Bertemu kembali..hmm..kali ni tak tau nak citer pasal apa..sebab dah tahap kritikal ada penyakit tak leh tido plak malam ni..so, juz merapu2 jela kat my blog ni x nak kasi bersawang lagi...sat g ramai plak orang komen2..huhu..
Anyway, juz want to share some weird thing about human..hmm..maybe more specific..about our feeling...
Kadang2 saya pun tak faham dengan konflik masalah perasaan ini yang sebenarnya di anugerahkan Allah dengan nama Qalb..begitu abstrak..Subhanallah...Kagum saya dengan penciptaanNya..
General story...
Ada sorang kawan kita..kawan baik kita..kita selalu text dia bila x jumpe..kadang2 kita call jugak la dia..kita suka borak dengan dia bila jumpa..kita suka buat kerja sama-sama dengan dia bila masa bersama.
Satu hari Allah tarik dia dari kita. Allah tarik dia bukan dengan mematikan dia..tapi dengan membawa dia jauh dari kita, mungkin lah mematikan, mematikan komunikasi kita dan dia.
Sehinggakan kita terasa agak kehilangan..kehilangan yang tentunya membawa kesedihan.
Kita tahu bila Allah tarik dia dan bawa dia jauh dari kita itu adalah perkara yang TERBAIK untuk dia dan kita, tapi kita sebagai hamba yang banyak TERHIJAB dengan segala HAKIKAT yang Allah dah tentukan, still rasa sedih yang amat. Terkilan pun sekali laa..
Dalam masa tu, kita pun cubalah bangkit semula untuk menjalani hidup seharian seperti biasa tanpa kehadiran dia di sisi kita sama ada secara fizikal atau pun komunikasi jauh. Sepi sendiri. Secara automatiknya. Tanpa kita sedari.
Lama-lama kita pun sedar..yang kita dan dia dah berbeza, dah tidak boleh seperti dahulu lagi. Walau serapat mana pun kita dan dia dulu, tapi sekarang dah tak boleh dah. Kenapa pun tak tahu..Hanya Allah Al-Alim yang Maha Mengetahui...Allah telah tetapkan haluan yang berbeza itu sebagai garis pemisah dan penamat cerita ini.
Sekarang kita dan dia menjalani susur hidup yang Allah telah tentukan. Kita di sini, dia di sana. Berjuang dengan lapangan masing2 dlm mencari Redha Ilahi. Sebab dah jauh, dah jarang jumpa sebab itu jugalah jarang juga berkomunikasi dengan apa medium pun. Dia sibuk, kita pun sibuk juga. Dia mungkin dah ada pengganti kita. Alhamdulillah. Allah bahagiakan dia bersama pengganti kita.
Tapi kita di sini masih sepi, Allah ada..tapi secara fizikalnya, kita manusia yang lemah, kadang-kadang memang kita rasa kita kuat sorang-sorang, tapi hakikat di dasar hati ini juga, kita perlukan seorang teman, teman seperti dia dulu. teman untuk melakukan segala-galanya..~
Hakikatnya, kita Redha..tapi kita juga masih sedih, sebab kehilangan seorang SAHABAT yang dulunya mencipta kenangan dalam perjuangan bersama-sama. Ye, hanya Allah yang kekal abadi untuk kita, manusia itu hanya perantaraan Allah untuk kita mengenal ALLAH shj. Kita cuba pujuk diri dengan kata macam tu, tapi dlm hati, sisa2 kesedihan itu tetap jua mencucuk kita.
Tapi fitrah manusia. ya, mungkin kita memerlukan masa untuk adapt dengan keadaan ini. Walaupun keadaan ini pun penah berlaku pada orang lain, tapi maybe level penerimaan berbeza setiap orang. Allah itu Maha Adil, tidak ditimpakan ujian melebihi kemampuan orang tu..kita tahu kita kena kuat dengan semua ni..tapi kadang2 bila kita lemah, tersungkur juga kita..
Fitrah manusia, sedih itu tetap bersisa, namun ia perlu dihilangkan dengan digantikan perkara2 lain. Kita tak tahu dia macam mana..apa yang boleh kita buat ialah sentiasa mendoakan kebahagiaan dia di dunia dan di akhirat...bahagia dengan apa yang dia buat sekarang.
Kita pun rasa nak minta maaf pada dia sebab tak dapat nak wujudkan dah perasaan yang dulu tu, kalau jumpa semula pun, perasaan tu dah tak sama. Kita rasa nak nangis sangat. Sedih mengingatkan perkara ni...tapi tak leh sedih lama-lama..xdapat jadi macam dulu jugak pun kalau sedih lama-lama...jadi macam tak REDHA pula dengan apa yang ALLAH dah tetapkan.
tak tahulah salah sapa..tapi nak kena minta maaf juga. adab bersahabat.
Maafkan aku wahai SAHABAT dunia akhirat ku..akan ku simpan kemas ingatan kita bersama. Selamat berjuang kamu di sana. Ingatan ku kepadamu akan disematkan dlm setiap doaku kepadaNya...Moga kamu sentiasa dirahmatiNya...
Terima Kasih SAHABAT atas segalanya...
Syukran Ya ALLAH kerana mengurniakan seorang SAHABAT sebaik dia yang pernah menghiasi perjalanan hidupku dalam mencari RedhaMu...
Alhamdulillah..
Berilah kekuatan kepadaku untuk menerima TakdirMu ini. Walaupun pedih, aku hanya mengharapkan padaMu wahai Allah..
Aku hanya bergantung padaMu..hanya Engkau sebaik2 tempat aku mengadu dan memohon bimbingan.
Terima Kasih Allah kerana sentiasa ada disampingku setiap kali aku memerlukanMu...
**jangan sesape terasa..juz my nonsense words...huhu...