Jangan lupa...


Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah..hari ni saya dapat berjumpa orang-orang yang dah lama saya tak jumpa. Sebab saya pergi memenuhi 3 jemputan majlis aidilfitri. Pertama, di Gombak. Rumah Terbuka PAS Pusat. Saya tiba di sana sekitar jam 11 pagi. Pelbagai menu yang dihidangkan dan memang sungguh meriah dan ramai yang hadir. Alhamdulillah.

Seterusnya saya ke Bandar Manjalara, Kepong. Memenuhi jemputan artis Rabbani ke Majlis AidilFitri mereka yang diadakan di Dewan Masjid Imam Al-Ghazali. Mereka mengambil kesempatan ini untuk memberi hadiah berupa duit raya kepada anak-anak yatim di Sungai Buloh. Menu yang menarik juga dihidangkan antaranya meehoon sup, nasi minyak, satay dan banyak lagi.
Alhamdulillah setelah sekian lama tidak bertemu, akhirnya dapat juga beramah mesra.

Dan jemputan akhir untuk hari ini adalah PSSCH di Akedeminya di Dato' Keramat. Alhamdulillah dapat jumpa kenalan lama. Pelbagai menu sedap dan lazat dihidangkan. Akhirnya selepas asar, sekitar jam 4.30 petang, kami(saya dan sahabat) bertolak pulang ke rumah kami.

Kesimpulannya, di KL memang Syawalnya 1 bulan..hehe..Namun, dalam masa kita memenuhi jemputan ni, jangan lupakan mereka yang hidup susah yang diuji Allah. Satu masa nanti mungkin kita yang akan diuji dengan pelbagai ujian daripada Allah.

Bersederhana dalam semua perkara termasuk makan. hehe..Malaysia memanglah sebuah negara yang penuh dengan sajian makanan yang menarik, kata orang SYURGA MAKANAN. Muslim yang baik akan berfikir untuk kemaslahatan akan datang. So, makan-makan juga, kesihatan tetap kena jaga. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan..hehe..
Semoga Allah merahmati setiap gerak langkah kita.

Sunday, October 3, 2010

3 Comments:

حزيفه اليمان said...

Assalamualaikum. Cik Fiey, maaf yek x dpt hadir Open House boss.. Skrg ni selalu sangat travel KKB-KL-Melaka. Semoga perjalanan kita meniti dunia diberkati & dipermudahkan selalu insyaAllah..

Sufi Intelek said...

Its ok Mr. Huzaifah..hehe..Nampaknya semester ni memang bz tahap cipan ye..semoga FYP berjalan dengan lancar. Saya doakan anda berjaya:)..

حزيفه اليمان said...

Terima kasih! Sama-samalah kita berdoa agar sentiasa istiqamah di jalanNya ~