Allah As-Somad


Assalamualaikum wbr

Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas nikmatNya yang tidak mampu dihitung oleh kita. Andai kata mahu dibalas balik segala nikmat Allah ini dengan sujud kita padaNya, nescaya sesaat pun jua kita tidak mampu mengangkat kepala kita dek kerana terlalu LUAS kurniaanNya buat hamba-hambaNya.

Suka saya berkongsi sedikit bersama rakan2 semua tentang Allah As-Somad. Allah lah tempat bergantung sepenuhnya untuk semua perkara. Walaupun sekecil2 perkara, jika Allah tidak mengizinkannya berlaku, maka ia tidak akan berlaku.

Lihatlah setiap perkara di sekeliling kita. Hanya Allah lah yang menentukan segalanya. Setiap masalah dan penyelesaian itu juga datang daripadaNya. Di datangkan setiap itu berpasang-pasangan...susah-senang, siang-malam, sakit-sembuh, cantik-hodoh, kuat-lemah, lurus-bengkok, panas-sejuk, gelap-cerah...dan banyak lagi. Dari sini sahaja kita telah dapat lihat bahawa Allah itu Maha Berkuasa.

Jadi, sedarlah kita semua rakan2, bahawa kita hanyalah hamba yang lemah, yang tidak mampu melakukan apa-apa melainkan dengan kudrat yang Allah pinjamkan kepada kita. Walau bagaimanapun keadaan kita, Allah itulah segalanya. Allah lah tempat pergantungan kita yang sebenarnya. Mari kejar cinta Allah!

Monday, December 19, 2011

0 Comments: