Muhasabah kepimpinan....





>

Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah utk menghirup udara di dunia ini, biarpun cuaca agak panas dengan suhu setinggi 34C akhir-akhir ini. Memang diakui sudah lama tidak mengupdate blog, maaf sangat-sangat kepada para pembaca..huhu..



Dikerumuni oleh kerja-kerja seharian, untuk mencari rezeki Allah yang bertebaran di muka bumi ini. Banyak perkara yang telah berlaku yang tidak sempat saya rakamkan dek kerana penangguhan yang begitu lama dan ditimbuni oleh kerja lain. Suka saya berkongsi sedikit dengan para pembaca tentang kepimpinan.




Dalam pemerhatian saya, satu-satu arena kepimpinan ini bergantung kepada kebergantungan mereka kepada Allah. Jika akhlaq dan cara mereka memimpin jauh dari sunnah Rasulullah, ini menunjukkan bahawa mereka itu bukan satu kepimpinan tauladan. Kita boleh lihat bagaimana Rasulullah, para sahabat dan tabiin dahulu memerintah negara. Sesungguhnya menjadi pemimpin ini bukanlah satu tugas dan amanah yang boleh dipandang sebelah mata sahaja. Ia adalah satu perkara berat yang mana akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.



Oleh itu, kepada para pemimpin sekarang dan mereka yang bakal menjadi pemimpin, pimpinlah diri kalian dan orang-orang dibawah kalian dengan sebaiknya dengan merujuk kepada kepimpinan tauladan yang terdahulu.


Monday, February 22, 2010