Saya adalah antara pengunjung harian blog Ustaz Hasrizal - Saifulislam.com. Tertarik dengan artikelnya yang bertajuk Petanda Sayang di Bulan Syawal, saya sisipkan di bawah untuk tatapan bersama. Apa yang menariknya ialah tentang analogi yang ustaz gunakan, sangat memberi kesan dalam hati saya. Terima kasih ustaz. Semog Allah terus menyalurkan sifat Al-HAKIM Nya kepada ustaz. Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat menunaikan Ibadah sunat di bulan yang mulia ini. “Bedah, abah dengan emak nak ke surau. Kalau hujan nanti, angkat jemuran ni ya. Jangan lupa!”, jerit Haji Ahmad dari kereta. Bedah mengangguk-angguk sambik tersenyum mengunci pagar. Selesai sahaja kuliah zohor dan solat berjemaah, Haji Ahmad dan isteri balik ke rumah semula. “Hai, janganlah Bedah lupa pula ya. Lebat betul hujan tadi. Sampai nak dengar ceramah pun susah”, kata Hajah Asma kepada suaminya. Haji Ahmad mengangguk setuju. Setibanya mereka di rumah, perasaan lega timbul melihat kain di ampaian sudah diangkat. Memang boleh diharap Bedah anak mereka ini. Masuk sahaja ke rumah, perasaan lega bertukar gembira. Bersyukur lagi terharu. Bedah bukan sahaja sudah mengangkat kain dari ampaian, malah sudah siap bergosok, berlipat dan tersimpan di dalam almari! Sayangkah Haji Ahmad dan Hajah Asma kepada anak seperti Bedah? Suruh angkat sahaja, nak biar atas sofa pun tak apa. Tetapi anak dara yang seorang ni buat lebih dari yang disuruh. Tentulah sayang! Yang sunat-sunat tu, tanda sayang! Inilah jemputan saya kepada pembaca Saifulislam.Com sekalian agar kita sama-sama sempurnakan Puasa 6 Syawwal. Allah wajibkan yang Ramadhan sahaja. Tetapi tambah-tambahlah sedikit sebagai tanda suka dan sayang kepada-Nya dalam beribadah. Puasa 6 hari di bulan Syawwal ini adalah seumpama solat sunat Rawatib yang mengiringi solat Fardhu. Sesungguhnya… Puasa Ramadhan tempoh hari tanda taat dan patuh kepada-Nya. Biarlah Puasa 6 Syawwal ini tanda sayang dan cinta kepada-Nya. ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Dari Abi Ayub Al-Anshari, : Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa puasa Ramadhan kemudian diikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, adalah ganjarannya seperti puasa setahun” (HR. Muslim)
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
1 day ago
0 Comments:
Post a Comment