Sannah Helwah

Apa ada dengan kursus motivasi ESQ ye? By The way, saya akan mengikuti kursus tersebut pada pagi esok dan ahad. Semoga dapat banyak ilmu baru daripadanya. So, sesiapa yang berminat untuk mengetahui lanjut tentang ESQ ini. Boleh ke laman web nya. ESQ Training.


Saya akan cuba kongsikan bersama perkara-perkara bermanfaat.


Anyway, SELAMAT PENGANTIN BARU kepada YDP PMIUM..Muhammad Haafizuddin bin Abirerah yang dijodohkan bersama Fatin Nuraini Kamaruddin. Kendurinya pada hari esok. Semoga mahligai kasih yang dibina akan kekal sehingga ke akhir hayat serta mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.


Friday, November 28, 2008

Melihat dengan mata kepala vs mata hati


Suka saya mengajak kawan-kawan semua berfikir, apakah perasaan kita, jika tempat penginapan kita, tidak kiralah sama ada di hostel, atau pun di rumah ataupun bilik kita sendiri, digunakan oleh orang lain atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan?


Andaikata, seorang rakan kita, atau saudara mara kita memerlukan tempat penginapan sementara untuk menyelesaikan tugasnya atau apa-apa saja alasan yang digunakan, dan mereka meminta bantuan daripada kita.


Dan setelah kita bersetuju untuk membantu mereka, dengan menawarkan tempat penginapan kita, apakah perasaan kita ketika itu?


Dah juga, apakah perasaan kita selepas 4, 5 hari mereka menginap di tempat anda?


Bagaimana juga perasaan anda apabila mereka menggunakan perkakasan dan alat-alat yang anda gunakan untuk kehidupan seharian?


Pendek kata, kita dah kehilangan privacy kita.

Bagaimanakah perasaan anda menerima keadaan itu dan apakah tindakan anda seterusnya?


Sila berikan pendapat dan pandangan anda kepada saya untuk kita sama-sama berkongsi pengalaman dan situasi. Pendapat bernas anda akan saya paparkan pada post akan datang dengan izin anda. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk semua.


boleh emailkan kepada saya..: afiifahramdan@gmail.com


Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda.




Wednesday, November 26, 2008

Let us Scan Ourselves

Katanya kau seorang Pejuang
Kau lebih bela Jemaah berbanding Islam


Katanya kau seorang Pejuang
Kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya


Katanya kau seorang Pejuang
Mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan


Katanya kau seorang Pejuang
Ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu
bukan kepentingan Ummat


Katanya kau seorang Pejuang
Kau sering tinggal QIAMULLAIL
Bebanding mengamalkannya


Katanya kau seorang Pejuang
Berapa banyak ummat yang kau Ziarah?


Katanya kau seorang Pejuang
Kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah


Katanya kau seorang Pejuang
Tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah


Katanya kau seorang pejuang.................

cREdit for Izzatul Islam_nisah- YM

Tuesday, November 25, 2008

Lakium dalam kenangan



Salah satu objektif Lakium ’08 baru-baru ini adalah untuk menerapkan dan memperkenalkan sedikit ciri-ciri kepimpinan dalam Islam. Objektif ini diterapkan melalui aktiviti dalam kumpulan, permainan, jungle treckking dan sebagainya. Suka saya berkongsi sedikit sebanyak input yang saya dapat ketika menjadi Fasilitator Lakium ’08.


Suka saya berkongsi tentang apa yang diutarakan oleh Ustaz Hasrizal dalam kuliahnya pada 19 November di tapak Lakium. Antara isi perbincangan santai beliau ialah mengenai krisis keyakinan, jika umat Islam sendiri mengalami krisis keyakinan terhadap agamanya, bagaimana dia boleh berfungsi sebagai seorang daie, seorang yang akan mengajak orang kepada Islam. Di sinilah permasalahan yang asas yang harus diselesaikan. Keyakinan dapat dikesan melalui perbuatan kita.


Ustaz juga menyentuh, sebagai seorang muslim yang benar-benar menjaga keizzahan Islam, dia sangat sensitive dengan isu semasa yang melibatkan permasalahan umat Islam. Sebab itu, dalam usaha menyelesaikannya, mereka perlu faham tentang konsep presenting problem & real problem. Di sini, Real Problem yang akan menghasilkan Presenting problem, sebab itulah yang paling utama diselesaikan adalah Real Problem. Real Problem inilah yang kita maksudkan dengan krisis keyakinan kepada Kekuasaan Allah, tidak kenal siapa itu Allah lantas mengheret mereka untuk berlaku zalim terhadap diri mereka sendiri dan akhirnya menjadi masyarakat yang tidak bermanfaat (baca: sampah masyarakat)


So, everything are back to basic. Bila kita dah kenal pasti punca utamanya, masalah yang lainnya akan jadi mudah untuk diselesaikan.


Antara lainnya ialah pengisian daripada Saudara Amin Idris, seringkali juga dijemput oleh PMIUM. Penyampaian beliau tidak sah tanpa modul aktiviti menarik yang boleh dikaitkan dengan tajuk yang diberikan dengan modul yang santai dan ceria. Beliau juga berbicara mengenai aspek kepercayaan diri kita, kepercayaan akan mempengaruhi tindakan kita. Semua manusia tidak lahir semulajadi hebat, dan semua orang diasah kehebatan mereka. Begitu juga dengan sifat kepimpinan dan program ini adalah salah satu cara untuk mencungkil bakat kepimpinan para peserta. Beliau juga banyak menyentuh tentang sunnatullah dan syariatullah seperti mana yang dibicarakan juga oleh Ustaz Hasrizal pada hari sebelumnya.


Kesimpulan yang dapat saya kongsikan di sini ialah, seorang pemimpin Islam perlu berani untuk memulakan sesuatu yang baik dan cuba melakukan sesuatu yang orang lain tidak mulakan. Contohnya, dalam aspek bertanya soalan, seorang pemimpin Islam perlu proaktif dalam mengemukakan soalan-soalan yang akan menambahkan pengetahuan mereka dan peserta lain. Selain itu, dalam pelbagai aktiviti juga volunteer diperlukan dan aspek inilah perlu ditonjolkan oleh semua peserta yang ingin menjadi pemimpin Islam yang sebenar.


Dari sinilah kami, urusetia dapat menilai sejauh mana peserta menggunakan ilmu-ilmu teori yang diberikan dalam slot kuliah untuk diaplikasikan dalam aktiviti yang disediakan. Pemimpin juga memerlukan Ilmu yang menyeluruh mengenai kepimpinan, mengawal ahli, serta menghubungkan antara ahli dan orang atasan.


Selain itu, aktiviti lasak yang menarik juga mengeratkan sillaturrahim di kalangan peserta, seperti Flying Fox,Wall Climbing & Jungle Trekking. Walaupun ramai yang kepenatan, namun keseronokan melebihi segalanya.


Tahniah saya ucapkan kepada GENERASI PERTAMA LAKIUM. Diharap selepas ini, dapat membantu urusetia untuk meningkatkan lagi mutu prestasi Lakium untuk siri akan datang. Tahniah juga kepada semua urusetia yang sanggup berkorban masa study week, dan juga masa pada minggu peperiksaan itu sendiri demi memastikan Lakiun ’08 berjalan lancer. Setinggi-tinggi syukur kita panjatkan kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan. Segala masalah, kekurangan dan silap faham ketika Lakium harap dapat dimaafkan. Semoga semua mendapat manfaat. Terima kasih.


p/s: kepada semua ahli LDK saya, harap dapat contact saya semula...ada something yang menarik untuk anda semua...hehe...:)..except huzaifah..die dah dapat..


Monday, November 24, 2008

Resolusi Ringkas LAKIUM 08

بسم الله الرحمن الرحيم




LAKIUM 08 - Latihan Kepimpinan Islam Universiti Malaya
Anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Pertubuhan Ulama' Malaysia
Bertempat di Pusat Belia Bukit Lagong, Selayang
Pada 18-21 November 2008


Alhamdulillah, pertama-tama sekali aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana masih diberi peluang untuk meneruskan tinta digital ini. Syukur alhamdulillah juga kerana LAKIUM 08 berjalan dengan lancar walaupun inilah kali pertama setelah sekian lama PMIUM tidak menganjurkan LAKIUM. LAKIUM kali terakhir ialah pada 1979 dan LAKIUM kali ini dikendali oleh generasi-generasi baru yang memang mantap dan terserlah daya kepimpinan mereka untuk mewariskan ilmu kepimpinan yang mereka miliki. Seramai 123 orang muslimat dan 39 orang muslimin yang berjaya menjadi produk LAKIUM 08 ini.


Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujuraat: 13)



Walaupun program ini adalah khusus untuk pelajar Universiti Malaya namun penganjur tidak pernah lokek untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar lain ataupun peserta luar kerana terdapat lima sahabat dari luar yang dua daripadanya mahasiswa UNITAR dan KPTM Kota Bharu manakala selebihnya dari UNIKL MIIT. Sudah pasti aku adalah salah seorang dari peserta luar tersebut, alhamdulillah.






Pengisian LAKIUM 08 begitu bermakna dan penuh dengan pengisian ilmiah dan menarik. Ceramah-ceramah dari penceramah yang memang mantap seperti ustaz Hasrizal (SaifulIslam.com) dan ustaz Anwar Ridhwan. Tidak kurang juga di antara urusetia LAKIUM 08 juga terdapat ustaz yang mampu memberikan tazkirah dan kata-kata peransang seperti ustaz Yusri Hafiz dan ustaz Shafie. Bukan itu sahaja malah aktiviti-aktiviti 'Team Building' membina serta mencungkil bakat kepimpinan, merancang strategi dan semangat kerjasama ukhuwah sesama peserta. Bak kata saudara Hadi, 'partisipasi' adalah penting di kalangan peserta bagi menjayakan sesuatu program.


Latihan Dalam Kumpulan (LDK) juga sangat bermakna dengan topik-topik perbincangan yang diberikan membentuk usrah dalam kumpulan. Biarpun fasilitator-fasilitator dan urusetia kebanyakannya sebaya dan lebih muda dariku namun mereka terdiri dari barisan hebat PMIUM. 'Besar jangan disangka bapa dan kecil jangan disangka anak', pepatah yang paling sesuai dianalogikan untuk mereka. Kagum dengan mereka, menyalakan api semangat dalam jiwa untuk terus menimba ilmu yang tidak seberapa ini.


Latihan Kepimpinan Islam memang tidak lengkap sekiranya cuma diberi persediaan rohani. LAKIUM 08 bukan sahaja mencurah pengisian rohani namun dilengkapi dengan latihan fizikal dan aktiviti jasmani yang menarik. 'Flying Fox' dan 'Wall Climbing' adalah diantara aktiviti yang mampu menguji keberanian dan kekuatan fizikal peserta.


Semoga LAKIUM 08 kali ini mengikat ukhuwah di kalangan sahabat dan sahibah sekalian, insyaAllah. Akan aku kemaskinikan lagi 'entries' mengenai LAKIUM dengan foto-foto yang aku 'cheese' tapi memandangkan kamera teringgal di rumah emak tersayang, terpaksalah niat murni ini ditangguhkan. InsyaAllah, minggu hadapan aku sediakan muat turun bagi sahabat-sahibah semua.

Dipetik daripada blog sahabat baru... akh Huzaifah

Saturday, November 22, 2008

Selamat memanfaatkan cuti


Cuti sekolah telah bermula begitu juga dengan kebanyakan IPTA di Malaysia. Untuk itu, suka saya mengucapkan selamat bercuti kepada semua rakan-rakan di UM, dan seluruh IPTA di Malaysia. Buat adik-adik yang masih bersekolah, selamat bercuti. Namun, bercuti sudah semestinya satu kerehatan bagi mereka yang penat selama ini, penat buat kerja sekolah, penat ikut aktiviti kokurikulum, penat jaga pelajar (bagi pengawas sekolah), penat layan karenah cikgu dan sebagainya.


Pelajar universiti juga tidak melepaskan peluang untuk merehatkan minda mereka setelah ’pulun’ untuk peperiksaan yang sudah dan bakal habis nanti. Pelbagai aktiviti sudah dirancang untuk cuti ini, ada yang ingin bercuti di luar negara bersama keluarga, bercuti bersama rakan-rakan dalam bentuk yang pelbagai, seperti, camping, climbing, melawat tempat-tempat yang menarik dan sebagainya.


Namun, ada juga mereka yang membuat keputusan untuk menambah pendapatan dengan memenuhi masa cuti dengan bekerja. Ramai rakan-rakan saya yang ingin menetap di Kuala Lumpur semata-mata untuk bekerja. Namun, saya nasihatkan, jangan lupa pula pulang ke rumah ibubapa walaupun sekejap cuma. Ibubapa mana tidak rindukan dan sayangkan anak-anak mereka. Ingin sesekali berkumpul bersama-sama setelah beberapa lama anak-anak mereka di perantauan untuk menuntut ilmu mahupun sumber rezeki.


Suka saya berkongsi sedikit tentang bagaimana kita mahu manfaatkan masa cuti kita. Ibubapa boleh merancang satu program yang bermanfaat untuk anak-anak mereka yang masih bersekolah antaranya ialah menghantar ke program menghafaz Al-Quran, penghayatan solat, dan sebagainya yang boleh mengisi minda anak-anak dengan ilmu-ilmu yang mereka tidak perolehi di dalam silibus di sekolah. Perkara ini penting dalam melahirkan generasi yang mahir dalam bidang profesional sekaligus menguasai ilmu-ilmu agama, kerana itulah yang dituntut dalam Islam.


Buat rakan-rakan saya yang masih menuntut di IPTA, suka saya mencadangkan agar kalian boleh membahagikan masa cuti kalian tidak hanya dengan satu perkara, malah pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Memenuhi walimatul urus, itu sudah semestinya dimasukkan di dalam agenda. Jika ada kelapangan dan rezeki lebih, boleh minta izin dengan ibubapa untuk berkampung di ’pondok’ selama beberapa waktu untuk menuntut ilmu daripada kitab-kitab lama karangan ulama’ tersohor yang sukar kita dapati dalam universiti. Pengalamannya pasti menarik. Kalian juga boleh mula mengulang kaji subjek yang bakal diambil pada semester depan sebagai persediaan awal.


Untuk mereka yang bekerja, suka saya mengingatkan bahawa, matlamat utama kalian bekerja bukanlah kerana mencari wang semata-mata. Rezeki itu datangnya daripada Allah, bukannya daripada boss kita. Kerana itu, bermohonlah kepada Ya Malik, Yang Maha Memilik supaya membolak-balikkan hati majikan kita untuk memberi rezeki yang lebih kepada kita. Selain itu, faktor keberkatan juga jangan disampingkan selain menjaga pergaulan dengan majikan, rakan sekerja serta para pelanggan. Setiap apa yang kita lakukan, sesungguhnya, Ya Basir, Allah Yang Maha Melihat akan merakam setiapnya, dan Dialah yang akan membalas setiap perbuatan kita.


Untuk itu, selamat bercuti kepada semua yang bercuti. Semoga cuti ini menjadi satu medan untuk kita lebih membuat amal dalam terus mencari keREDHAan Allah.


Monday, November 17, 2008

Program Terkini


Program Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM)...

Latihan Kepimpinan Islam Universiti Malaya..
untuk keterangan lanjut, sila layari LAKIUM08
Semoga cuti kita ini sentiasa terisi dengan perkara-perkara bermanfaat.


Program PMIUM yang terdekat adalah 'Bedah buku' Ketika Cinta bertasbih..


Mari sama-sama memeriahkannya. Majlis ilmu yang diberkati sentiasa memberikan yang terbaik untuk semua. Semoga semua diredhai Allah...

Thursday, November 13, 2008

KeMerdekaan Vs KeResahan


Alhamdulillah..setinggi2 kesyukran saya panjatkan kepada Allah..musim peperiksaan akhir saya dah habis..4 paper yang saya ambil se mini, dah habis semua lalui..


SHES 1601 (Flora Malaysia) – 6 NOV

SHES 1602 (Fauna Malaysia) -10 NOV

CBEB 1106 (Prinsip Pemasaran)– 11 NOV

SHES 2240 (Genetik Asas) – 12 NOV


Tepat pada jam 1330 tadi saya menghabiskan ayat terakhir pada kertas terakhir..lega rasanya sebab berderet kertas dari 10hb lagi..


Apapun, sekarang adalah masa tawakkal..masa berusaha utk membaca dan buat latihan dah habis..masa bermunajat dengan Allah semoga keputusannya adalah yang terbaik yang diberikanNya..Namun, sebagai manusia, tidak terlepas daripada risau tentang keputusan yang akan diterima. Semoga dengan berdoa menggunakan nama-nama Allah, Ya Zohir, Ya Batin, Ya Wahhab, Ya Malik, Ya Latif akan membantu supaya pemeriksa kertas kita boleh memberikan markah yang terbaik untuk kita..ameeen…


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Kepada rakan-rakan yang rata-ratanya masih belum habis, semoga Berjaya saya ucapkan. Teruskan berusaha sehingga ke akhir masa yang ditetapkan. Doa dan restu ibubapa jangan disampingkan.


Selepas ini kita akan bercuti selama lebih kurang sebulan dan gunakanlah masa ini sebaik mungkin. Pesan Umi supaya bermula daripada cuti ini, kita dah mulakan persediaan untuk subjek yang bakal ditempuhi utk sem depan. ‘Orang Islam tidak akan jatuh di lubang yang sama dua kali..”


Semoga berjaya rakan-rakan ku..


Wednesday, November 12, 2008

Karya Seorang Sahabat


Ku berfikir…


Ku berfikir…

Manusia pada akhir zaman ini,

Payah untuk ku temui yang benar2 sibuk,

Dengan urusan baiki diri,

Yang ada kini hanya sibuk dengan urusan dunia semata,

Walau hanya diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya.



Ku berfikir…

Manusia pada akhir zaman ini,

Susah untuk ku temui,

Yang benar2 takut pada Ilahi,

Yang mendambakan kasih Ilahi,

Yang ada hanya mengharapkan kasih insani,

Yang melalaikan orang dan diri sendiri.



Ku berfikir…

Manusia pada akhir zaman ini,

Sukar untuk ku temui ahli profesional yang bertaqwa,

Yang benar2 meletakkan Islam dalam jiwa,

Menggunakan profesionnya sebagai matamalat ke akhirat sana,

Majoritinya lalai lagi leka,

Yang hidupnya lebih berat ke barat,

Menyebabkan amal ibadah terasa berat.



Ku berfikir…

Manusia pada zaman akhir zaman ini,

Payah untuk ku temui,

Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu,

Sanggup bersusah payah untuk memahami ilmu,

Yang ada kini hanya berbangga dengan ijazah,

Tetapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka.



Ku berfikir…

Manusia pada akhir zaman ini,

Susah untukku temui,

Yang suka berbincang tentang akhirat,

Syahid sebagai matlamat,

Mensyiarkan Islam dan menjunjung akhirat,

Yang ada cuma menghidupkan ajaran Barat,

Bahkan melupakan Akhirat!



Ku berfikir…

Manusia pada akhir zaman ini,

Sukar untukku temui,

Yang sentiasa bermunajat dan berzikir,

Bertakafur dan berfikir,

Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir…



Ku berfikir…

Manusia pada akhir zaman ini,

Sukar untukku temui,

Yang hatinya benar2 bersih dari segala penyakit,

Yang ada kini hanyalah manusia hipokrit,

Kemaafan yang retorik bukannya ikhlas dari hati,



Ku terus berfikir…

Masih ada lagikah manusia pada akhir zaman ini,

Yang menjadikan dunia sebagai ladang Akhiratnya…

Aku pula bagaimana??


Credits for

AniE Noraini A.Rahim

Tahun 3

Fakulti Sains UM

Monday, November 3, 2008