GET CONNECTED!

Assalamualaikum wbr...

Fuuhhh..lama dah x update Blog.MasyaAllah..agak sibuk kebelakangan ini. (walhal bz sokmo..huhu)..Tapi pekerjaan paling sibuk, tau ape?Jadi Nabi..so, kalau bukan tahap makam nabi tu...tak cukup sibuk lagi la tue..huhu..

Erm..revolusi telah berlaku.. Nama blog saya dah tukar. Disebabkan saya rasa saya bukan lagi dibidang falsafah seperti mana masa saya undergrade dulu..hehe..So, dengan ilham daripada Allah, Masa driving semalam..dengarlah walkman sebab my co-pilot ada kerja yang menyebabkan dia tak blh nak borak.hehe.. So, tetiba, giliran lagu ni berkumandang kat walkman tu..tiba2 Allah bagi ilham untuk betul2 menghayati lagu ni...nak menitik gak r airmata..then, terus rasa macam nak share dengan everybody. But, my sharing bukan di lisan, tapi di alam maya..hehe..

Walaupun lirik dia memang lah semuanya metafora saya rasa..tapi bukan kita x bleh nak paham kan..korang sume ambik KOMSAS masa SPM an?mesti paham punyela...Tentang Cinta Allah..dan ketahuilah..selagi tidak meraih cinta Allah, jangan mimpi nak dapat cinta manusia. Betapa hina nya diri kita ni nak mengenepikan Allah dan meng 'awla' kan manusia..Sungguh, Semakin hari umur kita semakin singkat, lalu masih lagi kita mencari cinta manusia..

Kalau kita ambil masa 5minit utk merenung skejap, segala nikmat yang Allah bagi kita, nescaya hati kita akan menangis, sebab dah lama kita tidak memberikan hak hati ini. Hak hati adalah untuk memuja dan memuji Allah..sebab itu hati kita akan menjadi tenang bila sentiasa mengingati Allah..

Anyway, korang dengar jelah lagu ni..ni bukan favorite song saya, tapi liriknya agak menyentuh hati gak r..hehe..silalah dengar dan terus get connected to Allah..:)







DESTINASI CINTA
by MESTICA

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...

Saturday, April 23, 2011

Semakin hari semakin hampir





Alhamdulillah, genap sudah umur saya 24 tahun. Anugerah Allah tidak pernah berhenti setakat ini. Dengan ilham daripada Allah, Majikan saya telah mengusahakan satu majlis doa selamat untuk para pelajar dan pekerja yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka.

Adam Sobri, (pelajar SMTT3i)4 April dan saya 5 April, majlis telah diadakan pada 5 april jam 10.30mlm. Doa selamat telah dibacakan oleh Ustaz Fairuz yang merupakan guru agama di SMTT3i, tempat saya berkhidmat.

Sungguh rasanya tidak mampu untuk meminta lagi daripada Allah kerana kurniaNya terlalu banyak tidak terhitung. Rasa sebak juga bila Ustaz Fairuz bacakan doa dan ucapan ringkas daripada Boss saya. Tahun lepas sempat saya menyambut ulangtahun kelahiran di depan Baitullah, kali ini saya tidak sempat kerana pulang awal ke Malaysia.

Setiap tahun saya merasakan pelbagai perasaan dan mendapat situasi yang berbeza ketika ulangtahun kelahiran saya. Ketika di Tahun 1 UM, bersama rakan2 sebilik, tahun 2 UM, atas sampan di Kg.Kuantan ketika melawat Kelip2 di Kuala Selangor bersama rakan2 satu subjek utk subjek Alam Sekitar. Tahun 3 tak ingat, Last year di Masjidil Haram, This year bersama rakan2 setugas dan pelajar SMTT3i.

Apapun, setinggi syukur kepada Allah kerana mengizinkan saya sampai ke usia sekarang dengan segala nikmatNya yang sungguh banyak. Sungguhlah Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim..Sayang sungguh Allah kepada HambaNya..Terasa belaian kasih sayang Allah, lebih-lebih lagi ketika berkerja dan beribadah di Haramain baru-baru ini.

Alhamdulillah...ucapan itu yang masih berbaki di sanubari saya sekarang selepas majlis semalam..

Terima kasih buat semua yang terlibat, pihak pentadbiran, rakan-rakan sekerja, anak2 didik SMTT3i dan semua rakan2 saya di luar sana yang telah memberikan ucapan dan doa melalui panggilan telefon, SMS dan Facebook. Semoga kalian sentiasa dalam Rahmat Allah InsyaAllah.


Orang ramai, kek pun kena banyak lah..hehe...Terima kasih banyak2 kepada mereka yang telah memberikan hadiah=)...

Wednesday, April 6, 2011

Hatiku tertinggal di sana....




Suara yang tidak akan dilupakan...
menggamit memori indah beruzlah dan beribadah hanya keranaNya. Semata-mata kerana mencari keredhaan dan cintaNya.....

Hanya padaMu Allah aku bergantung...
Kurniakanlah aku cinta hakiki yang tidak pernah luput nikmatnya...
Redhalah akan diriku Allah...
Bimbinglah setiap langkahku agar tetap dalam pengawasanMu...

Kurniakanlah rasa kecintaan ku kepada KEIMANAN
dan hiaskanlah IMAN di hatiku...
Ya Mujib..ajib dua'ie...ameeen....

Friday, April 1, 2011