Hari Raya Vs Assignment




Kembali ke topik hangat kini, bagi saya hangat sebab semua orang dah semangat nak menyambut hari raya. Dengan shopping sana-sini, berdering lagu raya di telefon bimbit, iklan-iklan di radio dan televisyen yang menaikkan suasana hari raya, dan topik di kelas pun, kadang-kadang mengaitkan dengan raya.



pengalaman-pengalaman saya sebelum ini, adalah puasa seringkali jatuh pada waktu peperiksaan. SPM pada bulan puasa, Final exam akhir sem 1 biasanya juga pada bulan puasa, dan pada masa tu, kelas dah tak de, assignment dan laporan pun dah hantar semua. Jadi relax la sikit, boleh fokus pada study. Namun, kini lain pula situasinya. Ramadhan kunjung tiba saat kita berada ditengah-tengah semester. Waktu yang penuh dengan assignment, report, tesis, tutorial, esei, presentation dan yang paling penting sekali, test, yang berbentuk carry mark yang menuntut untuk diberi perhatian.



Kadang-kadang saya terfikir, ujian betul Allah bagi Ramadhan kali ni pada waktu ditengah-tengah kesibukan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Apapun, kita kena hadapinya dengan sabar dan redha. Perlu seimbangkan masa antara waktu belajar dan waktu untuk menghidupkan Ramadhan. Kalau tak, memang tak terasa Ramadhan. Buku lebih banyak dibaca berbanding Al-Quran.



Sekarang dah masuk hari-hari kritikal. Hari 10 terakhir Ramadhan. Yang mana salah satu malamnya terdapat satu malam yang sangat afdhal dan barakah, itulah malam Lailatul Qadr. Malam yang Allah melimpahkan seluruh rahmat kepada hamba-hambanya yang meminta dan memohon kepadanya. Juga kritikal kerana hanya tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. MasyaAllah, terasa sungguh sekejap, baru lagi rasanya hari tu, kita solat sunat tarawikh pada malam pertama Ramadhan.



Inilah yang patut menjadi kebimbangan kita sekarang. sejauh manakah kita telah memanfaatkan Ramadhan, bagaimanakah kita menggunakan Ramadhan dan sudah cukupkah amalan kita sepanjang Ramadhan ini?sudah terampunkan dosa-dosa kita yang lampau..? Ini semua kita perlu muhasaba diri kita kembali. Masih sempat untuk kita mengadu dan bermanja dengan Allah, agar dilimpahi rahmat dan berkat dalam hidup untuk setahun yang akan datang, sementara menunggu Ramadhan yang entah akan kita dapat kecapi lagi atau tidak.

Monday, September 22, 2008

4 Comments:

Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen said...

Salam Fiey,

Dugaan di bulan Ramadhan itu satu ujian dari Allah. Semasa saya di UK dulu, peperiksaan jatuh di akhir Ramadhan termasuklah hari-hari pertama Syawal. Kami pergi ke masjid untuk solat Aidilfitri (lengkap berbaju melayu) sebelum bergegas ke dewan periksa untuk menjawab soalan periksa. Jawab soalan pun pakai baju melayu.

Apapun, menuntut ilmu itu juga satu perkara yang bermanfaat untuk dilakukan di dalam bulan Ramadhan. Sefaham saya, segala perkara yang menjadi tuntutan Islam (termasuk menuntut ilmu) jika dilakukan di dalam bulan Ramadhan, akan diberikan ganjaran yang sewajarnya oleh Allah. Jika setiap langkah kita ke kelas untuk belajar dapat memadam satu dosa dan menambah satu pahala, bayangkan ganjarannya di dalam bulan Ramadhan.

Dan di sebelah malamnya pula, di samping terawih, witir, tadarus dan lain-lain ibadah sunat, seorang pelajar akan menambah satu lagi agenda pengisian di malam hari iaitu belajar. Tidakkah ini suatu perkara yang juga menghidupkan malam Ramadhan?

Itu sekadar pandangan peribadi. Wallahu'alam.

Sufi Intelek said...

salam Kelana,
ya, pandangan dan saya kira satu perkongsian yang bernas. terima kasih kerana membuka minda para pembaca...=)..

flying jeddi said...

Salam,

betul tu fie, hingga kita kadang2 lost ....

ya allah, rasanya macam tak nak tinggalkan ramadhan yang penuh dengan rahmat,ujian,hidayah dan peringtan ini..

Nak katanya ramadhan kali ini memang berbeza...

Sufi Intelek said...

Salam Syahid,
betul3..ujian di bulan Ramadhan rasanya lain daripada bulan2 lain..hehe..anyway, lepas ni boleh la buat lagi satu posting tentang pengalaman di Ramadhan yang kata 'memang berbeza' tue..hehe..
idea ilham daripada Allah..kalau tak dikeluarkan, nanti tersekat, diri sendiri yang merana..hehe..