Alhamdulillah..Segala puji dan syukur kehadrat Ilahi kerana banyaknya nikmat yang telah dikurniakan kepada kita ketika syawal disambut beberapa hari yang lalu. Ketibaan Syawal baru ini adalah satu kurniaan Allah yang besar yang tidak ternilai oleh wang ringgit. Peluang sebeginilah yang diambil untuk kita saling berziarah antara saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga.
Namun, dalam kemeriahan Syawal yang disambut, jangan kita lupa tentang hakikat Syawal itu sendiri. Ramai di kalangan kita yang gembira dengan kehadiran Syawal, namun, tidak memahami apa makna disebalik sambutan Syawal itu sendiri. Fitrah manusia yang sukakan kebaikan, berkasih sayang, hormat menghormati serta bermaaf-maafan, itu lah yang perlu dizakatkan. Bukan sahaja setakat bergembira dengan pakaian baru, dan makanan yang sedap, tetapi, merasai juga penderitaan mereka yang miskin dan kurang berupaya.
Melihat mereka yang kurang berupaya untuk meraikan aidilfitri dengan penuh kekurangan, cukup membuatkan hati kita insaf dan mensyukuri apa yang kita dapat. Jika hanya sekadar sedikit nikmat yang ditarik Allah, kita dah nak mengeluh, masakan kita akan dapat menempuh ujian yang lebih hebat kelak? Bagi mereka yang beriman, ujian itu adalah satu nikmat. Kerana ujian, tanda Allah pandang kita, kerana ujian, Allah lebih sayangkan kita kerana ujian juga, Allah tempatkan kita bersama para mukmin yang tinggi darjatnya disisi Allah.
Kadang-kadang rasa macam rugi sangat sebab tidak memanfaatkan sepenuhnya Ramadhan tempoh hari. Sama-samalah kita berdoa semoga dipanjangkan umur untuk dapat berjumpa dengan Ramadhan akan datang. Semoga Ramadhan yang lalu mengajar kita lebih erti kehidupan di dunia. Kehidupan ‘memberi lebih baik daripada menerima’. Kehidupan yang bersifat sederhana dan tidak berlebih-lebihan, kehidupan yang disinari dengan nur tarbiyah daripada Al-Quran, kehidupan bersama tuntutan Allah S.W.T.
Semoga Ramadhan ini, menjadi noktah bidayah (titik mula), untuk kita maju lebih setapak kehadapan dalam pelbagai aspek kehidupan dalam menyempurnakan tugas kita sebagai khalifah Allah dalam masa yang sama,
0 Comments:
Post a Comment