I LOVE MY FRIEND!


Assalamualaikum wbr

Dah lama juga ye saya x update blog..anyway, semoga Allah sentiasa rahmati kita semua. Walaupun sibuk dan banyak kerja, kita mesti sentiasa menikmati hidup ini dengan lapang dada dan menerima setiap apa yang Allah berikan kepada kita.

Erm..nak share ape ye? erm..pengalaman saya di Haramain? tak sesuai kot sekarang, nanti2lah..itu nak citer mau nye 3,4 page.huhu..nanti korang plak termuntah2 nak baca.hehe..

haa..tadi sempatlah layan naruto shipudden jap. Perkara yang paling menyentuh hati saya ialah, nilai PERSAHABATAN mereka. Masa episod yang saya dan tengok kejap tu, Sakura tengah dalam keadaan genting, dia kena ikat dan kena sembur asap beracun oleh musuh dia, ape nama ntah. Pastu, dia memang kena tahan nafas, sampai satu tahap tu, dia dah lemah. Pastu, tetiba, dia teringat satu kenangan dia yang dia pernah cakap pada Naruto, masa tu Naruto kat hospital kena tahan sebab cedera parah. Dia cakap kat Naruto bahawa dia tak akan kalah dan meninggalkan Naruto dalam mana-mana perlawanan. Dia teringat bahawa dia kena melindungi sahabat2 dia, iaitu Naruto dan Sasuke.

So, dari situ dia dapat kekuatan (hakikatnya Allah Al-Qawiy yang bagi..hehe..) utk lepaskan diri. Dia buat 1 letupan yang boleh membebaskan dia dari ikatan tu dan berjaya kembali ke tempat yang selamat.

Nak katanya kat sini, betapa akrabnya mereka sehinggakan mereka sentiasa rasa nak protect each other and must stay alive for their friends.Huh..mahal tu..itulah yang paling manis dalam persahabatan.

Ok dah..kepada semua sahabat2 saya. Saya sangat menghargai korang dan sayang korang. Erm..saya bukan orang yg mudah tunjuk2, so, saya tak tunjuk la perasaan yang ada dalam hati ni. (tapi kadang2 tertunjuk juge..huhu..)Hanya ALLAH yang tahu. Sebab saya rasa itulah perangai anak sulung kot..huhu..Entah. Tapi nak express my feeling memang agak susah.Nak2 bab2 macam ni...

Indahnya hidup ini dikelilingi oleh sahabat2 yang baik dan bez..Syukran Allah..I love them juz becoz of You oh Allah...

English hancur..haha..

Next Entry would be my experienced @ Haramain...hehe...InsyaAllah...:)..

Satu lagu bez nak share dengan u all..Badar 3I3 by Mestica..


Tuesday, May 17, 2011

Muhasabah sosial



8 Pergaulan yang perlu kita amati dalam hidup kita

Abu khotib menyatakan,bahwa barangsiapa bergaul dengan 8 golongan,maka Allah akan menambah kepadanya 8 hal:

a. Barangsiapa bergaul dengan orang-orang kaya,maka Allah akan menambah rasa cintanya kepada dunia.

b. barangsiapa bergaul dengan orang-orang fakir,maka ia akan memperoleh rasa syukur dan merasa senang terhadap rezeki dari Allah.

c. barangsiapa bergaul dengan raja,maka ia akan bertambah keras hatinya dan takabur.

d. Barangsiapa bergaul dengan perempuan,maka Allah akan menambah kebodohan dan birahinya.

e. barangsiapa bergaul dengan anak-anak,maka ia makin suka main-main.

f. Barangsiapa bergaul dengan orang-orang fasik,maka bertambahlah kecenderunganya untuk melakukan dosa dan melalaikan tobat.

g. barangsiapa bergaul dengan orang-orang soleh,maka bertambahlah rasa cintanya dalam taat kepada Allah.

h. Barangsiapa bergaul dengan ulama,maka bertambah ilmu dan amalnya.

Monday, May 9, 2011