Melihat dengan mata kepala vs mata hati


Suka saya mengajak kawan-kawan semua berfikir, apakah perasaan kita, jika tempat penginapan kita, tidak kiralah sama ada di hostel, atau pun di rumah ataupun bilik kita sendiri, digunakan oleh orang lain atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan?


Andaikata, seorang rakan kita, atau saudara mara kita memerlukan tempat penginapan sementara untuk menyelesaikan tugasnya atau apa-apa saja alasan yang digunakan, dan mereka meminta bantuan daripada kita.


Dan setelah kita bersetuju untuk membantu mereka, dengan menawarkan tempat penginapan kita, apakah perasaan kita ketika itu?


Dah juga, apakah perasaan kita selepas 4, 5 hari mereka menginap di tempat anda?


Bagaimana juga perasaan anda apabila mereka menggunakan perkakasan dan alat-alat yang anda gunakan untuk kehidupan seharian?


Pendek kata, kita dah kehilangan privacy kita.

Bagaimanakah perasaan anda menerima keadaan itu dan apakah tindakan anda seterusnya?


Sila berikan pendapat dan pandangan anda kepada saya untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman dan situasi. Pendapat bernas anda akan saya paparkan pada post akan datang dengan izin anda. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk semua.


boleh emailkan kepada saya..: afiifahramdan@gmail.com


Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda.




Wednesday, November 26, 2008

5 Comments:

Wan Nur Shuhada binti Wan Hasan said...

Salam...

hm..pd pndpt sy, of course kt mmg akan kehilangan privacy...mgkn rse x selesa gak kot sehinggalah tahap kt dah betul2 p'cayakan org tu brulah rse lbh slmt dan selesa...

kalau bnda tu b'laku pd sy, sy akan lbh cenderung utk cri tmpt lain dan biarkan die gunakan apa2 yg sy ada tu memandangkan die ddk situ pn smntara je...ble keje die dh selesai brlah sy akan kembali ke keadaan asal...

tp seriously sbnrnye sy x phm sgt kehendak soalan..huhu..x taulah menjawab ke atau lari tajuk..hehe

Sufi Intelek said...

erm...betul la 2..terima kasih atas pendapat anda..
semoga ia jadi perkongsian yang bernas..hehe

Abu Khalifah said...

Assalamualaikum wbt.

Pada pendapat ana, tepuk dada tanya iman. Memuliakan tetamu adalah kewajipan sebagai Islam dan keikhlasan itu ibarat penjana yang menghidupkan kewajipan tersebut. Kalau dah ikhlas dan faham tuntutan tersebut, insyaAllah kita akan senang hati. Wallahu'alam.

flying jeddi said...

Assalamualaikum,

kebetulan tajuk ni berkaitan apa yg baru je terjadi di rumah bukan hostel...

Kebetulan saudara angkat baru je menginap di rumah, tapi takde lama sangat....

Sy set in mind i will make new relationship , memang pada mulanya fikir jugak camne kalau lama diorang menginap, agak tak selesa jugak la.. tapi sy wat selamba je.. lagipun itu tempat kita, if kita wat tak selesa lagi la tetamu tak selesa kan..

.: waktu diorang di rumah hari tu , umi layan first class, jarang jumpa punya pasal:.

Pemburu Syahid said...

Salam..
Pada saya, saya sangat suka kalau ada tamu bertandang ke rumah, menginap lagi saya suka. Sbb saya rasa keadaan tu meriah, dan tika tu juga dapur rumah mula berasap, dan saya tak sunyi. Mmg kalo tengah sibuk dengan kerja, tak sempat nak layan, tapi kita boleh jelaskan kat tamu tu,n biasa kita cakap "buat mcm rumah sendiri ye". Kadang-kadang tamu saya yang masak, itu yang best..hehe. mmg buat cam rumah sendiri la kiranya. Saya plak jadi cam tetamu.

Ayah saya selalu pesan, layan tetamu sebaiknya sbb jika kita mudahkan urusan manusia di dunia, Allah akan mudahkan urusan kita di akhirat. Semenjak dari kecil, saya tgk ayah layan orang yang datang ke rumah, walaupun yang hanya datang singgah penjual direct selling atau peminta derma, pasti ayah mintak mak hidangkan air. Katanya, mana tau yg datang itu malaikat, jadi kita kena layan tetamu dgn sebaiknya.tapi, skrg bile dah jadi mcm2 hal, rompak la etc..masyarakat lebih jadi bersifat exclusive sbb mengambil sikap berhati-hati.

Suami saya juga suka jika tamu datang. Rasanya ia tak mengganggu privacy, sbb bilik kan lain2.. Sbb tu kita sediakan bilik khas utk tamu. Suami sy sediakan perabut khas n tilam, bantal lebih utk tamu, sbb biasanya tamu2 saya ramai.

Jadi, dengan hati yang terbuka, saya menjemput Fiey datang bertandang ke rumah saya, hehe..

~K.pety~