 'Team Building' membina serta mencungkil bakat kepimpinan, merancang strategi dan semangat kerjasama ukhuwah sesama peserta. Bak kata saudara Hadi, 'partisipasi' adalah penting di kalangan peserta bagi menjayakan sesuatu program.
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) juga sangat bermakna dengan topik-topik perbincangan yang diberikan membentuk usrah dalam kumpulan. Biarpun fasilitator-fasilitator dan urusetia kebanyakannya sebaya dan lebih muda dariku namun mereka terdiri dari barisan hebat PMIUM. 'Besar jangan disangka bapa dan kecil jangan disangka anak', pepatah yang paling sesuai dianalogikan untuk mereka. Kagum dengan mereka, menyalakan api semangat dalam jiwa untuk terus menimba ilmu yang tidak seberapa ini.
Latihan Kepimpinan Islam memang tidak lengkap sekiranya cuma diberi persediaan rohani. LAKIUM 08 bukan sahaja mencurah pengisian rohani namun dilengkapi dengan latihan fizikal dan aktiviti jasmani yang menarik. 'Flying Fox' dan 'Wall Climbing' adalah diantara aktiviti yang mampu menguji keberanian dan kekuatan fizikal peserta.
Semoga LAKIUM 08 kali ini mengikat ukhuwah di kalangan sahabat dan sahibah sekalian, insyaAllah. Akan aku kemaskinikan lagi 'entries' mengenai LAKIUM dengan foto-foto yang aku 'cheese' tapi memandangkan kamera teringgal di rumah emak tersayang, terpaksalah niat murni ini ditangguhkan. InsyaAllah, minggu hadapan aku sediakan muat turun bagi sahabat-sahibah semua.
Dipetik daripada blog sahabat baru... akh Huzaifah
0 Comments:
Post a Comment