FINAL EXAM FEVER


Assalamualaikum W.B.R


Asiff jiddan..ampun maaf sory..sebab dah lama tak update blog ni..Allah masih tidak mengizinkan saya untuk menulis sumthing laie..actually banyak perkara nak di share...tapi disebabkan kesuntukan masa, berulang dari KL-Kuantan almost every week, dan ditambah lagi dengan problem broadband di rumah..dan serangan resdung yang membawa kepada selsema teruk dan demam..memang menyukarkan saya nak update..memang ujian waktu nak concenterate untuk study dalam masa study week ni..


Ni pun Alhamdulillah..sempat pegi CC jap..sambil excot umi yang juga terdesak nak menghantar email...


so, apa-apa pendapat dan cerita yang ingin saya kongsikan nanti..bolehlah tunggu after exam ye..lagipun..time2 nak exam ni...rasanya jarang orang bukak blog..hehe..kecuali mereka yang memang kaki explore alam maya ni..macam penulis blog falsafah kombat juga..


**doakan kesihatan dan kejayaan saya dalam final exam ni ye...


terima kasih banyak2 kepada semua pelawat blog saya..


seeru 'ala barokatillah...

Wednesday, October 29, 2008

My home is in my head


17 syawal tiba. Hari ni ada jamuan sambutan aidilfitri ASMUM (Angkatan Sains Mahasiswa/i Universiti Malaya) pada jam 3 petang. Di harap semua pelajar fakulti sains dapat memeriahkan majlis tersebut.


Iklan atas tu selingan je. Hari ni saya nak cari sape-sape yang dah menulis ulasan tentang kuliah motivasi yang diberikan oleh saudara Amin Idris semalam di Balai Ilmu Akademi Islam. Ini kali kedua program motivasi daripada motivator hebat yang tidak dapat saya hadiri. Dua sebab yang sama, latihan untuk persembahan pesta kokurikulum pada 23 Oktober nanti. Sabar ajelah.


Saya amat mengalu-alukan sesiapa yang dapat dengar pengisian semalam,dapat lah kiranya berkongsi sedikit sebanyak input yang diberikan oleh Saudara Amin Idris.


Semasa pulang dari rumah kawan saya di Pantai Permai pagi tadi, saya melihat satu ayat pada baju seorang penunggang motosikal yang berbunyi ”my home is in my head”. Ia ditulis berdasarkan kata-kata, Bob Marley..hmm.. Apa pendapat kalian?apa yang kalian fikirkan apabila membaca ayat tersebut?


Saya melihat ia sebagai satu ransangan motivasi yang membina pemikiran menghasilkan kebebesan berfikir.


Bayangkan, jika seseorang itu merantau jauh dari kampung halamannya, melanjutkan pelajaran contohnya. Namun, jika dia dapat berfikir seperti ayat di atas, dia akan merasa satu kepuasan dan tiada lagi yang dikatakan ‘home sick’. Semua terletak dalam kotak pemikiran kita yang boleh kita kawal mengikut kemahuan kita berlandaskan panduan yang benar.


Oleh itu, suka saya mengajak rakan-rakan pembaca sekalian untuk sentiasa berfikiran positif dan sentiasa senyum. Lagi-lagi bila masa akhir-akhir sem ni. Banyaklah testnya, assigment nak kena hantarnya, presentationnya dan macam-macam lagi. Kalau kita sentiasa berfikiran positif, dan sentiasa berdoa, InsyaAllah, semua perkara akan Allah permudahkan.


Selamat memanfaatkan hari minggu anda. seeru ‘ala barakatillah..:)


Friday, October 17, 2008

Kemeriahan Syawal vs Persediaan peperiksaan


14 Syawal menjelma. Namun, kemeriahannya seakan hambar di kalangan mahasiswa Universiti Malaya, melakukan persediaan peperiksaan akhir saya kira lebih utama bagi kebanyakan mereka. Namun, sesetengah kolej dan persatuan tetap membuat jamuan hari raya aidilfitri.


Menghitung hari untuk melangkah pada hari pertama peperiksaan memang mendebarkan, dengan kurangnya persediaan, pelbagai tugasan akhir dan test untuk kesemua subjek yang diambil menambahkan lagi keresahan. Apapun, sebagai hamba Allah, kita perlu sabar dan dalam masa yang sama tidak mensampingkan pengabdian kepadaNya.


Antara tips yang boleh saya kongsi untuk peringatan bersama untuk persediaan peperiksaan ialah; melakukan ulang kaji awal untuk setiap subjek dan elakkan buat kerja last minute. ; melakukan soalan-soalan peperiksaan lepas, boleh dapatkan di perpustakaan utama aras 2 (bagi mereka yang tak tahu, yang dah tahu, xpelah..huhu..); membuat diskusi bersama rakan-rakan sekelas. Sebab bila kita buat diskusi, boleh menjimatkan masa dan menambah pengetahuan bersama.


Itu antara tips usaha intelektual yg boleh kita praktikkan bersama-sama. Antara tips untuk menstabilkan emosi menjelang peperiksaan ini ialah, sentiasa senyum. Serikanlah wajah kita dengan senyuman, selain ia merupakan sedekah bagi mereka yang Muslim, ia juga akan dapat menenangkan hati kita dan mereka yang menerima senyuman kita. Selain itu, bersedekah juga adalah digalakkan untuk membersihkan harta kita. Sebab, Allah bertambah sayang kepada Muslim yang banyak melakukan amalan kebajikan yang berterusan.


Again, saya teringat moto popular sinonim dengan Ustaz Hasrizal, erti hidup pada memberi…sememangnya fitrah manusia itu, suka dan senang hati untuk memberi. Selepas memberi dengan seikhlas mungkin, kita akan merasakan satu kesenangan pada hati, itulah fitrah manusia. Erm..semoga memberi manfaat untuk semua.


Berbalik kepada sambutan aidilFitri yang kadangkala menjadi penyebab tersangkutnya untuk menyempurnakan ibadah puasa Enam di bulan Syawal. Sebagai salah seorang majlis tertinggi dan AJK Majlis Aidil Fitri 2008 untuk Kelab Pengajian Sains & Teknologi, suka saya menjemput semua pelajar Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi untuk memeriahkannya. Diadakan di Bilik Seminar Jabatan pada 17 Oktober 2008.



Hmm..sambutan Aidil Fitri PMIUM punya bila agaknya ya?..sama-sama kita nantikan pengumumannya. Kalau ada, Alhamdulillah, kalau tak de pun, Alhamdulillah, boleh habiskan puasa enam…J


Semoga kita semua bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan yang bakal menjelang tiba dengan persediaan Emosi, Spiritual dan intelektual pastinya.


Monday, October 13, 2008

Kuliyah Ilmu Ustaz Hasrizal

Saya menanti-nanti siapakah yang akan mengulas dan membuat kesimpulan tentang kuliah ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal malam tadi. Rugi juga rasanya. Saya sampai je semalam, ustaz dah turun pentas. Hanya dapat ikut slide show presentation aje..huhu..sabar jelah. Sebelum tu saya terpaksa menghadiri kelas kokurikulum, walaupun dah usaha mintak balik awal, tapi, tak dapat lampu hijau jugak.


Terima kasih kepada sahabat saya...Syahidah. Berikut adalah antara intipati yang beliau dapat daripada kuliah tersebut. Semoga bermanfaat untuk semua...


Kupasan dan perbincangan daripada Ustaz Hasrizal pada Kuliyyah Ilmu yang baru sahaja berakhir malam tadi memberikan kesimpulan yang cukup bernas tentang tajuk di atas; Antara dua CINTA. CINTA manusia dan CINTA Ilahi.


Gelaran yang diberi kepada ustaz sebagai Ustaz Cinta oleh sesetengah pihak dan disebut oleh pengerusi majlis telah di‘tegur’ oleh Ustaz kerana bagi beliau semenjak terbitnya buku Aku Terima Nikahnya, bermacam email yang pelik minta beliau menjawab dan menyelesaikan permasalahan cinta. Beliau menyatakan bahawa tujuannya menerbitkan buku tersebut adalah untuk menyediakan satu platform bagaimana soal CINTA yang disusuli tanggungjawab dalam sebuah rumahtangga. Soal cara berkomunikasi antara suami dan isteri.


Sebelum ustaz membincangkan dengan lebih lanjut tentang persoalan cinta, beliau terlebih dahulu meletakkan asas CINTA itu sebagai mukadimah.


Apa yang menarik perhatian sayaa dengan kuasa CINTA seperti yang diterangkan oleh ustaz ketika mana kaum Ansar telah menolong kaum Muhajirin sehingga kaum lelaki Ansar sanggup menceraikan isteri mereka untuk dinikahkan kepada kaum Muhajirin. Ustaz menekankan tentang CINTA sesama mukmin dimana kisah ini telah dirakamkan di dalam ayat al-Quran. Jika kita CINTA ilahi ikutlah syariat ALLAH dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. Dan CINTA Nabi Muhammad s.a.w terhadap umatnya sangat tinggi sehingga Nabi teramat rindu ingin bertemu orang-orang mukmin yang akan datang iaitulah kita ni lah. Dimana kisah ini dipaparkan di dalam hadis.[ tak sempat nak salin perawi hadis dan ayat lengkap hadis ini.Maaf..]

CINTA vs Perhatian


Persoalan yang cuba ustaz bangkitkan adalah adakah kita bercinta kerana inginkan CINTA atau inginkan perhatian terutama para remaja dan juga pangkat mahasiswa/i juga. Ini kerana berlaku kes-kes yang kekurangan kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa menyebabkan mereka ini mencari alternatif lain untuk mendapatkan kasih sayang. Tapi kalau dah dapat perhatian dan kasih sayang secukupnya dari ibu bapa, masih lagi gatal nak bercinta, itu jawab sendiri la, tepuk dada tanya IMAN.


CINTA vs Tanggungjawab.

Jika seseorang lelaki itu mencintai seseorang wanita, ISLAM menuntut supaya disertakan tanggungjawab di dalamnya. Jika betul, datang berjumpa dengan pihak keluarga dan terus masuk meminang. Ini kerana ustaz menekankan tentang tanggungjawab selepas berkahwin bukanlah semudah dan se ‘sweet’ yang disangkakan. Beliau mengatakankan bahawa tanggungjawab tanpa CINTA pun tidak boleh dalam berumahtangga dan CINTA tanpa tanggungjawab lagilah tak boleh.


CINTA vs Nafsu

Ustaz sangat tidak setuju apabila seseorang menggunakan platform perkahwinan untuk mengelakkan berlakunya zina dan menahan nafsu seseorang itu. Bagaimana seseorang itu hendak menahan nafsu dan menangani cabaran dan godaan jika sebelum kahwin pun , dia tak dapat mengawalnya. Belajarlah mengawal nafsu dan jangan lupa pohon pada ALLAH swt Ya Muhaimin yang Maha Memelihara. Mohon padaNya supaya kita dipelihara Hati dan Nafsu kita supaya tidak terdorong berbuat maksiat.


Sebagai kesimpulan, ustaz menekankan sekali lagi supaya jika benar-benar mahu berCINTA, hendaklah CINTA itu disertai tanggungjawab, mengikut Syariatullah serta Sunnatullah, memberi dan menerima seadanya dan hendaklah membuat persiapan sebelum menempuh alam perkahwinan. Jika mahu CINTA Ilahi mestilah mengikut perintahNya serta ikuti Sunnah Rasullullah s.a.w..


Akhirnya, TAHNIAH diucapkan kepada ahli jawatankuasa sekaligus penggerak Kuliyyah Ilmu yang dianjurkan PMIUM kerana telah berjaya mengadakannya . Thumbs Up for All of You Guys.


Kenangan manisnya kerana telah bertembung dengan Ustaz Hasrizal sebelum masuk Auditorium Fakulti Pendidikan. Bukan selalu jumpa kan, sekali jumpa dengan idola, seronok rasanya. Seronok kerana dapat rasa ilmunya [ilmu yang diberi oleh Ya Was’i dan Ya Hakim], rasa sifat positif dan input dan output yang berpijak pada realitinya daripada artikel-artikel beliau menyebabkan kita rasa bersemangat. Semoga ustaz terus dilimpahi RahmatNya dengan sifat Allah Ar-Rahman dan Ar-RahimNya.


Friday, October 10, 2008

Hari Keusahawanan UM: sekalung tahniah


“Kerepek! Kerepek!..ha, satu singgit je kak..singgah kak..beli kak, jangan tak beli…” jerit seorang pelajar apabila saya melalui gerainya. Namun, saya menolak dengan tersenyum dan menggelengkan kepala.

 

“haa..kak, singgah kak. Mari beli air kami. Tu akak dah beli makanan, belilah air pulak” kata seorang pelajar lelaki apabila melihat saya melalui gerainya yang menjual air sejuk pelbagai perasa. Sekali lagi saya menolak kata dah ada bawak air sendiri..hehe..

 

“ mai..mai..mai..jeruk penang sejuk..sebungkus RM 2.50..mai kak mai..rugi kak kalau tak beli..hari ini sehari je..mai..mai..mai” terdengar suara seorang mahasiswa untuk menarik pelanggan ketika saya berhenti untuk membeli sandwich di gerai sebelahnya. Saya dan sahabat saya hanya mampu tersenyum melihat pelbagai keletah mereka yang menjual.

 

Beginilah suasana yang hingar-bingar di perkarangan Kompleks Perdana Siswa semalam. 9 Oktober 2008 adalah hari keusahawanan di Universiti Malaya. Hari ini khas untuk mereka yang berada di tahun satu, yang mengambil kursus wajib, Keusahawanan. Program baru ini baru lagi diperkenalkan sejak dua tahun lepas. Waktu saya 1st year, xde lagi. So, tak merasa lah macam mana berniaga dengan rakan-rakan sekelas.

 

Hari keusahawanan ini adalah salah satu projek wajib yang perlu dilaksanakan untuk subjek tersebut. Disinilah mereka akan mempraktikkan apa yang dipelajari di dalam kelas.

 

Kebanyakan mereka menjual makanan ringan seperti buah potong, kek, sandwich, kacang, aiskrim, ice blended, air, keropok, terdapat juga pemeriksaan kesihatan dan macam-macam lagilah. Semuanya nampak menarik. Sempat saya membeli sebungkus cheese wedges di salah sebuah gerai dan sandwich sardin. Manakala sahabat saya membeli ice blended choclate dan nugget ayam

 

Rasa terhibur melihat pelbagai gelagat mereka untuk menarik pelanggan singgah membeli barang dagangan mereka. Melihatkan kesungguhan mereka ini, saya kagum. Betapa Allah berhak melakukan sesuatu. Nak tak nak mereka kena usahakan juga nak buat something untuk hari keusahawanan ini.

 

Banyak perkara best masa buat ni..masa inilah kita boleh dapat kawan baru, dapat kenal kawan kita dengan lebih rapat dan paling best, dapat merasai melaksanakan sunnah Rasulullah S.A.W., iaitu berniaga. Maka, beruntunglah mereka yang mempunyai pengalaman ini seawal tahun pertama di Universiti Malaya. InsyaAllah ia akan mencetuskan pelbagai kenangan dan memberi seribu satu pengalaman berharga yang tidak dapat di dalam dewan kuliah.

 

TAHNIAH saya ucapkan kepada mereka yang telah berjaya menjayakan hari keusahawanan Universiti Malaya. Semoga segala usaha kalian di redhai dan diberkati Allah.

Jom raih kasih sayang Allah...

Saya adalah antara pengunjung harian blog Ustaz Hasrizal - Saifulislam.com.

Tertarik dengan artikelnya yang bertajuk Petanda Sayang di Bulan Syawal, saya sisipkan di bawah untuk 

tatapan bersama. Apa yang menariknya ialah tentang analogi yang ustaz gunakan, sangat memberi kesan

dalam hati saya. Terima kasih ustaz. Semog Allah terus menyalurkan sifat Al-HAKIM Nya kepada ustaz.

Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat menunaikan Ibadah sunat di bulan yang mulia ini.

“Bedah, abah dengan emak nak ke surau. Kalau hujan nanti, angkat jemuran ni ya. Jangan lupa!”, jerit Haji Ahmad dari kereta.

Bedah mengangguk-angguk sambik tersenyum mengunci pagar.

Selesai sahaja kuliah zohor dan solat berjemaah, Haji Ahmad dan isteri balik ke rumah semula.

“Hai, janganlah Bedah lupa pula ya. Lebat betul hujan tadi. Sampai nak dengar ceramah pun susah”, kata Hajah Asma kepada suaminya. Haji Ahmad mengangguk setuju.

Setibanya mereka di rumah, perasaan lega timbul melihat kain di ampaian sudah diangkat. Memang boleh diharap Bedah anak mereka ini.

Masuk sahaja ke rumah, perasaan lega bertukar gembira. Bersyukur lagi terharu.

Bedah bukan sahaja sudah mengangkat kain dari ampaian, malah sudah siap bergosok, berlipat dan tersimpan di dalam almari!

Sayangkah Haji Ahmad dan Hajah Asma kepada anak seperti Bedah? Suruh angkat sahaja, nak biar atas sofa pun tak apa. Tetapi anak dara yang seorang ni buat lebih dari yang disuruh.

Tentulah sayang!

Yang sunat-sunat tu, tanda sayang!

Inilah jemputan saya kepada pembaca Saifulislam.Com sekalian agar kita sama-sama sempurnakan Puasa 6 Syawwal. Allah wajibkan yang Ramadhan sahaja. Tetapi tambah-tambahlah sedikit sebagai tanda suka dan sayang kepada-Nya dalam beribadah. Puasa 6 hari di bulan Syawwal ini adalah seumpama solat sunat Rawatib yang mengiringi solat Fardhu.

Sesungguhnya…

Puasa Ramadhan tempoh hari tanda taat dan patuh kepada-Nya.

Biarlah Puasa 6 Syawwal ini tanda sayang dan cinta kepada-Nya.


Dari Abi Ayub Al-Anshari, : Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Barangsiapa puasa Ramadhan kemudian diikutinya dengan puasa 6 hari di bulan Syawwal, adalah ganjarannya seperti puasa setahun” 
(HR. Muslim)

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Tuesday, October 7, 2008

Syawal kembali…Ramadhan dirindui

Alhamdulillah..Segala puji dan syukur kehadrat Ilahi kerana banyaknya nikmat yang telah dikurniakan kepada kita ketika syawal disambut beberapa hari yang lalu. Ketibaan Syawal baru ini adalah satu kurniaan Allah yang besar yang tidak ternilai oleh wang ringgit. Peluang sebeginilah yang diambil untuk kita saling berziarah antara saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga.

 

Namun, dalam kemeriahan Syawal yang disambut, jangan kita lupa tentang hakikat Syawal itu sendiri. Ramai di kalangan kita yang gembira dengan kehadiran Syawal, namun, tidak memahami apa makna disebalik sambutan Syawal itu sendiri. Fitrah manusia yang sukakan kebaikan, berkasih sayang, hormat menghormati serta bermaaf-maafan, itu lah yang perlu dizakatkan. Bukan sahaja setakat bergembira dengan pakaian baru, dan makanan yang sedap, tetapi, merasai juga penderitaan mereka yang miskin dan kurang berupaya.

 

Melihat mereka yang kurang berupaya untuk meraikan aidilfitri dengan penuh kekurangan, cukup membuatkan hati kita insaf dan mensyukuri apa yang kita dapat. Jika hanya sekadar sedikit nikmat yang ditarik Allah, kita dah nak mengeluh, masakan kita akan dapat menempuh ujian yang lebih hebat kelak? Bagi mereka yang beriman, ujian itu adalah satu nikmat. Kerana ujian, tanda Allah pandang kita, kerana ujian, Allah lebih sayangkan kita kerana ujian juga, Allah tempatkan kita bersama para mukmin yang tinggi darjatnya disisi Allah.

 

Kadang-kadang rasa macam rugi sangat sebab tidak memanfaatkan sepenuhnya Ramadhan tempoh hari. Sama-samalah kita berdoa semoga dipanjangkan umur untuk dapat berjumpa dengan Ramadhan akan datang. Semoga Ramadhan yang lalu mengajar kita lebih erti kehidupan di dunia. Kehidupan ‘memberi lebih baik daripada menerima’. Kehidupan yang bersifat sederhana dan tidak berlebih-lebihan, kehidupan yang disinari dengan nur tarbiyah daripada Al-Quran, kehidupan bersama tuntutan Allah S.W.T.

 

Semoga Ramadhan ini, menjadi noktah bidayah (titik mula), untuk kita maju lebih setapak kehadapan dalam pelbagai aspek kehidupan dalam menyempurnakan tugas kita sebagai khalifah Allah dalam masa yang sama, cuba untuk hidup dalam jiwa hamba.

Sunday, October 5, 2008