kenapa bawak laju?

Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menulis dan berkongsi dengan rakan-rakan semua. Kadang-kadang saya macam blurr..tak tahu nak share ape sebab terlalu banyak perkara nak cerita. Tapi, tak pelah.. Saya adalah rider. ramai juga kawan-kawan yang rider kan?hehe...

Saya punye alat penunggang bukan kuda..tapi dia ada kuasa kuda...iaitu LC135...kawan-kawan dan sedare-sedare selalu tegur saya, jangan bawak motor laju-laju, biar lambat asal selamat. Saya malas menjawab panjang, hanya mengiakan sahaja. Kadang-kadang bukan saya sengaja tak nak bawak perlahan, tapi, faktor -faktor dibawah adalah pendesak untuk saya membawa motor tidak seperti perempuan lain bawak motor...huhu...

1) Orang di depan saya sama ada dia naik motor atau kereta, dia merokok dan asap rokok itu, pastilah akan terkena saya. So, nak tak nak...saya kena potong dia dan kena lah laju...

2) kenderaan di depan terlalu banyak mengeluarkan asap yang mengandungi karbon monoksida yang akhirnya akan bersaing dengan hemoglobin untuk bergabung dengan oksigen, hasilnya darah merah kita kurang oksigen untuk dipam keseluruh badan dan ini...akan membuatkan kita lebih penat dan tidak bermaya.

3) Kejar masa...yang ni, by hook or by crook..memang le kena speed...huhu..


4) Kenderaan didepan terlalu perlahan..so, saya kenalah potong, nak potong kena laju dan faktor di bawah juga berkaitan.

5) Motor saya memang laju...LC 1st edition yang dikekalkan sifat asalnya, tak pernah modify, so, memanglah kelajuannya itu dipelihara. Kalau korang ada motor laju, takkan nak bawak slow kot...hehe...

So, 5 faktor di atas, saya rasakan sudah cukup kuat dan releven untuk menjawab segala persoalan yang dilemparkan kepada saya berkenaan ini. Harap kalian semua maklum.

Orang kata kalau bawak motor tak sah kalau tak eksiden kan?? Saya pun pernah terlibat dalam beberapa siri eksiden yang memang unexpected. Yela...orang kata malang tak berbau, tapi tak bermakna kita dapat malang. Itu adalah hadiah Allah kepada kita dalam satu-satu masa.

Dan, suprizingly..waktu saya eksiden tu, kelajuan meter pada motor saya hanyalah 30 km/j sahaja. See? nak katanya bahawa tak semestinya bawakslow itu tak kena bahaya..hehe..
Apapun, semuanya terletak pada takdir Allah dan kebijaksanaan kita menangani masalah.



Monday, June 21, 2010

1 Comment:

DaruL said...

salam kak fiey..

lc mmg lah power..press skit dah laju mecut..

btw, slam ukhuwwah..ana hudaidris.. org yg dikatakan bermuka mirip macam akak..

T.T aihh.. :)